CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39051|Reply: 15

Menyamar Jadi Tetamu Majlis Kahwin Di Pasir Mas Curi Wang Tunai RM2,500

[Copy link]
Post time 4-2-2025 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita disyaki melarikan wang tunai berjumlah RM2,500 selepas didakwa menyamar sebagai tetamu majlis perkahwinan di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan di sini, pada Sabtu.


Dalam kejadian jam 12.42 tengah hari itu, wanita berkenaan dikatakan telah menumpang tandas sebelum melarikan wang tunai yang terdapat di ruang tamu rumah.




Gelagat wanita berkenaan berjaya dirakam CCTV sebelum tular di laman sosial sejak Ahad.




Gelagat wanita berkenaan berjaya dirakam video kemera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di laman sosial sejak Ahad.


Berdasarkan rakaman berdurasi 38 saat itu, wanita bertudung dan memakai baju kurung dilihat keluar dari tandas.


Wanita itu yang disyaki tidak diundang ke majlis terbabit serta tidak dikenali oleh tuan rumah telah masuk ke kawasan ruang tamu untuk mengambil wang tersebut sebelum melarikan diri.


Semasa kejadian, terdapat dua kanak-kanak bermain di ruang berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung video yang tular itu.




Sumber- Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2025 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape jemput orang myanmar ni jadi tetamu?

Dah tau orang myanmar ni ramai yang problem
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 12:52 PM | Show all posts
Lama tak dengar activity seperti ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 03:59 PM | Show all posts
simpan duit dekat ruang tamu ja ke, tempat terdedah gitu ja
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 4-2-2025 12:46 PM
Nape jemput orang myanmar ni jadi tetamu?

Dah tau orang myanmar ni ramai yang problem

Salah baca ke apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 05:16 PM | Show all posts
hahaha MENYAMAR la dek..bukan MYanmar.. hahaha adui
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2025 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 4-2-2025 12:46 PM
Nape jemput orang myanmar ni jadi tetamu?

Dah tau orang myanmar ni ramai yang problem

pandai bangkem buat lawak
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
2500? Blh la kot cincin sebentuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2025 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat la kenduri di dewan utk elakkn byk masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 06:47 PM | Show all posts
area rumah kampung selalu kena camni

masa adik-adik iols kahwin, kitorang kumpul semua barang berharga dalam satu bilik. sorang duduk dalam tu, gilir2, kunci dari dalam. sapa pun takleh masuk, hatta nak ke toilet pun. rumah 4 tandas pun, ada yang sibuk nak masuk jugak tandas bilik berkunci.

ada tu mintak tolong tunjukkan tandas kat mana. nak jugak suruh kita keluar dari bilik tu. dah tak tahan sangat, nak terkucil bagai. padahal dari pagar rumah, sampai ke pintu masuk, kitorang dah letak sign tandas sebesar-besar alam. family dan sedara lain semua available, awat suruh aku keluar jugak. tak ke pelik tu. iols suspek yang buat kerja lebih dari sorang

alhamdulillah la takde kecelakaan, kecurian berlaku sampai habis majlis
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 06:51 PM | Show all posts
krustykrab replied at 4-2-2025 06:29 PM
Buat la kenduri di dewan utk elakkn byk masalah.

trend sekarang, buat akad nikah dan sanding, majlis semua kat masjid cantiktambah dengan cameraman pro, gambar keluar cantik gila

dewan masjid pun ada, perkarangan masjid pun ada yang bagi pacak khemah
tetamu penat, boleh berehat kat masjid. solat sunat ke
macam majlis abang iols, masuk waktu zohor, tok kadi jadi imam, tetamu semua jadi makmum. pengantin lelaki iqamat
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 4-2-2025 06:51 PM
trend sekarang, buat akad nikah dan sanding, majlis semua kat masjid cantiktambah dengan cameraman ...

Tu lah tu. Lepas dah selesai majlis tuan rumah pun tak payah nak penat2 mengemas. Tak de la umpat mengumpat mengata org malas tak tolong itu ini.
Iols pun tak suka kerja2 kenduri kt rumah ni. Susah & menyusahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
So yesteryear yach, kenduri kendara buat kat rumah ni. Pi mampos laaa nak merasa suasana kampung la whatever la. Ujung2 brg kena rembat. Every tom, dick and harry boleh masuk rumah. Yelah, sapa plk nak kawal kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 09:45 PM | Show all posts
Ingat benda ini sudah tidak wujud lagi, rupanya masih ada ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde org jaga dlm rumah.
Nasibla
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:35 AM | Show all posts
Dari dulu dah ada pencuri mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.714689 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list