CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7333|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengaku salah guna dadah dipenjara 12 bulan

[Copy link]
Post time 3-2-2025 02:07 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki berusia 35 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dadah.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali yang menjatuhkan hukuman terhadap Julaihi Idris turut memerintahkan dia diletakkan di bawah pengawasan selama tempoh dua tahun selepas menjalani hukuman itu.

Julaihi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan pengawasan serta-merta untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Julaihi disahkan positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching kira-kira jam 12.55 tengah malam, 10 Januari 2025.

Pendakwaan kes oleh Inspektor Lizawati Ramli manakala Julaihi tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.041948 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list