CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7179|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk Sampun Gerunggang harungi pengalaman banjir buruk seperti 13 tahun lalu

[Copy link]
Post time 3-2-2025 02:01 PM | Show all posts |Read mode


SUNTONG LAPU

KUCHING: “Kali terakhir kami mengalami banjir sebegini teruk adalah 13 tahun lalu," kata penduduk Kampung Sampun Gerunggang, Suntong Lapu, 73, ketika mengenang kembali banjir yang melanda rumahnya pada malam Khamis.

Dengan masa yang sangat terhad untuk menyelamatkan beberapa barang, beliau berkata, paras air naik dengan cepat berikutan hujan lebat yang berterusan sejak dalam minggu ini.

Suntong dan seorang lagi penduduk, Pancin Tuah, 68, berkata bendungan di hulu sungai berhampiran melimpah akibat kenaikan paras air.


PANCIN TUAH

“Paras air naik dengan sangat cepat disebabkan hujan turun tanpa henti, dan bendungan itu tidak dapat menahannya lagi.

“Lalu pada tengah malam, kami terpaksa meninggalkan rumah,” kata Pancin ketika ditemui oleh wartawan The Borneo Post di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sampun Tebun di Asajaya pada Ahad.

Bagi Nalaun Jap, 65, pula, beliau masih ingat dengan jelas ketika air naik dengan cepat dalam masa sejam sehingga parasnya mencecah hingga ke bahagian paha.


NALAUN JAP

Namun katanya, merasa lega setelah melihat polis datang untuk membantu penduduk berpindah.

“Kami sudah tinggal di PPS ini selama tiga malam dan setakat ini, semuanya nampak mencukupi.

“Pusat pemindahan ini menyediakan makanan dan tempat perlindungan, dan semua kami yang tinggal di sini bukan sahaja dari Kampung Sampun Gerunggang tetapi juga dari Kampung Sampun Kelili, Kampung Sampun Jugu dan Kampung Sampun Tebun,” katanya.


Zakaria (kanan) bersama ibu, ayah dan adiknya ketika ditemui di PPS SK Sampun Tebun di Asajaya pada Ahad.

Sementara itu, Zakaria Johari, 50, dari Kampung Ulu Semerak memberitahu, beliau terpaksa bertindak cepat untuk membawa ibunya yang menggunakan kerusi roda, bapanya, dan adiknya ke PPS SK Haji Kelali Semera.

“Kami dipindahkan pada 30 Januari sekitar jam 10 pagi. Rumah saya, air sudah agak tinggi dan  kami tidak sempat untuk menyelamatkan apa-apa,” katanya.

Zakaria berkata, walaupun semua penduduk kampung terjejas akibat banjir, ada sebahagian yang memilih untuk tinggal di rumah masing-masing.

“Ada seorang atau dua orang yang tinggal di rumah untuk menjaga barang-barang mereka. Saya percaya setiap isi rumah di sini juga mempunyai seorang atau dua ahli keluarga yang tinggal untuk tujuan yang sama,” tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.048243 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list