CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7070|Reply: 0

[Sarawak] Semua PPS di Kapit ditutup setakat jam 8 pagi

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:59 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kapit telah ditutup sepenuhnya setakat jam 8 pagi ini.  

Menurut laporan terkini Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, beberapa PPS di Bahagian Sibu dan Mukah masih beroperasi berikutan keadaan banjir yang belum pulih sepenuhnya.  

Setakat ini, seramai 1,289 mangsa daripada 188 keluarga masih ditempatkan di PPS di kedua-dua bahagian tersebut.  

Bahagian Sibu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,147 orang daripada 312 keluarga masih berlindung di enam PPS yang beroperasi.  

Antara PPS yang masih menempatkan mangsa ialah Dewan Kelab Melayu Kampung Bandung, Sibu dengan (1 keluarga, 3 mangsa), Kompleks Sukan Kanowit, Kanowit (42 keluarga, 107 mangsa), SK Bukit Arip, Selangau (51 keluarga, 289 mangsa), SJK (C) Tong Ah, Selangau (113 keluarga, 492 mangsa), Dewan Penghulu Balang Sekuau, Selangau (54 keluarga, 121 mangsa) dan Dewan Serbaguna Selangau, Selangau 51 keluarga,135 mangsa)  

Dua PPS di Bahagian Sibu yang telah ditutup ialah Dewan Serbaguna Nanga Ngungun dan Dewan Penghulu Seribu, Nanga Tada, Kanowit selepas keadaan kembali pulih.  

Di Bahagian Mukah, seramai 142 mangsa daripada 46 keluarga masih berlindung di empat PPS yang masih beroperasi, iaitu Kem Belia Mukah dengan 27 keluarga (81 mangsa), Dewan Kompleks Sukan Komuniti Mukah (18 keluarga, 58 mangsa), Stadium Perpaduan Dalat (1 keluarga, 3 mangsa)  dan SK SLDB Ladang 3, Mukah yang dibuka sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir semula.  

Sementara itu, satu PPS di Mukah iaitu Dewan Kampung Jemoreng, Matu telah ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.   

Di Bahagian Kapit, satu-satunya PPS yang beroperasi sebelum ini di Long Busang, Bukit Mabong telah ditutup pada Ahad setelah kesemua 66 keluarga dibenarkan pulang.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.189630 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list