CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5791|Reply: 0

[Sabah] KePKAS jalankan siasatan aduan pelancong dapat layanan buruk

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:47 PM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) akan menyiasat aduan mengenai perkhidmatan buruk kemudahan pelancongan di pusat peranginan sebuah pulau di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata kementeriannya melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan menjalankan siasat berhubung aduan itu.

Katanya, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit telah memaklumkan bahawa pihak pengurusan pusat peranginan itu telah mengesahkan aduan yang daripada pelancong terbabit.

“Kami mengambil semua maklum balas dengan serius dan telah mengambil tindakan segera untuk menangani isu ini.

“Saya telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif STB untuk menyiasat dakwaan tersebut secara mendalam bagi menentukan kesahihannya dan menyelesaikan masalah ini dengan segera,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Menurutnya, KePKAS tidak boleh membiarkan pengalaman buruk pelancong menjejaskan imej Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan.

“Kami komited untuk menjaga reputasi Sabah dan mengekalkan standard perkhidmatan tertinggi bagi setiap pelawat.

“Saya difahamkan bahawa pihak resort kini sedang menyiasat perkara ini serta berusaha menghubungi pelancong yang terjejas untuk memahami situasi dengan lebih baik,” katanya.

Christina berkata, pihak pengurusan pusat peranginan berkenaan telah memberi jaminan kepada KePKAS bahawa mereka mengambil serius kebimbangan pelancong terbabit.

“Saya difahamkan pengurusan pusat peranginan berkenaan telah memulakan siasatan dalaman terhadap standard perkhidmatan mereka,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.047758 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list