CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5712|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri hargai sumbangan komuniti Cina

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:43 PM | Show all posts |Read mode


MERIAH: Joachim (empat kanan), Musa (tengah) bersama tetamu kehormat lain menyempurnakan acara Yee Sang pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sekali lagi menghargai sokongan berterusan daripada komuniti Cina sebagai rakan dalam pembangunan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, dengan sokongan yang kukuh, Sabah akan sentiasa berada dalam landasan yang tepat berdasarkan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Beliau berkata demikian pada Festival Angpow Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di sini, malam kelmarin.  

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.  

Hajiji berkata, komuniti Cina di Sabah telah lama memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, perdagangan, pendidikan, budaya dan kebajikan sosial serta banyak lagi.


PENGHARGAAN: Musa (enam kiri) menerima cenderamata daripada Goh, sambil disaksikan Joachim dan tetamu kehormat yang lain.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan semua organisasi yang sehaluan, termasuk FCAS yang menghargai kestabilan politik, bagi memastikan pembangunan ekonomi dan kemajuan terus diperkasa.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin serta tetamu kehormat yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.044342 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list