CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8824|Reply: 0

Tujuh tahun baru sedar bekas tuan rumah sembunyi dalam bilik bawah tanah

[Copy link]
Post time 3-2-2025 11:53 AM | Show all posts |Read mode


JIANGSU - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati bekas pemilik rumah sanggup bersembunyi di ruangan bawah tanah kediamannya selama tujuh tahun.

Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Li berkata, dia membeli sebuah rumah sekunder di pusat bandar dengan harga hampir 2 juta yuan (RM1.2 juta) pada 2018.

Menurut Li, perkara tersebut terbongkar apabila dia menemui pintu tersembunyi di belakang tangga menuju kepada ruang bawah tanah yang tidak pernah disedarinya sebelum ini.

Ruang bawah tanah itu luas dan lengkap dengan sistem pengudaraan, pencahayaan bahkan terdapat sebuah bar kecil.

Dia berkata, terdapat kesan jelas menunjukkan bahawa seseorang mendiami ruang tersebut dan perkara itu menimbulkan rasa kurang senang.

Li kemudian menghubungi pemilik sebelum ini bernama Zhang dan mendakwa wanita berkenaan sengaja menyembunyikan kewujudan ruang bawah tanah sewaktu urusan jual beli.

Bekas pemilik hartanah itu mendakwa bilik bawah tanah tersebut tidak termasuk dalam urusan penjualan dan ia masih ruang peribadi miliknya.

Li bagaimanapun tetap berpendirian bahawa ruangan bawah tanah berkenaan merupakan hak miliknya memandangkan telah membayar harga penuh untuk rumah tersebut.


Dia memutuskan untuk membawa kes itu ke mahkamah dan akhirnya keputusan berpihak kepada Li.

Zhang diarahkan untuk membayar pampasan wang dan mahkamah mengesahkan pemilikan sah Li ke atas bilik bawah tanah tersebut. - Agensi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.080594 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list