CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8752|Reply: 0

Ahmed al-Sharaa, pemimpin pragmatik

[Copy link]
Post time 3-2-2025 11:47 AM | Show all posts |Read mode




DAMSYIK - Bekas pemimpin pejuang Syria, Ahmed al-Sharaa telah dilantik sebagai presiden inferim selepas kumpulannya yang mengetuai serangan kilat pada 8 Disember 2024 sehingga berjaya menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
Pelantikan Sharaa yang sebelum ini pernah bersekutu dengan al-Qaeda, dibuat selepas pertemuan dengan bekas puak pemberontak di Damsyik.




Beliau dikatakan menjadi pemimpin de facto Syria sejak mengetuai serangan yang meruntuhkan pentadbiran rejim Assad setelah memerintah lebih 13 tahun.
Sebelum ini, Shaara dikenali sebagai Abu Muhammad al-Jolani merupakan ketua kumpulan pejuang Islam, Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang mengetuai serangan menumpaskan rejim Assad.

Difahamkan, kumpulan itu pernah bergabung dengan al-Qaeda tetapi memutuskan hubungan tersebut.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sharaa telah berusaha meletakkan dirinya sebagai 'pemimpin menetapi janji' untuk melindungi wanita dan agama minoriti di negara itu

Beliau dilihat seorang yang tinggi lampai dan bermata tajam yang ditemui wartawan dalam temu bual, menampilkan dirinya seorang patriot yang mahu membina dan menyatukan semula Syria.

Sharaa yang dilahirkan di Arab Saudi pada 29 Oktober 1982, berasal dari keluarga Syria dan dibesarkan di Mazzeh, sebuah daerah mewah di Damsyik.

Pada tahun 2021, beliau ditemuramah stesen penyiar Amerika Syarikat (AS) bahawa asal usul keluarganya adalah dari Golan Hieght, Syria.

Jelasnya, datuknya antara yang dipaksa meninggalkan wilayah itu selepas ditawan Israel pada tahun 1967.

Menurut laman web Middle East Eye, selepas serangan 11 September 2001, Sharaa menyatakan beliau mula berminat dengan pemikiran kumpulan jihad.

"Ia hasil daripada kekaguman terhadap penyerang semasa insiden 9/11 bahawa tanda pertama jihadnisme muncul dakam kehidupan Jolani, ketika beliau mula menghadiri perbincangan rahsia di pinggir bandar Damsyik,"kata laman web tersebut.

Berikutan pencerobohan yang diketuai AS ke atas Iraq pada 2003, beliau meninggalkan Syria untuk mengambil bahagian dalam perjuangan itu.

Sharaa melakukan langkah pertama dengan menyertai Al-Qaeda di Iraq, diketuai oleh Abu Musab al-Zarqawi dan kemudiannya ditahan tentera AS selama lima tahun.

Sebelum ini, AS menawarkan hadiah AS$10 juta (RM44 juta) kepada al-Sharaa tetapi membatalkannya bulan lalu selepas delegasi dari Washington melawat Damsyik dan bertemu dengannya.

Diplomat tertinggi AS untuk Timur Tengah, Barbara Leaf berkata selepas pertemuan itu bahawa al-Sharaa dilihat sebagai seorang yang 'pragmatik'. - Agensi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.254104 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list