CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shimah81

Dia Yang Ku Puja-Cerpen - [U] Tamat..

[Copy link]
 Author| Post time 9-5-2011 01:52 PM | Show all posts
Bab 9.
Alan terus tersenyum-senyum walaupun laptop telah pun ditutup. Betul sangkaannya, gadis kecil itu setia memujanya dari jauh dan dalam diam. Sabarlah sayang, tak lama lagi, kita akan bersama selamanya.

Lalu tanpa ingin membuang masa, Alan berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solata tahajud. Begitulah rutin malamnya jika dia tidak ada apa-apa shooting pada waktu malam. Masanya banyak dihabiskan dengan kekasihNya.

“alamak…dah lambat..dah terlewat dah ni…eeeeiii bibik ni pun satu, tak reti-reti nak kejutkan aku ker bangun” kalut Aina sambil membebel marah-marah entah ditujukan pada siapa. Pagi tu dia betul-betul terlambat bangun. Memang subuh gajah sungguh. Itulah padahnya melayan perasaan sangat semalam. Haaa pagi ni, diri sendiri jugak yang susah.

Cepat-cepat je dia bersiap dan terus keluar untuk pergi kerja. “bibik kenapa tak kejutkan
Along?” jerkah Aina pada bibik yang sedang mengemas-ngemas di ruang tamu.

“looorr.. ingatkan along dah bangun tadi, kot-kot saja mahu pergi kerja lambat” balas bibik jujur. Lagi pun selama ini, Aina bangun sendiri tak perlu dikejutkan lagi.

“lainkali kalau pukul 7 along tak turun lagi, bibik kena ketuk pintu bilik along, faham” kasar je Aina memberi arahan. Dah hatinya tak keruan, semua orang menjadi mangsa.

Terangguk-angguk bibik mendengar. Cuaca elok je, tapi kenapa pagi-pagi ni ada ribut pulak. Rungut hati bibik. Sabar je laa…bukan tak biasa dengan perangai kalut Along tuh.
9.30 pagi barulah Aina sampai di pejabat. Merahlah punch card dia hari ini. nasib baik hari ni tak ada meeting, tak ada nak jumpa client. Kalau tak memang cari penyakit sungguh. Ahhhhh kenapalah serabut sangat kepala hotak ni. Geramnya…tapi nak marahkan siapa? Terkumat-kumit Aina membebel pada dirinya sendiri.

“hai..cik adik manis..lambat datang hari ni, buat abang tertunggu –tunggu je” tegur jiran sebelah partitionnya.

“blah kau, tak de keje ker selain kacau aku pagi-pagi ni”kuat suara Aina menegur. Terkejut Azhar, kawan sebelahnya itu.

“oit kau datang bulan ke ni, tiba-tiba mengamuk?”soal azhar tidak puas hati. Dia tegur elok-elok kena tengking plak. Terkejut jugak, padahal selama gadis ini kerja di sini, tak pernah pun bersikap macam ini. lemah lembut je.

“oooopppppss…sori-sori..aku bukan sengaja nak marahkan kau. Tapi kepala aku tengah berserabutlah sekarang ni” pohon Aina. Sedar dengan ketelanjuran sikapnya tadi. Tak pasal-pasal orang lain yang tak bersalah terkena angina putting beliungnya. Tadi bibik dan ni azhar pulak.

“wanna to share, aku sedia mendengarnya”lembut saja Azhar menawarkan telinganya untuk mendengar keluh kesah pujaannya didalam diam. Sejak hari pertama gadis ini bekerja di sini, dialah orang pertama yang sentiasa mahu menolong gadis itu.

Senyuman dihulurkan. Orang mengambil berat tentang dirinya. takkan buat tak pedulik plak. Nanti orang kata hati kering pulak kan.

“it ok…tak pelaa..bukan masalah besar pun. aku jer yang fikir lebih-lebih” balas Aina perlahan. Azhar bukan orang yang sesuai untuk dijadikan tempat meluah perasaan. Nanti lain pulak jadinya andai dia tahu perkara sebenar. Bukan Aina tak tahu lelaki ini ada hati dengan dia. Tapi saja dia buat bodoh je. Hatinya pada orang lain. Tapi kena kahwin dengan orang lain plak. Alahai nasib aku laaa..tanpa sedar Aina mengeluh pula.

“aik..tadi kata ok..nie kau mengeluh plak. Kenapa? Cerita skit kat aku. risau lak aku tengok buah hati aku ni susah hati. Tak pernah pun lihat kau kusut macam ni”

“kau nak tolong aku erk?”tanya Aina sambil memandang lelaki di sebelah. Memang mamat yang jenis tak reti bahasa. Sekali aku cakap taka pa, lagi dia mahu tanya.

“tolong senyap, tolong jangan ganggu aku, tolong jangan amik berat tentang aku. tolong berikan aku ruang untuk aku buat kerja aku ni, tengah hari ni Encik Naim nak report.
Please” dengan satu nafas Aina meluahkan perasaannya. Terkedu Azhar mendengarnya.
Tanpa kata, dia terus memusingkan kerusinya mengadap mejanya kembali dan terus membuat kerjanya.

Mungkin terasa kot, dengan kata-kata yang dilafazkan oleh Aina yang agak kasar bunyinya. Rakan kerja yang lain berpandangan antara satu sama lain. Mungkin mereka tak sangka, gadis yang comel, yang selalu ceria menjadi seorang yang hangin pagi isnin ini tanpa sebarang sebab. Jadi masing-masing mendiamkan diri dan buat tak tahu je. Biarlah ada benda yang tak kenalah tu. Fikir mereka.

Aina cuba sedaya upaya untuk menumpukan perhatian pada kerjanya. Berkali-kali dia cuba menenangkan diri. Tetapi perbualan semalam masih lagi terngia-ngia. Tetapi hati tetap rusuh. Nak mengadu? Pada siapa? Angah yang jauh tuh? Lagilah tak leh pakai cakap dia. Lagi-lagi dia terkena adalah. Aaahhh…

“Aina…kau dah baca email tak?’” tiba-tiba Zihan bertanya.

“kenapa?”

        “ada info tentang annual dinner company, baik kau baca cepat-cepat. Mesti kau suka” beritahu Zihan lagi.

        “suka, kenapa lak? Apa dia… cakaplah..malaslaa nak bukak” sungut Aina.

“bukan suh pergi jalan pun nak bukak email tuh. Malas tak yah tahu, tak yah bukan. Nanti kalau menyesal, jangan cakap aku tak bagitahu awal-awal tau”balas Zihan dan berlalu dari situ.

Aina mendengus. Saja nak buat aku curious laa tuh. Geram.. geramm..hari ini semua orang aku rasa geram..rasa nak makan jerr..ehhhh…boleh ke nak makan orang.. best sangat ker. Jadi dengan lagak malas, perlahan jer Aina klik browser untuk membuka akaun email syarikatnya. Kemudian dia terus log in dan terus mencari email yang mengenai annual dinner tersebut.

From : annualdinner_comm@megahjaya.com.my
To : aina.batrisya@megahjaya.com.my
Subject : Annual Dinner Company 2010

the above referred to, the company's annual dinner will be held as the information below:

date: May 15, 2010
time: 8.30 pm
where: hilton hotel.
theme weddings.
guest artists: Alan Yeoh, Ziana Zain,

all employees are required to attend. tq

bulat dan bersinar mata Aina membacanya. Terutama sekali di bahagian artis jemputan itu, Alan Yeoh. Akhirnya setelah lapan tahun berlalu dia akan berjumpa face to face dengan lelaki itu.

“Zihannnnnn” laung Aina tiba-tiba…

“TQ..ni rasa nak peluk kau nih” spontan Aina mengucapkannya.

“oit slow skit suara kau tuh. Nak bagi semua orang dengar ker? Tak pasal-pasal orang cakap kita ni Lesbian” rungut Zihan. Terover excited lah Aina nih. Tau laa salah seorang artis jemputan tu, artis pujaannya. Tapi janganlah over sangat. Menyesal plak dia memberitahu Aina awal-awal. Dia tahu sendiri pasal email tuh lagi baik.

Senyuman Aina sampai ke telinga sejak dia membaca email itu. tiada lagi muncung yang menghiasi bibirnya sejak pagi tahu. Hatinya telah berbunga setaman. Dah lama dia menantikan saat-saat ini. untuk kali terakhir sebelum dia berkahwin, biarlah dia menatap puas – puas wajah lelaki pujaannya. Selepas ini, takkan ada peluang lagi. Tak tahu apa nasibnya selepas ini. bahagia atau derita.

Maka dengan tidak sabar-sabar lagi dia terus menghantar email kepada angah yang jauh di benua Australia itu. biarlah angah nak kata apa, nak menyindir ker apa. Dia tak kisah. Impiannya yang satu itu bakal tercapai tak lama lagi. Jadi dia tak ralat sangat selepas ini. akan tenang hidupnya nanti.

To : Alfi_romeo@gmail.com
Froma : Aina_cute18@gmail.com.
Subject : Along hepi sgt2 nih
Salam angah..
Mesti kau tengah tido lagi time nih kan. Tapi tak kisahlah bila kau nak baca email along ni, along dah tak sabar-sabar nak cakap kat kau. Lagi 2 minggu along akan jupa abang satu Malaysia kau tuh. Company along buat annual dinner jemput dia sebagai artis jemputan. Hepi giler nih. Lagi 2 minggu tak sabar rasanya along nak tunggu malam tuh. Sebab lepas ni, belum tentu along akan berpeluang puja dia lagi dah.
Kau tahu ngah, mak tok dan tok ayah tinggalkan wasiat suh along kahwin dengan anak angkat diorag mean bapak sedara kite. Ada ke patut. Plak tuh mama dan papa tak kisah je, ikut jer wasiat tuh. Siap cakap lagi wasiat orang meninggal kena wajib dilaksanakan. Lagi hangin along ngah, diorang serah 100% persiapan perkahwinan along kat lelaki tua tuh. Tak patut sungguh kan. Macamlaa along ni bukan anak diorang. Sedih along ngah..kau tak kesiankan along/…
Saje along nak luahkan perasan kat kau, tapi kau jangan risau. Dalam tak relapun along akan terima perkahwinan ini. satu je harapan along, agar pada hari perkahwinan along nanti kau dapat balik. Lagipun dah lama kau tak balik kan ngah. Rindu sangat kat ko. Sunyi along kau tak de. Adik la x reti-reti nak balik rumah. Tahulaa di kat asrama. Tp takkan x leeh balik sesekali kan.
Oklah ngah..dah panjang sangat along tulis ni. Bestnya ngah along dapat jumpa abang 1 malaysia tuh lagi…along tipu ko jerr kononnnya along dah x minat dia lagi…minat…tapi dalam hati je…along rindukan kenangan kita 8 tahun lalu.
p/s: miss u a lot…. Cpt blk….
Chowwwww….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 02:07 PM | Show all posts
so sweet cerita ni

bahagianya along nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:02 PM | Show all posts
Akak pun memang selama ni SR je kat blog shima....
apa cerita manuskrip yg nak hantar pada publisher?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 08:08 AM | Show all posts
thanks shima for the entry..next please..hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 08:32 AM | Show all posts
Reply 43# qimi08


   kak qimi08.. hehehe patutlaa..pasal manuskrip tu tak tahu apa cerita lagi.. lama betul tunggu.. dah ramai yg tye jadi kita pun serba salah nak jawap apa.. publisher pun x de call lagi...tgh sabar menanti nih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 10:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 10-5-2011 10:38

Reply 45# shimah81

Inshaallah kalau ada rezeki tidak kemana.....kena ingat rezeki yg ALLAH turunkan untuk setiap org itu tidak sama.......
so jangan putus asa...terus  mencuba...
lagi pun serakang ni banyak publisher  baru..ada 2 or 3 ...
akak pun terkejut tgk tahu2 kat blog penulis dah promote cover novel mereka...

Bagus juga beri peluang pada penulis2 blog utk merealisasikan  impian mereka untuk ke versi cetak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2011 08:56 AM | Show all posts
Reply 46# qimi08


   tgh sabar menunggu ni... kalau diterima nak hantar manuskrip yg ke dua pulak.. kalau tak nk cari publisher lainlah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 08:58 AM | Show all posts
Bab 10.

Sudah menjadi kebiasaannya untuk membuka facebook apabila ada masa terluang. Ada mesej di dalam personal inboxnya. Terus dibuka. Dari angah rupanya.

Salam…
A.Alan…nak tahu satu cerita hangat tak? Along excited gile nak jupe abang masa dinner nanti. Hahahhahaha..cian along kena dipermainkan kat kitorang kan. Mama dan papa pun dah bagitahu pasal dia kena kahwin mengikut wasiat mak tok. Boloeh dia cakap dia terpaksa kahwin dengan orang tua. Padahal dia tak tahu dengan siapa sebenarnya dia kena kahwin..tak sabar nak nanti malam tuh. Angah dah siap book flight tiket dah. malam tuh angah takkan lepaskan peluang nak tengok apa reaksi along. Cayaa..bang…tak lama lagi akan jadi abang ipar angah.
Oklaa…angah ada exam pas ni..wish me gud luck bro…bubye….

Alan tersenyum sendirian setelah membaca mesej yang di hantar oleh Angah. Pantas sahaja jari jemari menekan kekunci untuk membalas mesej tersebut

Wasalam ngah…
Abang pun tak sabar nak nantikan malam tuh. Tak sabar jugak nak jumpa dgn adik abang ni. Wish me gud luck too. Hope along korang tak terkena sakit jantunglah dengan surprise nnt.
Ok …gud luck….

Setelah puas dia menatap wajah yang dirinduinya di facebook, Alan terus menutupnya dan menghubungi bakal mertuanya.

“assamualaikum papa”

“waalaikumussalam..Alan..papa baru je nak call kamu tadi. Kamu dah call
papa..haahhaa..”kedengaran papa ketawa suka di sana. Seketika kedengaran suara lain yang bertanya sesuatu. Alan tersenyum bahagia. Alhamdulillah dia diterima dengan baik oleh keluarga ini.

“dengar cerita papa dan mama dah beritahu along pasal perkahwinan kami?” terus Alan menyoal bapa mertuanya itu.

“yupp..siap nangis-nangis lagi along. Tak mahu kahwin dengan orang tua katanya. Entah dari mana dia boleh fikir macam tuh. Takkanlah kami sampai hati nak kahwinkan dia dengan orang tua…haahahhaha” papa terus menyambung gelak. Gelihati apabila teringat dengan gelagat satu-satunya anak gadis mereka.

Alan turut sama tergelak sebelum berkata “dia tak tidur semalam pa, siap luah perasaan kat dalam facebook lagi. Kebetulan masa tu pulak, alan tak tidur lagi. Layan yer laa dia berborak”

“dia tahu tak itu kamu”

“tak tahu..langsung tak tahu. Macam-macam dia luahkan. Kata lelaki yang nak kahwin tu tak sedar dirilah. Mama dan papa tak sayangkan dia laaa… sebab tak amik tahu tentang perkahwinan dia. Macam-macam laaa…pastu boleh pulak dia luahkan perasaan dia memang cintakan Alan Yeoh”

Berdekah-dekah papa ketawa. Terasa lucu dengan apa yang disampaikan oleh bakal menantunya itu.

“padahal dia tak tahu…orang yang bakal kahwin dengan dia tu adalah Alan Yeoh. Yang dia luahkan perasaan pun kat Alan Yeoh” bersambung lagi ketawa papa. Beradu pulak dengan ketawa Alan.

“anak perempuan papa tu Alan, perangai terburu-buru nya tak penah perubahan. Selalu kalut. Selalu menghukum dulu sebelum siasat perkara yang sebenarnya.” Keluh papa.
“harap kamu dapat bersabarlah dengan perangainya nnt”

“sebab sifat dia tuh laa saya jatuh cinta dengan dia papa. Insya Allah saya akan membahagiakan dia selagi hayat saya”

“Alhamdulillah lega hati papa mendengarnya. Bertuah Along dapat suami seperti kamu”
“oooo yerr rancangan kamu macam mana..on ker?”

“on papa… Along pun dah tahu tentang Annual dinner company dia tuh, saya artis jemputan. Itu pun angah yang mesej kepada saya.

“jangan lupa..papa dan mama kena ada sekali tau… semuanya saya telah arrangedkan”
“isyaallah..kami akan hadir nanti”

“kalau macam tu kirim salam kat mama yer”

“Assamualaikum”

“Waalaikumussalam”

Dalam masa yang sama Along dan mama sedang sibuk berbincang tentang baju yang akan along pakai pada majlis makan malam syarikat dua minggu lagi.

“mama..along nak pakai baju apa ni? Tema dia wedding..takkanlah along kena pakai baju kain songket lak malam tuh” sungut Along. Bersandar malas di sebelah mamanya.

“ahhh..mama baru teringat. Bakal suami kamu ada bagi kain pasang kat mama. Nanti sekejap mama amikkan” terus sahaja mama untuk ke biliknya mengambil kain yang dimaksudkan.

Seketika kemudian dia kembali dengan paper bag EURO Moda di tangannya. Lalu diserahkan kepada Aina. Tanpa kata Aina terus menarik keluar kain tersebut. Cantik.. itulah perkataan pertama yang tercetus di dalam fikirannya. Sutera berwarna peach lembut telah sedia disulam dan dihiasi lubaci dan berlian.

“nak pakai kain ni ker? Macam betul-betul nak kahwin je.. tak nak laa menyerlah sangat. Yang biasa-biasalaa mama. Takkan along nak pakai kain yang mamat tuh bagi pada malam tuh. Langsung tak sesuai laa mama.” Komen Aina

“laaa tadi tanya nak pakai apa, bila mama bagi kain ni taknak plak. Dah temanya wedding kan. Sesuailah along jahit buat baju kurung moden dengan kain ni. Elok sangat dah. pastu pakai dengan selendang. Tak ker nampak ayu anak gadis mama malam tu” cadang mama.
Terfikir Aina seketika sambil merenung kain tersebut. Dah orang bagikan. Apa salahnyakan. Cantik tapi lip lap sangat. Tak per ke? Nanti kang aku lak terover. Tahulah terexcited nak jumpa pujaan hati.

“hmmmmmm…”di belek-belek kain tersebut. Papa pula menghampiri mereka setelah menutuskan talian.

“kenapa ni?”

“along ni hah..tadi mengadu tak tahu nak pakai apa masa majlis makan malam syarikat nanti. Bila mama bagi kain, dia plak komplen kain ni lip lap sangat. Glamour sangat.”adu mama

“laaa papa, tengok biasa jer kain ni.

“lagi kena dengan warna kulit along tuh”papa memberi pendapat pula.
“papa rasa baik along buat baju dengan kain ni jer. Tak perlu fikir lagi dah. jimat. Tak payah keluar belanja lagi dah”

“kalau dah beli kain macam ni, tentu mahalkan mama?” soal papa kepada mama pula.

“aaah betul  tuh. Mahal kain ni long. mama rasa baik along buat baju dinner dengan kain nie jer.. dah cukup lawa dan sesuai dengan tema malam tuh” ulas mama pula.

Dalam diam Aina bersetuju dengan pendapat keduanya. Alaaa nak takut apa. Kain ni pun bakal suami bagi jugakkan. Nanti untuk majlis kahwin suh dia beli kain lain lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2011 09:23 AM | Show all posts
kenapa hati Aku pulAK Yg berDEbar2 nI........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 01:10 PM | Show all posts
Reply 49# cewey2


   hahahah Ada orang nak lamar kot...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 01:55 PM | Show all posts
adussss....mana sambungannye lagik.....udah nak klimaks tb2 takdok plak...hadeyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 04:40 PM | Show all posts
sambung lagi.. macam cite teman lah pulak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 04:51 PM | Show all posts
Bab 11
Malam yang ditunggu-tunggu oleh warga Megah Jaya Berhad akhirnya telah tiba. Para pekerja dibenarkan pulang awal pada hari ini untuk menghadiri majlis makan malam pada malamnya. Aina seperti juga rakan-rakannya yang lain tak sabar-sabar untuk menghadir majlis pada malam ini.

Awal-awal lagi Aina bersiap-siap. Dibelek-belek penampilannya di cermin entah beberapa kali. Mana laa tahu kot-kot ada yang tak kena dengan penampilannya pada malam ini. mama dan papa tersenyum saja melihat telatah anak gadis mereka itu. macam nak pergi jumpa kekasih hati pulak.

“cantiknya anak mama ni, kan papa?”

“betul tu..macam nak gi kahwin je”

“memang nak kahwin pun, tak lama lagikan mama, papa?”cebik Aina.

Mama dan papa saling berpandangan dan tersenyum

“ehh…mana dan papa pun lawa jugak ni nak ke mana?”soal Aina hairan.

“ingat kamu je ada dinner, mama dan papa pun ada dinner kat luar jugak, kan papa?”

“ye..ye..”anggguk papa. Aina tersengih-sengih. Still lagi romantik mama dan papa nih. Aku pun nanti akan jadi macam tu gak. Bila dah tua pun tetap lagi romantik, detik hati kecilnya. Kemudian mereka sama-sama menuju ke kereta masing-masing. Menuju ke destinasi yang berlainan.

Sampai sahaja di sana, ramai kawan-kawannya telah sampai. Pakaian mereka pun lebih kurang sama dengan dia, jadi tak adalah rasa cangung sangat. Dah memang tema wedding kan. Desis hatinya dan terus menyertai Zihan dan 3 lagi rakan yang lain ke meja yang telah dikhaskan untuk mereka.

Tepat jam 8.30 malam, majlis bermula. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis, kemudiannya doa dan seterusnya ucapan daripada CEO syarikat iaitu Encik Naim Shauqi Tan Sri Badrul Syah. Masih muda lagi. Warak pulak tu. Amat sepadan dengan isterinya Puan Khalisa. Lemah lembut sentiasa tersenyum. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan penghargaan kepada pekerja cemerlang yang terpilih.

Selepas itu barulah artis jemputan membuat persembahan untuk menghiburkan mereka. Aina tidak sabar-sabar menantikan kemunculan artis pujaannya itu.

“saat-saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba..tentu anda semua tidak sabar-sabar untuk mendengar suara merdu kak Ziana Zain kita yer..sekarang dipersilakan Ziana Zain dengan lagu-lagu hit beliau untuk menghiburkan anda semua”

Spontan sport light dihalakan ke tengah dewan. Muzik terus dimainkan. Lagu puncak kasih menjadi pilihan Ziana Zain pada malam itu sebagai pembuka tirai. Kemudian diikuti kalau mencari teman…kemudiannya dingin. Ziana Zain pandai berkomunikasi dengan para hadirin yang hadir pada malam ini. sesekali kedengaran gelak tawa satu dewan apabila dia berlucu. Yang pasti mereka semua di dalam dewan ini amat teruja dengan persembahannya. Bagi Aina, dia tak berapa amik kisah dengan persembahan artis pujaan ramai itu. yang pasti dia amat kisah dengan artis pujaannya selepas ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 04:52 PM | Show all posts
“seterusnya dipersilakan Alan Yeoh untuk menghiburkan anda semua”  akhirnnya satu penantian telah pun tamat. Alan Yeoh muncul di hadapan mereka dan seterusnya memulakan bicaranya…

“apa khabar semua?”

Riuh suara orang  di dalam dewan membalas ucapan pujaannya. Aina terpaku. Dia tetap hensem seperti yang pernah ditemui dulu. malah tubuhnya lebih tegap dan mantap. Wajahnya tetap hensem dan bertambah matang dengan kaca mata berbingkai hitam yang terletak elok di atas hidungnya. Terpaku Aina seketika. Seperti ada air mata berlinangan di tubir matanya. Cepat – cepat je dia menyapu sebelum orang lain perasaan.

“pada malam ini saya akan membuat satu persembahan istimewa untuk anda semua. Sebabnya malam ini juga malam yang amat istimewa untuk diri saya juga. Anda semua tentunya amat bertuah kerana di sini saya akan nyanyikan dua buah lagu khas untuk anda dan teristimewa untuk dia”

Seketika mata mereka beradu. Sebuah senyuman dilemparkan oleh pujaan ramai itu. Aina terpaku dan kemudiannya dia tersedar lalu mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Dalam diam Zihan menjadi memerhati setia. Begitu juga dengan mata-mata lain. Tanpa disedari oleh Aina sendiri. muzik mula kedengaran.

“terimalah lagu pertama saya… take me to your heart”

Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won't let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat

So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true

They say nothing lasts forever
We're only here today
Love is now or never
Bring me far away

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is - be my guiding star
It's easy take me to your heart

Standing on a mountain high
Looking at the moon through a clear blue sky
I should go and see some friends
But they don't really comprehend

Don't need too much talking without saying anything
All I need is someone who makes me wanna sing

Terpaku mereka yang berada di dalam dewan itu. siapa sangka Alan Yeoh juga mempunyai bakat yang terpendam. Suaranya memang best kalau buat album mesti laku nih. Senyum Aina sendirian memikirkan kata-katanya sendiri. tepukan gemuruh kedengaran selepas habis je lagu dinyanyikan.

“terima kasih..terima kasih semua..huh..gemuruh pulak saya rasa pada kali ini. terima kasih saya ucapkan CEO Megah Jaya berhad kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk saya membuat persembahan pada malam ini dan juga…..” terhenti seketika dia berkata-kata dan memandang tepat ke arah Aina. Darah mula menyerbu wajahnya. Apa hal ni..takkanlah dia masih kenal aku lagi. Lalu Aina terus tertunduk. Takut dan berdebar untuk mengangkat mukanya. Panahan mata dia mampu membunuhnya. Hahahha melampau tuh tang  “membunuh” ada sejarah ke pandangan mata dah boleh bunuh orang. Tak ada lagikan?.

“mengumumkan tiga perkara penting dalam hidup saya. Yang pastinya ketiga-tiga perkara ini bakal mengubah perjalanan seni saya selepas ini” suasana hingar bingar tadi terus menjadi sunyi sepi. Barulah Aina mengangkat muka. Dan barulah juga dia perasan stesyen TVB10 sedang membuat rakaman di dalam dewan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 04:52 PM | Show all posts
“perkara pertama… perkara ini telah lima tahun terjadi. Tetapi hanya mereka terdekat dengan saya sahaja telah mengetahuinya. Sebab itulah adalah perkara peribadi saya. Dan pada malam ini barulah saya sedia kongsikan dengan anda semua. Oleh itu pada malam bersejarah ini, saya mengumumkan nama sebenar saya sejak lima tahun lepas adalah MUHAMAD ALAN YEOH ABDULLAH.” Semua orang terpaku. Lebih-lebih lagi Aina.

“tentu anda semua tidak mendugakan? Saya pun tak pernah menduga bahawa saya telah terpilih olehNya untuk disuluhkan Nur hidayah ke dalam hati kecil saya. Alhamdulillah..inilah perkara terbaik pernah berlaku di dalam hidup saya. Saya telah menemui cinta saya yang sebenarnya” tepukan gemuruh diberikan oleh para hadirin yang berada di dalam dewan ini.

“Perkara dua pula.. saya bakal menamatkan zaman bujang saya pada 12 June nanti.” Lagilah mereka semua terpaku. Terlalu banyak kejutanya.

“tak percaya? Hahahaha tentu kamu semua terkejut dan tertanya-tanyakan siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup saya?”

“Emy Nadia?” laung satu suara

Alan tersenyum mendengar. Bagai nak gugur hatinya. Betulkan Emy Nadia menjadi pilihan. Senyuman manis yang terukir di bibir Alan bagaikan mengesahkan perkara ini. terdengar pula jeritan lain.

“salah tekaan anda itu. dia yang mencuri hati saya ini bukanlah di kalangan artis. Mungkin anda mengenalinya, mungkin juga tidak. Tetapi dia ada di sini….” Sambil menepuk dadanya.

“sejak lapan tahun yang lepas…..”

“ok semua terima sebuah lagi lagu teristimewa untuk dia yang bertakhta di hati secara rahsia… “

“Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu, yang mungkin bisa kau rindu
Karena, langkah merapuh, tanpa dirimu
Oh karena, hati t’lah letih

        Perlahan-lahan Alan mula menghampiri Aina. Sorotan lampu sport light mengiringinya. Perlahan sahaja langkah itu sambil matanya memandang terus ke arah Aina. Krew TVB10 terus merakamkan langkah Alan Yeoh itu. begitu juga sorotan mata para hadirin yang lain. Dalam dia melangkah..dia terus mengalunkan lagu tersebut. Aina seperti terpaku. Tidak percaya apa yang berlaku di saat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 04:53 PM | Show all posts
Aku ingin menjadi sesuatu, yang s’lalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku, selalu memujamu
Tanpamu, sepinya waktu, merantai hati
Oh bayangmu, seakan-akan

        Lalu sampai sahaja di meja tempat Aina berada, terus dia membuat pusingan dan terhenti di hadapan Aina. Sambil menyanyi Alan Yeoh melutut di situ. tunak matanya memandang wajah yang dirindui sekian lama. Tanpa sedar Aina menangis. Betulkah ini. atau Cuma satu mimpi indah. Mimpi indah yang tak ingin dia lepaskan. Tak ingin dia biarkan ia berlalu begitu saja.

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil, rinduku, padamu oo~…
Seperti udara yang ku hela kau se-lalu, ada
Hanya dirimu yang bisa, membuatku tenang
Tanpa dirimu aku me-rasa, hilang
dan sepi, dan sepi
Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

        “will u marrying me..Aina batrisya..my gadis kecil ku?” seluruh dewan terpaku. Apatah lagi dengan Aina. Betul ke mimpi ini. dia tak dapat berkata apa-apa. Dia serba salah. Mana mungkin. Bukankah dia bakal berkahwin dengan pilihan mak tok. Mana boleh dia menerima lamaran ini.

“ah pujaan kau telah terlambat. Mengapa tidak dari dulu kau muncul. Kenapa baru kini” dialog hati Aina. Air mata laju membasahi pipinya. Tak mungkin .. ingin saya di sambut cincin itu. tetapi tak mungkin. Tak lama lagi dia bakal berkahwin dengan orang lain.

“tak boleh” tegas Aina menjawab dan ingin terus berlalu di situ. bangun sahaja dari kerusi, dia seolah terpaku, dihadapanya, mama, papa, angah dan adik berada di situ. melihat anggukan papa dan mama, senyuman semangat angah dan adik, dia keliru. Apa semuanya. Dia tak faham.

“Muhamad?” perlahan dia menyebut nama itu.

Melihat anggukan mama dan papa. Tumb up angah dan adik. Dia bagaikan baru mengetahui sesuatu. Dipandang Alan Yeoh yang masih melutut di hadapannya.

“muhamad?” dia menyoal Alan Yeoh perlahan.

Sebuah senyuman terukir di bibirnya beserta dengan anggukan. Jadi selama ini Muhamad yang arwah Mak tok maksudkan adalah Alan Yeoh?

        “Mak tok …….” Alan terus mengangguk sambil menyapu lembut air mata di pipi Aina. Aina kehilangan kata-kata. Sehinggalah dia dikejutkan dengan suara Alan Yeoh.

        “malam ini sebenarnya bukan sahaja menjadi kejutan buat anda semua. Malah untuk bakal isteri saya juga. Lapan tahun masa memisahkan kami. Haaaa..tak sangka ye.. saya boleh bertahan lapan tahun memuja dia dari jauh.”

“dia pula memuja saya dari jauh sejak lapan tahun juga. Kami saling puja memuja tanpa bersua. Setiap hari saya berdoa, agar Allah menjodohkan kami berdua. Alhamdullih, tak sampai sebulan lagi kami akan disatukan.

        Aina, tak terkata apa-apa. Dirinya telah pulih dari kejutan. Tetapi hatinya pula terasa geram dipermainkan. Seronoklah angah dengan adik tu berpakat dengan mama dan papa. Dan juga dia. Spontan dan diam-diam..sebuah cubitan hinggap di pinggang lelaki di sebelahnya kini.

        Spontan dia berpaling. Mereka berbalas isyarat mata. Tetapi dia tak heran pun. bertambah lebar senyumannya.…tebalnya muka terasa berinci-inci. Inilah padahnya jatuh cinta dengan orang femes. Melamar pun depan orang ramai. Memalukan betullah.

        “tinggal lagi satu pengumuman lagi….selepas perkahwinan saya ini, saya akan terus bersara daripada industri hiburan tanah air…..”

“tentunya anda tertanya tanya kenapa kan? Takkanlah selepas kahwin terus berhenti?”

“perkara ini telah saya fikirkan lama dulu…sejak mula saya menceburi bidang ini. tahun ini umur saya terah pun 30 tahun. Jadi sudah sampai masanya saya tinggalkan bidang ini.”

“saya akan umumkan dalam siding media tengah hari esok.” Senyuman terus diberikan kepada mereka semua. Aina pula bagaikan patung yang tegak berdiri di sebelah hero pujaan Malaya ini.

“itulah tadi kejutan untuk anda semua. Andalah yang pertama mengetahui berita ini. Assalamualaikum”

        Lalu Alan memaut tangan Aina supaya mengikutinya. Banyak persoalan berlegar-legar di dalam fikirannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2011 04:53 PM | Show all posts
Reply 52# naufal2705


   hehehehe.. ye ke..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:46 PM | Show all posts
best... esok last episode berikan peluang aku mencintaimu... pas ni ada cerita baru ke kak shimah?

x sabar nak tahu ending citer tu dan ternanti-nanti citer baru akak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 08:28 PM | Show all posts
Reply 58# shana85


   xde cerita brlaa shana85.. akak dah sambung dulu cerita yg ada dalam blog tuh.. hehhe esok last.. n esok boleh dapatkan sambungannya versi e-book lak ye.. insyaallah. tgh nak habiskan malam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 09:19 AM | Show all posts
wah... bestnya.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.081757 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list