View: 4120|Reply: 8
|
[Jenayah]
Wanita nyaris diculik, suspek gagal serkup kepala
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang wanita nyaris diculik di hadapan sebuah kedai dalam kejadian di Bandar Saujana Putra, Khamis lalu.
Menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kelhatan seorang lelaki cuba menyerkup kepala mangsa dengan beg plastik putih dari arah belakang.
Bagaimanapun tindakan suspek itu gagal selepas wanita itu berjaya mengesan tindakan suspek sebelum menoleh ke belakang.
Suspek yang tidak mengenakan penutup muka itu segera melarikan diri selepas cubaan menculik itu berjaya dipatahkan mangsa.
Berdasarkan rakaman CCTV itu juga kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.37 pagi.
Susulan kejadian itu, mangsa telah meminta rakaman CCTV tersebut daripada salah sebuah premis di kawasan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya sedang mengesan wanita dalam rakaman CCTV itu bagi mengesahkan motif kejadian.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apahal kaburkn gmbr penculik tu? Aib penculik kena tutup ke kesahnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan tu xde kerja kah pkl 4.30 pg pi merayap buat hapa? |
|
|
|
|
|
|
|
berani akak jalan sorang2 waktu mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza: Pompuan tu xde kerja kah pkl 4 ... keja kilang kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Serkap jarang
|
|
|
|
|
|
|
|
"...pihaknya sedang mengesan wanita dalam rakaman CCTV itu bagi mengesahkan motif kejadian"
kes belum tau ujung pangkal, wartawan dah jump the gun. tau pulak takut kena saman fitnah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 27-1-2025 11:50 PM
"...pihaknya sedang mengesan wanita dalam rakaman CCTV itu bagi mengesahkan motif kejadian"
Ohh tau mrk takut tulis main serkap j |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke pakai plastik nak culik. kalau tengok kes kat luar negara niat nak membunuh kalau serkup kepala guna plastik ni. Kalau culik memadai guna kloroform je pengsankan mangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|