CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3763|Reply: 0

[Sabah] 165 PTI warga Indonesia dihantar pulang

[Copy link]
Post time 27-1-2025 10:38 AM | Show all posts |Read mode


PULANG: Sebahagian PTI yang dihantar pulang ke negara asal.

KOTA KINABALU: Seramai 165 pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia dipindahkan melalui Terminal Feri Tawau untuk balik ke negara asal.

Program Pemindahan Tahanan PTI itu dijalankan menggunakan pengangkutan laut secara terus ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan kali ini membabitkan seramai 90 lelaki dan 39 wanita itu.

Selain itu katanya, JIM turut menghantar pulang 36 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia tiga bulan sehingga 76 tahun.

"Ini adalah program pemindahan untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2025 ke negara asal masing-masing menggunakan pengangkutan Labuan Express dan Francis Express untuk penghantaran pulang ke Nunukan, Indonesia.

"Semua PTI ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan media di sini.

SH Sitti Saleha berkata, pemindahan ini membabitkan tahanan warga Indonesia dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Papar.

Katanya, semua tahanan PTI ini akan disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

"Pada 2025 sehingga semalam, seramai 165 tahanan PTI warga Indonesia direkodkan pulang ke negara asal melalui pengangkutan laut dan menjadikan jumlah keseluruhan seramai 337 warga asing yang dipindahkan ke negara asal.

"Berdasarkan rekod statistik pemindahan tahanan asing ke negara asal dari Sabah menunjukkan bidangan tertinggi yang dipindahkan adalah warga Indonesia seramai 165 (49 peratus), diikuti 145 warga Filipina (43 peratus); 14 warga Pakistan (4 peratus); 11 warga China (3 peratus) dan dua tahanan lain-lain warganegara (1 peratus)," katanya.

Beliau berkata, kekerapan pemindahan ini adalah tertakluk dengan pengeluaran Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) secara berterusan oleh pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Malaysia.

Sementara itu, SH Sitti Saleha berkata, Jabatan Imigresen Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.040964 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list