CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9132|Reply: 15

[Jenayah] "Duduk Tanpa Rasa Dosa" - Terpaksa Berdiri Sebab Tempat Duduk Kena Rampas, Berlalu Tanpa Mintak Maaf!

[Copy link]
Post time 27-1-2025 07:55 AM | Show all posts |Read mode


Wanita kesal selepas tempat duduknya di konsert baru-baru ini dirampas oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Story, pemilik nama Samihah @ Aishah Omar, 43, berkata, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan, dia terpaksa berdiri sepanjang lima lagu.

    “Saya baru pulang dari konsert Ernie Zakri. Yang saya nak cerita sekarang, kita semua beli tiket masing-masing. Jadi, duduklah tempat sendiri.
    “Awak tahu tak, sebab awak duduk “tempat saya..saya kena berdiri hampir lima lagu.
    “Krew terpaksa kena sahkan tiket awak. itu sebenarnya tempat saya bukan awak. Saya kasihan krew yang bekerja pada ketika itu,”luahnya di Instagram Story, semalam.

Lebih kesal, pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu memaklumkan individu terbabit hanya berlalu pergi selepas diminta kosongkan tempat duduk tanpa sebarang permohonan maaf.

Dalam pada itu, Misha meluahkan rasa terima kasih atas usaha krew yang bertugas kerana bertindak pantas bagi menyelesaikan masalah tersebut.

    “Awak duduk tanpa rasa dosa, awak berlalu pergi dengan senyuman tanpa minta maaf pun tidak.
    “Terima kasih kepada krew tersebut sebab dapat selesaikan masalah dengan cepat,”ujar Misha Omar.

Semalam, telah berlangsungnya konsert sulung Ernie, Aura: Ernie Zakri Live In Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvenseyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain Misha, terlihat juga kelibat Aina Abdul yang hadir bagi menyokong Ernie melangsungkan acara berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2025 01:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka senyuman berlalu tanpa minta maaf manaaaa ? Duduk di tempat mu ituuuuu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Free hair atau hijab ? Kalau tudung, ikat nampak dada ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 11:32 AM | Show all posts
Cian dia. Dah tak syok tengok konsert.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau bercakap ke menyanyi? Atau bersenda gurau?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2025 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Influencer ke yg duduk tu. Org industri kta influencer lagi byk buat perangai dari retis2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 11:39 AM | Show all posts
tak amukan kat situ ke?

kawan aku kena masa konsert dewa kat axiata. numbered seat dia masuk lewat la maghrib apa bagai dulu. masuk2 seat dah ada org duduk. usherer bodoh kata boleh duk mana2. halau taknak bangun. katanya usherer cakap free seating ala bodoh. floor manager turun pun still taknak bangun sampai sudah.

last2 duk kat tangga je. dia siap email iman tang mengamuk. tapi si iman (or PA dia) baik pulak ritu. mintak maap & dapat free tiket ke apatah..

aku dengar citer pun menyirap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Vrani korang cross kak Mehah!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok individu khinzer tu vrani ka idok upload video mitok mahap. Mana la tau gila glem.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
cikdot replied at 28-1-2025 03:39 AM
tak amukan kat situ ke?

kawan aku kena masa konsert dewa kat axiata. numbered seat dia masuk lewat  ...

Next time histeria je kalau jadik gini kata kat kawan tu. Daripada sendiri sakit, biar sama2 sakit n malu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 12:09 PM | Show all posts
dgn misha omar ko leh wat pangai lak ye...mesti selebriti gk ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cikdot replied at 28-1-2025 11:39 AM
tak amukan kat situ ke?

kawan aku kena masa konsert dewa kat axiata. numbered seat dia masuk lewat  ...

takde security ke konsert camtu.. g peluk ketiak campak kat luar
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 12:16 PM | Show all posts
lilacomot replied at 28-1-2025 12:09 PM
dgn misha omar ko leh wat pangai lak ye...mesti selebriti gk ni

i pon suspek gitu. macm nak tuduh bedul tapi takkan she berani cross kak mish
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 02:19 PM | Show all posts
Radzor replied at 28-1-2025 12:16 PM
takde security ke konsert camtu.. g peluk ketiak campak kat luar

tahlah dgn usherer, floor manager, yg rembat seat orang semua bodoww. security kat axiata tu pun muka budak2 baru habis sekolah je. sekali kena  jerkah dia yg nangis dulu agaknya..

mujur tak jadi kat aku. kalau tak mau amukan aku kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah okg itu?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042703 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list