CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5853|Reply: 16

Pembekal sandwic ham di UM didakwa guna logo halal palsu

[Copy link]
Post time 24-1-2025 05:15 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA: Sebuah syarikat pastri dan pengarahnya yang membekalkan 366 sandwic pelbagai jenis yang tular di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 12 tuduhan menggunakan logo halal palsu supaya makanan itu boleh dimakan orang Islam, awal bulan ini.


Bagaimanapun, Pengarah syarikat Shake and Bake Cafe Sdn Bhd, Ewe Sarn Yeun, 65, mengaku tidak bersalah sejurus semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dr Sharliza Warnoh dan Noor Ruzilawati Mohd Nor.


Mengikut enam pertuduhan, tertuduh didapati menawarkan untuk membekalkan 366 produk makanan sandwic membabitkan enam perisa yang diperihalkan dengan menggunakan logo halal Malaysia untuk menunjukkan makanan itu boleh dimakan orang Islam dengan cara bertentangan dengan Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.


Produk makanan itu membabitkan 50 Mixed Tuna Sandwic; 43 Mixed Potato Sandwic; 77 Mixed Chicken Sandwic; 74 Egg Mayo Sandwic; 66 Ham & Cheese Sandwic dan 56 Chili Crabstick Sandwic.


Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Shake and Bake Cafe Sdn Bhd, Sunway Damansara, di sini, pada jam 12.50 tengah hari, 10 Januari lalu.


Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Perenggan 8(b) perintah yang sama yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8(B) perintah yang sama yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Dalam pada itu, syarikat berkenaan yang diwakili Ewe selaku pengarah juga tidak mengaku bersalah atas enam pertuduhan sama di lokasi, tarikh dan waktu sama mengikut Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berdepan denda maksimum RM200,000, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, Ewe yang juga berstatus Pemastautin Tetap (PR) Amerika Syarikat dan syarikatnya tidak mengaku bersalah masing-masing didakwa satu pertuduhan menggunakan cap dagangan berdaftar iaitu logo halal Malaysia yang salah pada 366 bungkusan sandwic terbabit di lokasi, tarikh dan waktu yang sama.


Oleh itu, Ewe dan Shake and Bake Cafe didakwa mengikut Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815) dan dengan itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 102(1)(c) akta sama yang boleh dihukum Seksyen 102(1)(i) dan Seksyen 102(1)(ii) akta sama bagi pengarahnya.


Bagi Seksyen 102 (1)(i), akta berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000, manakala Seksyen 102 (1)(ii) akta itu memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan cap dagang berdaftar itu secara salah, atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Shafiq Mahadi dan Hakiim Izani menawarkan jaminan RM60,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira ia membabitkan kes berkepentingan awam, selain memohon syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di Pejabat KPDN, Putrajaya sebulan sekali sehingga kes selesai.


"Kes yang dipertuduhkan di mahkamah ini adalah rentetan daripada video yang tular di media sosial dan syarikat serta pengarah yang dipertuduhkan adalah pembekal kepada barangan yang menjadi isu.


"Sewajarnya pertuduhan ini memberi mesej kepada pembekal lain tidak melakukan kesalahan sama," katanya.


Peguam Hamdan Hamzah yang mewakili Ewe dan syarikat itu memohon jaminan RM120,000 bagi semua pertuduhan dengan mengambil kira reputasi anak guamnya yang memberikan kerjasama kepada KPDN sepanjang siasatan.


"ihak kami menegaskan isu kepentingan awam dibangkitkan pendakwaan adalah bukan terhadap tertuduh ini, tetapi syarikat lain menjadi viral (tular) di dada akhbar dan media sosial, tidak membabitkan syarikat Shake and Bake Cafe," katanya.


Sumber : - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 06:57 PM | Show all posts
besar dosa ko apek menipu umat
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jubake lahanet perangai kau...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni klu yg jual2 kerepek keropok, goreng pisang ke nasi lemak guna banner letak logo halal cmni lh klu kena dakwa… org report ke x or KPDN dtg raid kena nasib je lah gtu.
So nk jual apa2 jgn suka hati letak logo halal.. esp peniaga2 kecil, IKS ke luar bndar… jgn sedap hati print logo kt plastik packaging tu ye. X kisah lh melayu ke bukan...i tau ada yg buat.

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kkmart x pasal2 kena baling cat merah pasal kes ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Inigo-Montoya replied at 24-1-2025 06:57 PM
besar dosa ko apek menipu umat

Dosa pahala untok orang isle saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2025 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lenkali takyah la buh logo halal tu
Kalau isley makan juga tu dorang tanggung la sendiri
Tp sbb ada logo halal wat naya kat org jaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk pula kes berlaku di um sejak akhir ni ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2025 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Logo halal punya susah nak mohon, sesedap rasa je apek ni main tempek logo halal palsu. Kesian pihak yang betul2 mohon sebab usaha diorang pulak diragui.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 03:56 PM | Show all posts
grouper replied at 25-1-2025 02:20 AM
Padan muka kkmart x pasal2 kena baling cat merah pasal kes ni...

kalau baca sejarah China yang lama2 zaman dinasti ming qing tu semua
u akan perasan hukuman waktu tu zalim dan ganas gila-gila.
salah satunya hukuman LingChi.

yang kena hukum tu bukan Orang Islam. bukan India bukan Melayu.
dia sesama bangsa jatuh hukum
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rs x Lama lps la Kes ni. Atau pun hukumannya kena denda 500..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah root cause kepada isu kopi harith iskander dan seterusnya penghinaan islam dalam komen-komen fb posting.

Makcik cecelia yap tu pun dah hilang. Harap dapat tangkap sebelum cny.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka! Good job authorities
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
benarlah kata2 kurex..depa akan terasa besar bila memerintah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Logo halal tu kena apply.. bknnya sbb pakai semua ingredients halal
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 09:22 AM | Show all posts
iols x fhm lah. org2 jenis mcm ni kan, apa yg risau sgt kalau kau prepare jer bebetul makanan tu ikut prosedur halal dan dpt logo. bisnes ko untung, org Islam xkan jdkan benda tu isu. in the end, semua org happy. ni kau bantai guna logo palsu. ko kenapa eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2025 10:16 AM | Show all posts
yang paling bodoh ada melayu liberal dok back up...
cakap korang integriti tinggi, tapi benda menipu korang terima asalkan yg kena org islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050776 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list