View: 16372|Reply: 23
|
Ramai penduduk tinggalkan New Zealand sejak awal tahun lalu, petanda kelemahan ekonomi
[Copy link]
|
|
WELLINGTON: Bilangan penduduk meninggalkan New Zealand mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 12 bulan hingga November lalu.
Keadaan itu secara langsung menjadi antara petanda kelemahan ekonomi negara terbabit yang memasuki kemelesetan teknikal pada suku ketiga 2024.
Data Statistik New Zealand semalam menunjukkan seramai 127,800 orang meninggalkan negara itu dalam tempoh 12 bulan, meningkat 28 peratus berbanding tempoh sama, tahun sebelumnya.
Mengikut data itu, lebih 50 peratus daripada jumlah yang meninggalkan negara berkenaan adalah warga New Zealand.
Negara dengan hanya 5.3 juta penduduk itu menyaksikan kemelesetan ekonomi sejak beberapa tahun lalu, apabila bank pusat menaikkan kadar tunai rasmi untuk meredakan inflasi yang tinggi.
Penghijrahan itu bagaimanapun terus diimbangi kemasukan migrasi ke New Zealand.
Statistik New Zealand melaporkan migrasi bersih, iaitu bilangan orang berhijrah ke New Zealand secara tetap berbanding jumlah meninggalkan negara itu, mencatatkan angka 30,600 dalam tempoh 12 bulan hingga November lalu.
Migrasi bersih mencapai kemuncaknya dalam tempoh 12 bulan berakhir Oktober 2023, membabitkan seramai 135,700 orang.
Sementara itu, ahli ekonomi kanan di Westpac, Michael Gordon, berkata ramai datang ke New Zealand demi peluang pekerjaan dan mereka memilih untuk meninggalkan negara terbabit apabila peluang berkenaan berkurangan.
"Ia berkaitan peluang pekerjaan, terutama di sini (New Zealand) berbanding Australia. Ekonomi Australia masih berjalan dengan agak kukuh.
"Terdapat lebih banyak peluang (pekerjaan) di sana (Australia) sekarang, jadi kita melihat aliran keluar rakyat Kiwi (New Zealand) yang agak tinggi," katanya.
Mengenai migrasi bersih, Gordon berkata, angka itu kembali kepada purata, selain akan menyokong ekonomi negara dalam jangka panjang.
"Bagi sebahagian besar penduduk dunia, New Zealand adalah tempat menarik untuk didiami.
"Namun, bagi kami (rakyat New Zealand), ada tempat lain yang dilihat lebih menarik (untuk didiami) seperti Australia, atau berpindah ke Amerika Syarikat (AS) mahupun United Kingdom," katanya. - REUTERS
Sumber : - Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
geng2 penyembah nabi boleh la ajak ramai lg penganut ke sana |
|
|
|
|
|
|
|
Yg pegang sepanduk tu..mcm muka tipikal C-bukit je...patut la tanak bercakap bahasa Maori.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org NZ nak keluar, org luar plak masuk |
|
|
|
|
|
|
|
anak sedara iols grad sana kata senang je dpt kerja, hari tu grad dh taknak balik sini nk cari kerja sana....tatau apa khabar berita now dh kerja or belum |
|
|
|
|
|
|
|
izwan_izi replied at 24-1-2025 03:08 PM
Yg pegang sepanduk tu..mcm muka tipikal C-bukit je...patut la tanak bercakap bahasa Maori..
Jinjang Utara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cousin aku tak balik² dah. Tp tgk lifestyle kt ig dah jd geng alphabet sudeyh.. |
|
|
|
|
|
|
|
juruterra replied at 24-1-2025 04:11 PM
anak sedara iols grad sana kata senang je dpt kerja, hari tu grad dh taknak balik sini nk cari kerja ...
I dengar ramai Indian nurses pergi sana, Tup2 kja x de |
|
|
|
|
|
|
|
izwan_izi replied at 24-1-2025 07:08 AM
Yg pegang sepanduk tu..mcm muka tipikal C-bukit je...patut la tanak bercakap bahasa Maori..
Dia nak la. Kan dia pangkah 'not' tu. |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 24-1-2025 09:32 AM
geng2 penyembah nabi boleh la ajak ramai lg penganut ke sana
Geng keluarkan air merah tu ke. Member sekolah terjebak. Ingat dulu MLM jual air , rupanya nk buat ajaran lain pulak dh. |
|
|
|
|
|
|
|
Zezo replied at 24-1-2025 04:21 PM
Cousin aku tak balik² dah. Tp tgk lifestyle kt ig dah jd geng alphabet sudeyh..
geng alphabet ni apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tiktokers masak2 tu aku tgk terus dok sana lepas study. Sedap2 tgk menu dia.. western food |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 24-1-2025 05:07 PM
geng alphabet ni apa?
LGBTQ+. Tak lama semua huruf² dorg nk claim. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bergantung dengan kerja dgn org memang la akan keluar dan cari negara yg byk peluang pekerjaan. Tetapi bg yg bekerja sendiri, mana2 pun boleh hidup. Yg penting negara bagus dari segi keamanan, kesejahteraan, pendidikan anak2 dan kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
balik kosong lah mcm tu, kalau nurses gi la middle east sana byk demands
anak sedara iols actuarial science grad
|
|
|
|
|
|
|
|
Zeelalala replied at 24-1-2025 09:42 PM
Kalau bergantung dengan kerja dgn org memang la akan keluar dan cari negara yg byk peluang pekerjaan ...
Dulu kan ada kuar berita....
Dok kat new Zealand tenang je.....
Tapi knp org suka dok australia |
|
|
|
|
|
|
|
juruterra replied at 27-1-2025 09:28 AM
balik kosong lah mcm tu, kalau nurses gi la middle east sana byk demands
anak sedara iols actuaria ...
Middle East nak islam je kot sbg nurse.....
Kot le.... |
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa tahun lepaih anak buah kawen dgn org mesia yg keje kat sana, pastu pindah ke sana.. rasanya masih kat sana lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Australia byk peluang pekerjaan. Dan rate juga lebih tinggi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|