CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7831|Reply: 15

Simpanan EPF lebur, ejen insurans rugi lebih RM660,000 kena scam

[Copy link]
Post time 17-1-2025 08:42 AM | Show all posts |Read mode






JEMPOL: Seorang ejen insuran kerugian RM666,546 apabila menjadi mangsa pelaburan tidak wujud.


Warga emas berusia 61 tahun itu bukan sahaja menggunakan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), malah turut meminjam ratusan ribu ringgit daripada rakannya.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata mangsa seorang lelaki yang tinggal di Bahau sebelum itu tertarik dengan skim pelaburan di Facebook pada September tahun lalu.


Katanya, mangsa ditawarkan pulangan menarik dalam bentuk AS$ dan sekiranya melabur sebanyak RM250,000 mangsa akan menerima pulangan berjumlah RM1.5 juta.


"Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu membuat transaksi pertama berjumlah RM4,220 pada 5 Oktober 2024 sebelum melakukan 24 transaksi secara berperingkat dari 5 Oktober 2024 sehingga 7 Januari lalu.


"Mangsa memasukkan wang pelaburan ke dalam lima akaun bank berbeza dan dijanjikan akan mendapat pulangan dalam masa singkat," katanya.


Katanya, sehingga Januari lalu mangsa tidak menerima pulangan sebaliknya terus diminta membayar wang pelaburan bagi pelbagai urusan.


Chang Hook berkata mangsa meminjam wang daripada rakannya dengan memberi alasan bagi tujuan derma kepada badan kebajikan.


Beliau berkata sikap tamak yang mahu mendapatkan wang banyak dalam masa singkat boleh memakan diri sendiri sehingga menyebabkan kerugian berganda.


Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2025 09:45 AM | Show all posts
kesian.... tamak 1 hal,main skim mcm ni kena pandai,
kalau first bet x menang terus angkat kaki je,
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 09:51 AM | Show all posts
copy_paste replied at 17-1-2025 09:45 AM
kesian.... tamak 1 hal,main skim mcm ni kena pandai,
kalau first bet x menang terus angkat kaki je,

Kan..




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 09:56 AM | Show all posts

kebanyakan game diorg open terus jumlah besar,jarang la yg bukak harga marhain,kalau ada bukak harga rendah pun pulangan x byk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 11:13 AM | Show all posts
teringat pepatah lama zaman2 sekolah dulu:

"orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang"
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 11:57 AM | Show all posts
Pakcik banyak sangat masa terluang di rumah la ni sampai terjebak benda yang bukan2. Lebur duit pencen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2025 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina ke ni.. mulayu rasa takde duit sbnyk ini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 12:36 PM | Show all posts
Hmmm tak boleh pikir ke... contoh macam bomoh nombor ekor, buat apa dia bagi winning number untuk upah RM100... baik dia tikam sendiri.  Sama je konsep dia, kalau investment boleh bagi pulangan 20% buat apa dia bagi tau orang.. baik dia pinjam bank / orang untuk dapat pulangan sendiri.. modal 100K dapat pulangan 20k.. 5k bayar interest.. dapat solid 15K.. atau 15% roi... buakpe nak bagi orang 20% tu.  Kenapa susah sangat nak paham?..

Fund manager Blackstone pun tak berani nak bagi 20% ROI, on long term.  Inikan lagi mamat pakai merc tahun 90an sembang kat warung / starbucks atau influencer tiktok / medsos..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2025 03:44 PM | Show all posts
kat tele ada investment cepat kayo.. masuk 1k dapat 45k. Punca dpd bitcoin, share, forex..

klo loss, boleh refund. Mana ada camni. Dah loss memang dapat abok.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 03:54 PM | Show all posts
haih pokcik duit byk tu blh menikah anak dara kot
ni skrg menyesal tak sudah la
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 04:37 PM | Show all posts
ezacbee replied at 17-1-2025 03:44 PM
kat tele ada investment cepat kayo.. masuk 1k dapat 45k. Punca dpd bitcoin, share, forex..

klo loss ...

Semua medsos pun sama juga, 500% bukannya betul pun. Baik beli laptop gaming berbanding join benda macam ini.





Contoh-contoh iklan pelaburan palsu di bawah: -


Tiada perkataan MENTERTI dalam kamus Bahasa melayu, begitu juga dengan TERPALING. Ini mesti scammer yang salah taip kan.
























This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 04:41 PM | Show all posts
Buritan replied at 17-1-2025 12:00 PM
Cina ke ni.. mulayu rasa takde duit sbnyk ini..

Jangan lagi fikir rasis bab perkara ini. melayu, Cina atau India serta etnik lain sama saja.. BTW, beli laptop gaming lagi bagus berbanding join pelaburan palsu macam ini.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 04:55 PM | Show all posts
Adakah masa jadi ejen insurans dulu dia banyak scam orang? It's a question.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 04:56 PM | Show all posts
black_handbag replied at 17-1-2025 11:13 AM
teringat pepatah lama zaman2 sekolah dulu:

"orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bay ...

Dalam semak ada duri,
Ayam kuning membuat sarang,

... sambung

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah kau pun scam client balun duit komisen tp lepas tu tak jaga pun client...

Rezeki tak berkat dekkk..  bersyukur lah Allah tarik balik rezeki haram kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 10:04 AM | Show all posts
green~tea replied at 17-1-2025 06:56 PM
Alah kau pun scam client balun duit komisen tp lepas tu tak jaga pun client...

Rezeki tak berkat d ...

Beli laptop gaming lagi bagus daripada join pelaburan palsu macam ini..








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.091931 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list