Gambar hiasan. - NDTV
NEW DELHI – Seorang lelaki berusia 23 tahun maut selepas lehernya terjerut tali nilon layang-layang ketika menunggang motosikal di negeri Maharashtra, India, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) di kawasan kampung di Pathardi, bandar Nashik.
“Leher mangsa, Sonu Kisan Dhotre, terjerat tali nilon ketika menunggang motosikal ke arah Pathardi Phata dari Kem Deolali.
“Dia mengalami kesan luka yang dalam pada lehernya,” kata polis.
Anggota-anggota polis segera membawa Sonu ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Sonu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk. – AGENSI
|