CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22221|Reply: 12

[Tempatan] Warga Bangladesh Cemburu Bunuh Wanita Indonesia Di Hotel

[Copy link]
Post time 15-1-2025 05:24 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja hotel bajet dikejutkan dengan penemuan wanita warga Indonesia ditemui mati di sebuah hotel bajet di Bandar Kinrara, Puchong pada Selasa. — Gambar Hiasan
SEORANG wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di sebuah hotel bajet di Taman Mawar dekat Puchong, Selangor pada Selasa.

Difahamkan, mayat mangsa dipercayai ditemui oleh pihak hotel yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis kira-kira 9 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, penemuan mayat wanita terbabit dimaklumkan oleh pihak hotel berkenaan.


"Siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemukan pekerja hotel kira-kira pukul 9 malam sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

"Susulan itu, polis menahan dua lelaki warga asing kerana disyaki terbabit dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau lagi, mangsa yang juga dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dalam sebuah bilik hotel terbabit.

"Hasil siasatan, polis menahan dua lelaki warga asing, kedua-duanya berusia 39 tahun di Bukit Puchong, pukul 3 pagi Rabu.

"Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif pembunuhan serta hubungan mangsa dengan kedua-dua suspek.

"Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari hingga 6 Januari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Anbalagan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Dalam pada itu, Anbalagan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Siti Zamarah Jamaludin di talian 03-80742222. — Majoriti

Polis Tahan Warga Bangladesh Di Syaki Bunuh Wanita Di Hotel

04.01.2025 - Seorang buruh binaan warga Bangladesh ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita warga Indonesia di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong pada 31 Dis lalu. Ketua Polis Serdang A A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan kenalan mangsa dan mengaku membunuh kerana cemburu,” katanya dalam kenyataan.

Anbalagan berkata lelaki terbabit direman hingga 10 Jan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Polis menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita warganegara Indonesia berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah di hotel berkenaan pada 10.15 malam, Selasa lepas.

Cemburu punca wanita dibunuh di hotel bajet

Kuala Lumpur: Cemburu dikenal pasti motif pembunuhan wanita yang mayatnya ditemui dalam bilik hotel bajet di Taman Mawar, Puchong di sini, 31 Disember lalu.

Motif pembunuhan itu dikenal pasti susulan tangkapan ke atas suspek utama iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 23 tahun, semalam.

Tangkapan dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Selangor pada 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan mendapati suspek bekerja sebagai buruh binaan di Presint 20, Putrajaya dan merupakan kenalan mangsa.

"Dalam soal siasat, suspek mengaku membunuh wanita itu kerana cemburu.

"Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, mangsa dikenal pasti sebagai warga Indonesia berusia 39 tahun.

"Ketika kejadian, mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik hotel pada 10.15 malam, 31 Disember lalu," katanya.

Susulan itu, katanya, dua lelaki warga asing berusia 39 tahun ditahan di Bukit Puchong pada 3 pagi Rabu lalu.


https://www.tiktok.com/@utusantv ... 7459675485644066066

mbak @nusaraya udahlah ya main forum terus.. urusin aja pacar bangladesh kamu itu.. jangan biarkan dia cemburu ama kami disini


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Da berhantu da hotel tu nanti. Kalo la org yg sewa bilik lps tu dpt Tau bilik tu ada org Mati kena bunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:12 AM | Show all posts
Bila mau bersihkan Malaysia ini la?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:23 AM | Show all posts
amende dia bebel sambil turun tangga tu

mental disorder ke ape ni

btw kt presint 20 tu adalah tanah perkuburan
dgn beberapa binaan utk facility di situ
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:24 AM | Show all posts
gladon
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada anak, anak2 dorang ni la yg org melayu suka amik jd anak angkat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2025 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangla 23, si mati 39…kena bunuh pasei jeles…
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 01:11 PM | Show all posts
Semakla depa ni. Bila nak 5s tah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 01:42 PM | Show all posts
Dulu cl indo aku pernah cerita ramai kawan2 dia kat sini couple dgn bangla
Sebab diorang punya ciknek besar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
bapak bangla..mak indon...ANAK..banglandon
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 03:42 PM | Show all posts
semak je la dua kaum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 06:03 PM | Show all posts
otai_g replied at 15-1-2025 07:59 AM
Da berhantu da hotel tu nanti. Kalo la org yg sewa bilik lps tu dpt Tau bilik tu ada org Mati kena b ...

kat genting pun ada kes bunuh dlm bilik tp tak blh la sebut hotel mana nnt aku kena saman pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya perempuan tu dah kahwin kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.132674 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list