CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2957|Reply: 31

Bukit Aman Rampas Heroin Bernilai RM110 Juta!

[Copy link]
Post time 20-4-2011 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Bukit Aman Rampas Heroin Bernilai RM110 Juta!

April 7, 2011 6 Comments
Oleh SYAHRIL A. KADIR

KUALA LUMPUR – Setelah menahan empat warga Iran dan merampas 71.4 kilogram (kg) syabu bernilai RM17.9 juta serta wang tunai RM7.1 juta kelmarin, Bukit Aman sekali lagi mencatatkan kejayaan besar dengan merampas heroin bernilai RM110 juta semalam.
Kali ini dua rakyat Pakistan berusia 28 dan 30 tahun pula diberkas. Serbuan dilakukan di rumah sewa mereka di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Bukit Jalil.
Pengarah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan itu, polis menemui 155 bungkusan dadah dengan berat 158.5kg di dalam selimut tebal (comforter) yang disembunyikan dalam 14 kotak.
” Kita percaya ia ada kaitan dengan rangkaian dadah antarabangsa sepertimana serbuan di Australia baru-baru ini.
” Kedua-dua suspek ada perniagaan ‘halal’ di negara ini untuk mengaburi pihak berkuasa, mereka juga hanya menyewa kerana bimbang kediaman mereka dirampas sekiranya didapati bersalah.
” Polis percaya dadah ini diseludup masuk melalui laut dan pelabuhan, kita akan siasat mereka berdua dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” tegasnya
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini hari ini
Semalam Noor Rashid Ibrahim mengumumkan kejayaan polis menangkap sembilan individu termasuk empat wanita warga Iran di ibu negara.
Operasi besar-besaran itu juga berjaya merampas 71.4 kg dadah jenis syabu bernilai RM17.9 juta dan wang tunai RM7.1 juta serta pelbagai mata wang asing.
Sejak Januari hingga 4 April tahun ini, Bukit Aman berjaya menumpaskan beberapa sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan tertangkapnya 65 individu dan merampas 297 kg dadah jenis syabu bernilai RM75 juta.

Nota kaki vevulu; mamat Pakistan ni budak cyber yg bwk Ferrari, skyline etc berkepit ngan pros Russia n kazak. Satu dunia tau tgk lifestyle, ibarat tampal kt dahi 'Aku jual heroin' syabas to PDRM.

Monod kalau dh ade, bako je lah thread ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 05:29 PM | Show all posts
syabas pdrm...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 05:36 PM | Show all posts
mudahnya dapat bawa masuk ke negara kita...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 05:36 PM | Show all posts
err,...betul ke nota kaki bebulu ko tu wahai TT?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 05:45 PM | Show all posts
letak dadah dlm comforter hello kitty
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 05:48 PM | Show all posts
golden land.....   takyah status bumi pun dia boleh kaya....  mmg open market aa negara kita nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2011 05:49 PM | Show all posts
area tuh banyak foreigner....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 05:50 PM | Show all posts
tahniah pdrm!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 05:52 PM | Show all posts
” Kedua-dua suspek ada perniagaan ‘halal’ di negara ini untuk mengaburi pihak berkuasa, mereka juga hanya menyewa kerana bimbang kediaman mereka dirampas sekiranya didapati bersalah.


diaorang ingat PDRM bodoh mcm diaorang..taktik ni dah basi kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 05:52 PM | Show all posts
Puncak Jalil berapa ni? Tahniah PDRM.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 05:54 PM | Show all posts
iran bodo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 06:05 PM | Show all posts
err,...betul ke nota kaki bebulu ko tu wahai TT?
penari Post at 20-4-2011 17:36


true stori nox. psl dulu, dia lah king of cyberjaya. Naik kete ferrari laju sampai nak bang kete aku Dari belakang. Cover up buat biz workshop n travel agency. Pastu kt parking dia berderet kete sport car, sekarang kosong coz semua kene Rampas. Satu family dr paki dia bwk sini, adik dia kt LKW rolling in fairlady ngan muke stuck up. Sekarang menapak la kot.  Aku bangga ngan PDRM, tunjukan these virus yg mereka x kebal undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 06:06 PM | Show all posts
patutlah nampak byk sgt restoran iran skrg nih... custumer tak de pun tapi boleh running bisnes berbulan2
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:53 PM | Show all posts
jgn hilang dadah nie dlm jagaan PRDM dah laa........
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:12 PM | Show all posts
ade harapan hilang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:21 PM | Show all posts
Sesapa yg tau / penah buat kajian mcmna marketing strategy pengedar2 dadah yg terbukti berkesan & berjaya merekrut penagih baru setiap minit tolonglah bukukan ilmu tersebut supaya kita semua boleh apply utk business halal yg kita ceburi dalam usaha meningkatkan pelanggan (jualan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 11:22 PM | Show all posts
xphamm..asik warga iran je jadi keldai dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:28 PM | Show all posts
tahniah PDRM.  biar lanun2 tu tahu sini bukan tempat dorang berdagang benda haram mcm tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:55 PM | Show all posts
jgn hilang dadah nie dlm jagaan PRDM dah laa........
Acong Post at 20-4-2011 22:53


Hilang satu hal..jangan anak2 datuk, menteri.... ration mereka utk setahun cover sudah ler.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:56 PM | Show all posts
tahniah PDRM.  biar lanun2 tu tahu sini bukan tempat dorang berdagang benda haram mcm tu.
zorrro_03 Post at 20-4-2011 23:28


Lanun pun harbam.... huloq pegawai sikit nah ....sebab tuuu tak lepas......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27891 Replies : 772
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 12064 Replies : 193
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25662 Replies : 178
Cari Forum dah carum ke dekkkk?
stingerkentotCari Forum dah carum ke dekkkk?
Views : 2409 Replies : 10
Demi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepas Buat Bariatrik tetapi kiciwa suami curang dengan perempuan gemuk lain dan diceraikan.
YgBenarDemi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepa
Views : 4205 Replies : 68
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 1443 Replies : 4
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 1313 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.152364 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list