Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki yang juga model terkenal dari Britain yang dikenali sebagai Kit Price turut fasih berbahasa Melayu.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Price dipercayai berada di negara ini untuk bersiar-siar bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Calum Harper.
Di dalam video tersebut, dia dilihat membawa Harper untuk mencuba pengalaman bersarapan pagi seperti rakyat tempatan di sebuah warung dengan mencuba nasi lemak serta roti canai.
Minta roti canai dengan nasi lemak macam local
Apa yang mengejutkan, Price bercakap di dalam bahasa Melayu semasa seorang pekerja kedai datang kepada mereka untuk mengambil tempahan makanan.
“Abang, (bagi) dua roti canai dan nasi lemak,” kata Price kepada pekerja warung berkenaan.
Namun, pekerja terbabit menyatakan bahawa tiada nasi lemak di warungnya dan Price membalas ‘Takda?’ seperti rakyat tempatan.
Memetik portal gayahidup Culted, Price menerusi satu temubual menyatakan bahawa dirinya pernah membesar dan bersekolah di Malaysia sebelum pergi ke UK untuk menyambung pelajaran ketika zaman pandemik Covid-19 dahulu.
Jadi tidak hairanlah mengapa Price fasih berbahasa Melayu, dia pernah menetap di negara ini beberapa tahun dahulu.
Netizen terkejut, tak sangka Price fasih berbahasa Melayu
Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai orang terutamanya yang mengenali Price kerana tidak menyangka bahawa lelaki tersebut sebenarnya boleh bertutur di dalam Bahasa Melayu.
Tidak hanya itu, mereka juga terkejut kerana menyifatkan bahasa Melayu yang digunakan oleh Price agak lancar tidak seperti kebanyakan mat saleh.
jika seseorang itu influencer, dia cuba juga nak cakap bahasa tempatan which is bagus la kan... tapi siap rakam dan post itu lebih kepada nak content dan follower...
Jika dia ada kerjaya tetap dan bagus contohnya akauntan, doktor, guru, arkitek, pakar IT pakar ekonomi, ahli sukan, atau jutawan, dia pergi jepun cakap jepun, pergi india cakap hindi, pergi indon cakap bahasa indonesia, pergi thai cajap thai... itu next level la pada akak... kerna akak pernah ketemu orang seperti itu.
ramai aje budak bangsa asing pandai cakap melayu. dulu selalu jumpa orang2 mcm gini. Sekolah international school, mak pak posting kt msia lama jadi dia orang pun pandai cakap BM, baca and tulis. Ada sorang tu, kalau tak tengok muka, cakap sebijik mcm orang melayu. bukan mix tau...
in the 90s lagi
ofis aku masa tu dkat dgn Bangsar
Bila pegi Bangsar Shopping Centre
elok je anak2 expat mat saleh ckp melayu
siap ekk semua sebut
skrg ni sikit2 nak impress
impressed? no.. suprised? yes.. sbb diorg ni mmg british based model tetiba dtg malaysia utk holiday tp blh ckp melayu (wpun sorg je blh cakap), of course la suprised.. if diorg ni mat saleh yg mmg kita tau membesar dan dah tinggal lama di malaysia, dah xde rasa suprised tu sbb dah mmg patut diorg belajar cakap bahasa tempatan... and in Kit's case, dia blh je lupakan bahasa melayu lps dia tinggalkan malaysia, tp suprisingly he's still remembered and can speak well.. x mcm sesetgh org malaysia sendiri yg x pernah pi oversea tp cakap melayu pun x blh2..
Indonesia merdeka dengan cara membayar kepada holandia. Kenapa indon sangat mencintai iNDIA dan holaNDIA? . Sehingga tanah air kamu jika di melayu kan adalah TANAH INDIA dan juga jangan lupa matawang kamu juga
Indonesia merdeka dengan cara membayar kepada holandia. Kenapa indon sangat mencintai iNDIA dan holaNDIA? . Sehingga tanah air kamu jika di melayu kan adalah TANAH INDIA dan juga jangan lupa matawang kamu juga