CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5327|Reply: 3

[Dunia] Ibu ayah 'pekena' gam sebelum dera, anak 4 tahun mati hanya sebab muntah di pasar raya

[Copy link]
Post time 14-1-2025 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditemui maut dalam keadaan berbungkus kain sarung di sebuah rumah kedai kosong di Kampung Jatibaru, Tambun Selatan, Indonesia pada 7 Januari lalu akhirnya terbongkar.

Dalam kejadian itu, polis mengenal pasti motif jenayah yang dilakukan oleh ibu bapa mangsa sendiri gara-gara berang ditegur oleh seorang pekerja di sebuah pasar raya.



Pegawai Polis Daerah Metro Jaya, Kombes Wira Satya Triputra berkata, kejadian berlaku selepas mangsa kerap kali muntah di lokasi yang sering dijadikan tempat untuk kedua-dua suspek melakukan aktiviti mengemis.

Beliau berkata, teguran itu membuatkan suspek berang lalu menyerang mangsa.

"Mereka bergilir-gilir memukul dan menendang mangsa sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

"Bapanya, AZR menendang mangsa sehingga terjatuh, kemudian menendang lagi pipi mangsa sehingga kepala berguling.

"Selepas mendapati anaknya tidak bernyawa, kedua-dua suspek bertindak membalut mayat mangsa dengan kain sarung sebelum melarikan diri," jelasnya.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan ketika sedang berehat di sebuah stesen minyak di Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Katanya, AZR dan SD (ibu) belum berkahwin ketika kejadian.

"Sebelum menyeksa mangsa hingga mati secara bergilir-gilir, pelaku rupa-rupanya menghidu gam terlebih dahulu yang dibeli di pasar mini.

"Mangsa yang didera ditampar, dipukul dan ditendang mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

"SD meletakkan mayat mangsa yang dibalut dengan kain sarung di dalam rumah kedai sebelum melarikan diri," katanya.

Kedua-dua suspek kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun atas kesalahan membunuh.

Sumber: Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2025 01:23 PM | Show all posts
nasib baik kejadian bukan di Malaysia
alahai .. 15 tahun penjara je kesalahan membunuh ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah tau tempat yg baik utk kamu hanyalah di sisi Nya..
Bermain la nak d taman2 syurga
Al Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut nak pergi ke negara @nusaraya nanti @nusaraya dera forummer lepas hisap puting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.036420 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list