CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30440|Reply: 34

Pendaki hilang 13 hari ‘demand’ RM449,000 selepas diselamatkan

[Copy link]
Post time 10-1-2025 09:43 PM | Show all posts |Read mode





CANBERRA – Seorang pendaki yang diselamatkan selepas 13 hari hilang di sebuah kawasan pergunungan di Australia mengenakan bayaran AS$100,000 (RM449,426) untuk menceritakan pengalamannya, lapor portal berita Mail Online.


Hadi Nazari, 23, ditemukan masih hidup semalam selepas hilang di Taman Negara Kosciuszko dalam negeri New South Wales pada 26 Disember lalu.


Nazari ditemukan oleh pendaki lain selepas ‘pencarian meluas’ selama 13 hari membabitkan lebih 400 orang termasuk polis, helikopter dan sukarelawan.


Media tempatan mula ‘berkampung’ di luar Hospital Cooma untuk mengetahui bagaimana Nazari boleh bertahan begitu lama dengan sumber makanan yang terhad.


Namun, dia enggan bercakap secara terbuka tentang pengalaman pahit dan keajaibannya.


Seorang sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri berkata, Nazari mahu menjual kisahnya kepada pembida tertinggi.


“Dia mahu menggunakan wang untuk membayar yuran universitinya dan berharap mendapat AS$100,000,” katanya.


Nazari turut meminta polis menyampaikan kenyataan ringkas kepada orang ramai, selain mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
To whom ever yg tertanya2 si Hadi ni indon ke mesian ke sporean ke..? Nehi!  Dia dr afghanistan yg mana masa taliban took over family dia cari refuge sbb derang shia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 10-1-2025 10:18 PM
To whom ever yg tertanya2 si Hadi ni indon ke mesian ke sporean ke..? Nehi!  Dia dr afghanistan yg m ...

Afghan memang muka macam Melayu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 10-1-2025 10:35 PM
Afghan memang muka macam Melayu ke?

Dari komuniti hazara. Adalah sikit macam south east asian.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 10-1-2025 10:41 PM
Dari komuniti hazara. Adalah sikit macam south east asian.

Wow ada mirip macam orang Sarawak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 10-1-2025 10:18 PM
To whom ever yg tertanya2 si Hadi ni indon ke mesian ke sporean ke..? Nehi!  Dia dr afghanistan yg m ...

Ohh mujur kasi info.
Ingat melayu td
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
eh first world bukan nanti dorang hantar bill ke kat uols kalau benda2 gini? last year ada kenalan meols cedera kena diselamatkan kt gunung naik heli. tiga bulan pastu dapat bill dalam 14k euro tu tak termasuk fees pilot. nasib she ada insurans.

dari bayar heshe baik uols charge dia kaw2 menyusahkan orang sajork la binatang ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 10-1-2025 10:35 PM
Afghan memang muka macam Melayu ke?

Muka & nama macam Melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 10-1-2025 06:35 AM
Afghan memang muka macam Melayu ke?

Hazara         
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh wow pihak berkenaan membelanjakan $2mill untuk mencari dia ni selama 2 minggu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 12:29 AM | Show all posts
ingat melayu td
pandai dia cari peluang buat duit

tp ada ke yg sanggup nak bayar
mcm la kami semua ni berminat sangat pun nak tahu
tak tahu pun takpe bukan dpt manfaat apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 10-1-2025 08:29 AM
ingat melayu td
pandai dia cari peluang buat duit


Kes dia ni saya tak tau lah adakah pihak media nak bayar, tatapi di dunia barat memang satu busines menjual cerita. Menggunakan gambar ataupun video pun ada kalanya di bayar
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 12:42 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-1-2025 12:36 AM
Kes dia ni saya tak tau lah adakah pihak media nak bayar, tatapi di dunia barat memang satu busine ...

tu la klu tidak masakan hulk hogan blh menang saman dia dgn gawker
kes sbb sebar video dia beromen tanpa kebenaran
ehh mcm takde kaitan je ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 10-1-2025 11:53 PM
Hazara

Lebih tertarik dengan etnik Hazara ni berbanding kisah dia yang mahal tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 02:36 AM | Show all posts
Hati aku sangat hitam mungkin. Aku terbau hanyir hekan bila ada terbaca family member bgtau dia mmg dah biasa hiking dan masa diselamatkan tu pun dia terus bgtau cousin dia tak sabar nak ke next hiking pula. Aku rasa dia mmg dah plan. Sbb nak buat duit dgn cara murah. Contohnya hanya akan bercerita pengalaman dia sesat tu kalau dibayar dgn AUD100K (RM276K).

Tahik la engkau. Dahlah menyusahkan semua org dgn belanja brp gov keluarkan utk mencari tu. Pak u. Tak sedar diri keluarga dtg sebagai refugeeee.....ada hati plak nak memeras.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 03:26 AM | Show all posts
Akai panjang ni. Boleh pulak nk jual cerita. Buat vlog kt yt pun boleh dpt duit kan. Susah2 ja menipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2025 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dak popuan yg hilang 19 hari tu pun takde nak jual cite
lagi lama dlm hutan daripada kau
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt uni dulu ade warga afghan pompuan asyik pandang2 aku dlm lecture hall. Rupanya dia ingt aku org hazara. Aku rasa aku muka jawa kot, ttbe jd marhain afghan…
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 08:19 AM | Show all posts
Boleh x kalau berita luar negara, kalau x tag, at least nilai matawang tu biar dalam unit matawang negara diorang. Dalam artikel baru concert sbb bile mcm ni, org akan assume berita tu dari berita tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerdik budaknya..maybe inilah peluang dia cari duit ubah family dia. Padahal dia ok2 je masa Lost tu..nampak sihat dan maintain hensem
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.055101 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list