CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23990|Reply: 24

[Tempatan] Wanita Terkejut Servis Hantar Anak Ke Sekolah Guna Kereta Cecah Rm400.Netizen terbelah dua

[Copy link]
Post time 11-1-2025 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini seorang wanita terkejut selepas mendapati kos servis menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki kereta mencecah RM400.



“Terkejut sekejap tengok harga. Selalunya berapa anggaran harga untuk hantar anak ke sekolah? Hantar saja dan jarak tak sampai 10 kilometer,” tanya wanita itu.

Perkongsian tangkap layar perbualan WhatsApp di Threads @energy_baz itu mendapat pelbagai reaksi warganet.

Segelintir netizen berpendapat harga tersebut luar biasa mahal. Mereka mencadangkan si ibu untuk mendapatkan perkhidmatan yang mengenakan caj yang lebih murah.

Dalam pada itu ada netizen yang berpendapat harga itu sudah dikira sebagai berpatutan. Ini kerana anak tidak perlu bersesak-sesak semasa menaiki van atau bas.

“RM400 dibahagi 20 hari bersamaan RM20 sehari. RM20 dibahagi 10 kilometer sama dengan RM2 per kilometer. Nampak mahal tapi ini kereta.

“Jadi anak tak perlu bersesak kena tolak dalam van atau bas. Dijamin pemandu sendiri nampak anak naik dan turun kereta semasa ke sekolah.

“Pada masa sama kita tak perlu lagi stres hadapi kesesakan lalu lintas di awal pagi. Rasanya boleh dipertimbangkan (perkhidmatan tersebut),” kata seorang netizen.

Tambah orang ramai, keuntungan yang dapat itu pun bukan ‘menguntungkan’ sangat. Ini kerana pemilik pasti menggunakan duit tersebut untuk membayar kos-kos penyelenggaraan kenderaan mereka yang menelan belanja agak besar.

Sumber
Threads @energy_baz

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2025 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kete kan bukan van sekolah.
Mmg la mahal
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
astaga....netizen terbelah dua

mmg larr mahal naik kereta ala2 private la amik anto, tggu anak ko smpai depan rumah. plg ramai pun dlm kete ada 4org je.
kot naik bas/van (dpt yg baik ok la) takde nak tggu2 nya, cukup masa jalan. dgn takde ekon berhimpit2 serupa sardin dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 12-1-2025 01:33 AM
astaga....netizen terbelah dua

mmg larr mahal naik kereta ala2 private la amik anto, tggu a ...

Org rumah aku pun naik prebet gak sebulan rm100, dlm 4km dari rumah (sehala), mcm ko cakap lah satu kereta 4org jer, ambil dan hantar sampai depan rumah
Anak aku lak sekolah 6km dari rumah, itu mmg kne hntr sendiri, pagi2 kitaorg merempit naik motor pastu aku tmpt kerja ikut jln shorcut,
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 04:45 AM | Show all posts
uish, zaman iols penah merasa naik kereta sorang ni. sekolah menengah, tapi ada driver beramik berantor weh. duduk sorang kat seat belakang ala2 grab sekarang ni

pakcik driver tu, hilang keje. jadi kambing hitam company, kena pecat.
dia cuma ada kereta saga je. mak pak iols offer, apa kata ko hantar je anak kitorang ni pegi balik sekolah. kitorang bayar la. masa tu gaji mak pak iols idok le lebat, pekerja biasa je. tapi nak tolong orang punye pasai. tapi kitorang lak, dapat driver kan, kemain la. jom pakcik, gi kedai gula2. jom pakcik, balik sekolah, singgah makan abc. pakcik, belanja cendol. dia pun layan je, hahah. rupanya dia guna style, bayar dulu, claim kemudian. nanti bapak kitorang bayar balik. dulu cikedis murah, tak mahal macam sekarang ni.

mula2 hantar kami adik-beradik je, lepas tu bila iols habis sekolah, anak jiran rumah sebelah join. lepas tu pakcik tu kumpul duit, buat pinjaman bagai, dapat la beli van sekolah. lagi ramai naik. last weols jumpa pakcik, heols dah ada 3 bijik bas sekolah, dengan pekerja driver dia. tapi heols tetap la nak bawak van kuning buruk tu. sayang gamaknye
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 04:56 AM | Show all posts
Apa yg netizen terbelah 2????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2025 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tu hantar je lah anak jalan kaki dah kata jarak tak sampai 10km. boleh ko join half marathon pastu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 07:47 AM | Show all posts
Tambah orang ramai, keuntungan yang dapat itu pun bukan ‘menguntungkan’ sangat. Ini kerana pemilik pasti menggunakan duit tersebut untuk membayar kos-kos penyelenggaraan kenderaan mereka yang menelan belanja agak besar
setakat 10 km tu maintenance minyak hitam je menda yg belanja besarnya memandai2 je ye org ramai ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rasa mahal naik le bus sekolah.  Anak 3 pun dah dekat 400. 10km tu sama panjang dgn smart tunnel sounds dekat tp kalau jem rasa mcm 30km.

Driver tu kena keluar rumah awal nak ambil anak awak supaya tiba on time 7:30.  Entah ada hari minum pum x sempat.  Bukan setakat bayar petrol, minyak itam, servis keta but also time dia.  Mcm awak juga kerja company byr for your time and expertise.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 12-1-2025 04:36 AM
Org rumah aku pun naik prebet gak sebulan rm100, dlm 4km dari rumah (sehala), mcm ko cakap lah sat ...

tgk tempat gak ni iols ckp berdasarkan area umah iols. sbb ramai anak2 kat umah iols ni guna private transportation sejenis gini la, mula2 dgr i kejut gak la sbb mahalnya
kalau sini utk jarak 10km hrga dlm 500-700.
jiran chinese,  2 org anak dia sek GIS pergi dan blk naik velfire, rm1200/sorg. agaknya sbb jarak+jem+selesa kot tatau la.

i pun baru je tau camni rupanya sbb semlm ada residence annual mtg, ada mak dok bc thread (cerita ni asalnya dari thread) psl kes ni terus jd topik mak2 kat blkg

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah siapa beli rumah depan sekolah rendah sekolah menengah sekolah agama masjid kedai
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 11:09 AM | Show all posts
Jauh nya anak sekolah sampai 10km
Bukan masa daftar tu akan auto assigned sekolah yang radius 2km dari rumah ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 12-1-2025 07:47 AM
setakat 10 km tu maintenance minyak hitam je menda yg belanja besarnya memandai2 je ye org ramai ni  ...

Pastu masa dia ambil anak ko, kira amal jariah jelah
Setakat bgi duit minyak jelah dan ucapan thanks
Cukuplah tu untuk duit makan dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 12-1-2025 11:24 AM
Pastu masa dia ambil anak ko, kira amal jariah jelah
Setakat bgi duit minyak jelah dan ucapan than ...


Haha gaji dia nak naik tiap tahun kos brg semua naik tp gaji org katanya modal minyak itam jer buat apa nak lebih2.. . Haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sampai 10km tu berapa?
Itu kira jauh

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
400 ok lah. Anak pun selamat. Berkira betul mak pak cheapskate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 12-1-2025 05:39 PM
hashashes replied at 12-1-2025 11:09 AM
Jauh nya anak sekolah sampai 10km
Bukan masa daftar tu akan auto assigned sekolah yang radius 2km da ...


Itulah kira jauh tu
Sek anak iols jarak 4 minit dr rumah lebih kurang 1-1.4km camtu kira boleh je jalan kaki.
Kalau naik grab RM5.
Hat dekat ni pun tambang van idoklah murah so apatah lagi yg jejauh sampai 10km nih.

Iols rasa yg hantar jauh ni maybe sek swasta kot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:46 PM | Show all posts
10km tu agak jauh, rasanya rm400 tu memang sesuai utk sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 12-1-2025 10:57 AM
Untunglah siapa beli rumah depan sekolah rendah sekolah menengah sekolah agama masjid kedai

Kan.. pastu nak jual pun mesti ramai nak beli.

Umah mil iols dekat ngn semua ni nk plak duk felda.
Sebelah umah balai raya dan pejabat felda, depan umah plak masjid sebelah ngn masjid sekolah agama,deretan kedai runcit/makan,jalan depan sikit SK,SMK pastu sebelah sekolah tu Klinik Kesihatan
Padang awam, taman permainan,tadika kemas pun semua dekat ngn umah tu bleh jalan kaki je belaka.
Senang cite lokasi umah mmg strategik dekat ngn semua kemudahan malah dekat juga dgn pintu gerbang kira tak susah nk cari rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajinnya buat kira2. Aiol ni bab ngantar ambik anak ke sekolah ke hapa mmg tak pernah nak kira pun sbb jarangnya jujur mengambik menghantar tu semata. Selalunya ke laut dlm aiol pergi berwindow shopping brg basah sama. Nampak yg murmur aiol tebarkan jala angkut bawa balik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.397220 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list