CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3956|Reply: 10

[Dunia] Rakyat Korea Utara sanggup bergaduh kerana tahi, buat "bapa baja"

[Copy link]
Post time 26-1-2025 01:35 AM | Show all posts |Read mode



PYONGYANG  – Rakyat Korea Utara sanggup bergaduh sehinggakan ada yang terpaksa dirawat di hospital semata-mata untuk mencuri najis manusia, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Situasi itu berlaku selepas pemimpin mereka, Kim Jong-un meminta rakyat mengutip najis sendiri pada setiap Januari dengan harapan dapat digunakan sebagai baja untuk  meningkatkan hasil pertanian.

Arahan tersebut dikeluarkan kerana Korea Utara mengalami masalah kekurangan baja yang serius.

Menurut saluran Radio Free Asia, kuota najis untuk tahun ini sangat tinggi sehingga memaksa rakyat Korea Utara mencuri atau membeli kotoran itu untuk mengelakkan hukuman dihantar ke  kem buruh paksa.

Setiap orang dewasa mesti memberikan 500 kilogram najis manusia dan setiap murid sekolah perlu menyumbangkan kepada pemerintah 200 kilogram bahan kumbahan itu.

Menurut sumber tempatan, satu pergaduhan berlaku di Unsan, utara Pyongyang yang menyebabkan dua lelaki dirawat di hospital.

“Seorang pekerja kilang cuba mencuri najis di rumah milik lelaki lain.

“Mereka bergaduh sesama sendiri menggunakan kapak dan penyodok sebelum cedera parah,” kata sumber tersebut.

Dalam satu kejadian lain, pergaduhan tercetus selepas seorang pelajar sekolah ditangkap kerana menyerbu tandas awam untuk mencari najis. – AGENSI

Sumber – Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2025 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la mat sabu eksport tahi ke korea utara
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam banyak2 berite sana, yang ini aku mengekek gelak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Murid sekolah pun dah kena belajar dari kecik kutip taik.

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh rakyat kutip taik pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
geli membayangkan dok cekau taik berebut sampai bertumbuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2025 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu hantar taik dan sampah guna belon hala ke K.Selatan.
Now berkutip pulak. Tau kau ye taik pun ada nilai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 06:16 PM | Show all posts
Kesian rakyat dia
Kang tak kutip najis sendiri kena
hntr ke kem buruh paksa


Syukur lah  aku hidup di malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2025 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mai Msia la...ramai PATI buat taik kt sini...kutip la bawa balik NK....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tuhan mereka suruh kutip taik, kutip jelah. Ini tuhan punya bisnis cash only.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 10:57 PM | Show all posts
geli ye baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.076627 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list