CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11099|Reply: 0

[Sarawak] Bau bakal kembali jadi pusat perlombongan emas aktif

[Copy link]
Post time 10-1-2025 10:09 AM | Show all posts |Read mode


Para peserta merakamkan kenangan semasa melawat Projek Jugan, berhampiran Jalan Jugan/Buso, Bau hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Bau bakal kembali menjadi pusat perlombongan emas yang aktif tidak lama lagi dengan adanya usaha pembangunan semula sektor tersebut dan penerapan teknologi moden dalam industri perlombongan.

Impian itu bakal direalisasikan oleh syarikat perlombongan emas Besra Gold Inc. dan subsidiarinya North Borneo Gold Sdn Bhd dengan kolaboratif Quantum Metal yang kini terlibat dalam usaha eksplorasi dan pembangunan projek Bau Goldfield.

Pembangunan membabitkan beberapa projek di kawasan Bau itu terus mencatatkan kemajuan memberangsangkan dengan beberapa pencapaian penting yang telah diselesaikan serta pelan tindakan jelas untuk langkah seterusnya.

Besra Gold telah berjaya memperoleh konsesi emas untuk meneroka dan melombong emas dalam kawasan tertentu di kawasan Bau.

Bagaimanapun Penasihat Korporat Quantum Metal Dato Chin Swee Chong yang juga pemegang kepentingan Besra Gold berkata, operasi sepenuhnya masih bergantung kepada kelulusan akhir daripada Kerajaan Sarawak.

"Kami telah dianugerahkan konsesi emas, dan kini hanya menunggu lampu hijau daripada pihak kerajaan untuk memulakan operasi.

"Sebaik sahaja kelulusan diberikan, kami bersedia untuk melaksanakan projek ini dengan segera," jelasnya.


Chin bercakap kepada pemberita semasa berada di tapak Projek Jugan. - Gambar Roystein Emmor

Untuk memberikan gambaran langsung mengenai aset dan keupayaan Besra Gold dalam perlombongan emas kepada pelabur, pemegang saham, dan pihak berkepentingan, syarikat terbabit telah menganjurkan lawatan tapak ke Bau Goldfield di bawah Projek Jugan, berhampiran Jalan Jugan/Buso, Bau hari ini.

Lawatan itu dihadiri kira-kira 50 peserta termasuk media, pelabur, pemegang saham, perunding, dan pemegang kepentingan utama dari China, Indonesia, Filipina, serta majoriti dari Semenanjung Malaysia.

Sebelum lawatan, Pengarah Urusan North Borneo Gold Sdn Bhd Matthew Antill memberikan maklumat berharga mengenai kemajuan Projek Jugan.

Semasa lawatan, para hadirin menyaksikan mesin canggih untuk penggerudian beroperasi, yang membolehkan sampel batuan diambil dari bawah permukaan bumi untuk dianalisis dalam usaha pencarian emas.

Chin berkata, lawatan ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelabur dan pihak berkepentingan mengenai kemajuan projek terbabit, tetapi juga untuk menegaskan bahawa Projek Jugan benar-benar wujud dan sedang berlangsung seperti yang dirancang.

"Dengan kehadiran pejabat operasi North Borneo Gold Sdn Bhd dan kemajuan nyata yang ditunjukkan di tapak, lawatan ini bertindak sebagai bukti kukuh bahawa Bau Goldfield bukan sekadar perancangan, tetapi sebuah projek yang aktif dan bergerak maju ke arah pembangunan yang lebih besar," katanya.

Chin mendedahkan salah satu sebab kegagalan perlombongan emas di kawasan itu pada masa lalu adalah kerana harga emas yang sangat rendah ketika itu.

Namun, dengan peningkatan harga emas yang ketara pada masa kini katanya, usaha perlombongan menjadi lebih berdaya maju.


Sekitar suasana di tapak projek. - Gambar Roystein Emmor

Sehubungan itu, cabaran terbesar yang dihadapi kini melibatkan kemajuan teknologi dan keperluan untuk sentiasa mengikuti kaedah dan strategi terkini.

Perlombongan emas juga katanya, bukanlah tugas yang mudah kerana emas sebagai logam berharga memerlukan pendekatan yang tepat dan inovatif.

"Penggunaan teknologi moden bukan hanya membantu menjejaki lokasi emas dengan lebih tepat tetapi juga memastikan operasi dijalankan dengan lebih efisien.

"Selain teknologi, kepakaran adalah kunci, justeru syarikat telah melibatkan pakar teknikal dan penasihat berpengalaman untuk memastikan kejayaan projek ini," katanya.

Selain membangunkan sektor perlombongan emas, Chin berkata Besra Gold bercita-cita menjadikan Bau sebagai destinasi pelancongan yang unik.

Syarikat itu katanya, berimpian besar untuk  membina infrastruktur seperti bangunan pameran supaya pelawat dapat menyaksikan sendiri proses perlombongan emas.

"Di samping menarik perhatian global, usaha ini akan menjadikan Sarawak terkenal di rantau ini sebagai pusat perlombongan emas.

"Dengan kedatangan orang luar ke Bau, ia bakal memberikan manfaat bukan kepada syarikat tetapi juga kepada ekonomi tempatan dengan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan," katanya.

Untuk rekod, Bau berada di kedudukan ke-13 Asia untuk simpanan emas terbesar dan mempunyai sejarah perlombongan emas selama 200 tahun bermula pada 1820-an, dengan operasi dihentikan pada 1997 disebabkan harga pasaran yang rendah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.238337 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list