View: 7884|Reply: 12
|
Wanita 2 suami lari ikut ‘mat saleh’
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Sebuah video tular di media sosial memaparkan insiden pergaduhan melibatkan seorang wanita bersama dua suaminya di samping teman lelakinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Kejadian berlaku di rantau Isaan, wilayah Surin pada 5 Januari lalu di sebuah pasar.
Berdasarkan video dirakam salah seorang saksi, wanita itu pada awalnya sedang minum bersama teman lelakinya yang merupakan warga asing berkulit putih.
Wanita itu kemudian didengari menjawab panggilan telefon dengan nada marah, manakala butir percakapannya menyebut bahawa dia mencabar dua suaminya pergi ke lokasi itu.
Tidak lama kemudian, dua lelaki Thai tiba dan pertengkaran mula berlaku antara keempat-empat mereka.
Salah seorang daripada mereka melempar botol minuman keras, yang hampir mengenai individu yang merakam video tersebut.
Ketiga-tiga lelaki itu juga saling memukul sambil disaksikan orang ramai.
Menurut anak wanita yang terlibat dalam pergaduhan itu, ibunya sebelum ini hidup secara aman dengan dua suami.
Tambahnya, si ibu banyak menghabiskan duit dua suaminya sebelum dia meninggalkan mereka selepas bertemu dengan teman lelaki baharu, lapor akhbar ThaiRath.
Tidak dinyatakan nasib keempat-empat mereka selepas pergaduhan itu atau sebarang tindakan undang-undang yang diambil. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
wAHH dahsyatnya birah sungguh camel toe pompuan thai tsbt |
|
|
|
|
|
|
|
nampak cantik
|
|
|
|
|
|
|
|
oh, jarang dengar kes polyandry
selalunya yang banyak pasangan ni, hidup berahsia |
|
|
|
|
|
|
|
tak geli ke laki2 dia tu kongsi celup |
|
|
|
|
|
|
|
Haruslah pilih mat saleh..lagi masyuk enn.. |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan eskot kot ni... mat saleh suka benor ek dgn perempuan Thai atau Pinoy. hebat sgtke melayan |
|
|
|
|
|
|
|
suka sebab,
1. mmg diorang boleh berseksi seksian
2. jantan tu tak perlu tuko ugama
3. nak keluar dari kepompom kemiskinan
|
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr replied at 13-1-2025 04:06 PM
perempuan eskot kot ni... mat saleh suka benor ek dgn perempuan Thai atau Pinoy. hebat sgtke melayan
Sebab boleh rasa terpaling hebat, Alpha Male |
|
|
|
|
|
|
| |
|