CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24718|Reply: 2

Farid Kamil rindu 'bau' keluarga, cepat-cepat istighfar bila ingat Diana Danielle dan anak-anak

[Copy link]
Post time 8-1-2025 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Farid Kamil mengaku merindui anak-anak dan juga isterinya yang juga pelakon Diana Danielle.

Katanya, dia tidak putus berdoa agar keluarga kecilnya itu dikurniakan kebahagiaan sekaligus mengakui bahawa momen percutian bersama dua anak dan isterinya itu adalah perkara yang paling dirindukannya.



“Perkara yang saya akan sentiasa rindukan adalah ‘bau’ keluarga termasuklah kenangan dan momen percutian bersama keluarga.

“Bila perasaan rindu tu datang, saya akan banyakkan istighfar. Insya-Allah hati akan tenang,” katanya.

Selain itu, Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 43, berharap agar suatu hari nanti keluarganya itu kembali bahagia seprti sebelum ini.

“Dalam situasi sekarang tiada senjata, bahan atau warna yang boleh menyampaikan hasrat saya ketika ini melainkan doa.

“Harapan saya,  suatu hari nanti keluarga saya kembali berbahagia seperti dulu,” jelasnya.

  


Mengulas mengenai situasi itu, Farid juga berkongsi bahawa kali terakhir dia berjumpa anak-anaknya adalah pada tahun lalu.

“Kali terakhir jumpa anak tahun lalu, sudah lama tak jumpa. Bukan tak boleh jumpa, tak ada masalah dan juga halangan. Tapi, ketika ini saya perlu berjalan seorang diri untuk mendapatkan apa yang dicari.

  


“Saya dan anak-anak memang selalu berhubung menerusi panggilan telefon, cuma kalau berjumpa, tahun ini masih belum. Dan, saya masih lagi dalam proses untuk berjumpa dengan isteri,” ujarnya.

Terdahulu, konflik rumah tangga pasangan itu kembali menjadi perhatian selepas Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu selepas lebih setahun rujuk.

  


Bagaimanapun, Farid dilapor mahu mempertahankan rumah tangga dengan alasan masih sayang isteri dan anak-anaknya.

Kes perceraian mereka bagaimanapun melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan selepas diarah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sumber: XTRA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 12:49 PM | Show all posts
Edited by nolya at 10-1-2025 01:19 PM

Doa adalah senjata bagi setiap mukmin kerana doa adalah harapan terakhir manusia menggantung harapan kpdNya.  Akan tetapi doa shj tidak cukup, makanya Allah tidak suruh manusia hanya duduk di sejadah tanpa berusaha untuk menafkahi hidup. Tuah dn nasib seseorang tidak akan berubah jika dia sendiri tidak berusaha mengubahnya. Rezeki Allah itu luas, ttpi rezeki tidak jatuh sekelepuk dari langit. Ada akal, ada kudrat, maka gunakanlah anugerah Allah sebaik2nya.  Setelah usaha, baru doa dan tawakkal kpd Dia. Apapun semoga dipermudahkan masalah perkara.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari zaman bercinta lagik Diana tu tak bahgia dengan kau. Ada2 je kes.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039534 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list