|
Mayat seorang kanak-kanak lelaki enam tahun ditemukan dalam keadaan berbungkus kain sarung di sebuah rumah kedai kosong.
Lebih menyedihkan apabila mangsa ditemukan dengan kesan lecur dan cucuh puntung rokok pada badan.
Penemuan tragis itu berlaku di Kalimalang, Tambun Selatan di Bekasi di Jawa Tengah, Indonesia pada Isnin.
Terdahulu, penduduk curiga dengan tindakan ibu bapa mangsa yang mengusung dan membawanya ke sebuah rumah kedai kosong.
Bagaimanapun, ibu bapa mangsa tidak berada di lokasi kejadian ketika mayat ditemukan.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tambun Selatan, AKP Kukuh Setio Utomo berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada penduduk.
“Betul, mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan di sebuah rumah kedai kosong, dalam keadaannya berbalut dengan kain,” katanya.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tanda-tanda keganasan berupa kesan melecur dan lebam cucuh puntung rokok.
Bagaimanapun, polis masih menyiasat kes itu dan menjalankan siasatan lebih mendalam.
Polis kini turut sedang mengesan ibu bapa mangsa yang dipercayai melarikan diri.
Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang serta dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|