View: 9866|Reply: 47
|
Menyanyi tak laku, Hasif Upin jual sambal- Fattah Amin beli 500 pek
[Copy link]
|
|
Hasif Upin akur jika rezeki dalam bidang seni tidak lagi berpihak kepadanya susulan kemelut dengan syarikat pengurusan yang masih belum berkesudahan.
Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 33, yang sebelum ini aktif membuat kandungan di sosial media memberitahu sedia untuk kembali beralih bidang sebagai content creator.
Biarpun impian sejak kecil untuk menjadi menjadi penyanyi namun dia perlu akur akan nasib yang tidak menyebelahinya.
"Sekarang ini saya lebih selesa dikenali sebagai penyanyi sebab sejak kecil saya memang mahu terlibat dalam dunia seni.
"Saya sudah menyanyi dan berlakon, kenapa tidak diteruskan? Namun jika tiada rezeki saya akan kembali menjadi content creator," katanya kepada mStar.
Sebelum bergelar penyanyi Hasif cukup dikenali dalam kalangan pengikut di media sosial menerusi kandungan jenaka menyerupai karakter kartun Upin Ipin.
Langkahnya dalam dunia seni bermula sekitar tahun 2021 selepas dia bernaung di bawah pengurusan syarikat Armani Entertainment.
Bagaimanapun isu mula timbul apabila Hasif mendakwa pihak berkenaan tidak mempromosikan kerjaya seninya dengan baik sehingga dia kurang mendapat tawaran kerja.
Susulan itu juga dia akui berdepan masalah kewangan dan kini terpaksa memulakan perniagaan baharu menjual produk makanan.
"Dengan duit simpanan yang ada sebelum ini saya mulakan perniagaan bersama dua orang lagi rakan. Inilah yang dapat menampung perbelanjaan harian dan meneruskan hidup.
"Mungkin ada yang anggap saya ada banyak simpanan ketika aktif sebegai content creator sebelum ini, namun wang itu juga sudah banyak digunakan apabila bergelar penyanyi.
"Dengan bermodalkan anggaran RM20,000 saya kongsi duit bersama rakan-rakan untuk mulakan perniagaan ini," jelasnya.
Berkongsi lanjut Hasif juga meluahkan rasa terharu apabila pernigaan yang dimulakan pada awal Disember tahun lalu mendapat sambutan baik termasuk dalam kalangan selebriti.
"Setakat ini masih belum pulang modal, tetapi syukur semuanya berjalan lancar. Malah saya amat bertuah apabila Fattah Amin beli 500 pek sambal sebelum saya melancarkannya.
"Ia satu permulaan baik untuk pernigaan ini," luahnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lagu apa yang dia nyanyi sebenonya?
Tak pernah dengo pung
Azizi.af1 yang sendu pung iols.tau juga lah lagu dia yang seketul tu |
|
|
|
|
|
|
|
sweetnya fattah beli 500 sambal |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba jual dekat hael, mana tahu sehati sejiwa |
|
|
|
|
|
|
|
"Setakat ini masih belum pulang modal, tetapi syukur semuanya berjalan lancar. Malah saya amat bertuah apabila Fattah Amin beli 500 pek sambal sebelum saya melancarkannya.
Noh dah beli 500 pek pun tak balik modal lagi |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 6-1-2025 01:39 PM
Noh dah beli 500 pek pun tak balik modal lagi
Dia tak sebut pun nama noh....nama Attah aje dia sebut.
Orite mesti laku keras lepas ini |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 6-1-2025 12:50 PM
Lagu apa yang dia nyanyi sebenonya?
Tak pernah dengo pung
Azizi.af1 yang sendu pung iols.tau juga l ...
Lagu yg dia duet dgn ziana zain tajuk apa iols pun lupa. Zz punya lagu baru |
|
|
|
|
|
|
|
KL ko.. bolehla wat makan seminggu.. tak semekin kan |
|
|
|
|
|
|
|
Dh klu gitu g la carik keje yg btl2 dek. Dpd meratip nk jd retis tp tak laku |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada lagi duet dgn zz .. tp bakatnya mcm level2 bdk2 af1 je huhu |
|
|
|
|
|
|
|
vongok la chuols |
|
|
|
|
|
|
|
Hasif Upin, who struggled with his singing career, turned to selling sambal, catching the attention of actor Fattah Amin, who generously bought 500 packs to support him. This inspiring story highlights the importance of persistence and finding new opportunities. Just as the 7 Mubeen Wazifa of Surah Yaseen brings blessings and success, Hasif's hard work and dedication paved the way for his new venture. It’s a reminder that with faith and effort, challenges can turn into triumphs. |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 6-1-2025 06:33 PM
Dia tak sebut pun nama noh....nama Attah aje dia sebut.
Orite mesti laku keras lepas ini
Bang mat, sis dewi tu maksudkan noh tu bukan noh nama org, dia nak sebut nohhhh gitu |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 6-1-2025 06:33 PM
Dia tak sebut pun nama noh....nama Attah aje dia sebut.
Orite mesti laku keras lepas ini
Pandai bangmat buat lawok |
|
|
|
|
|
|
| |
|