View: 21432|Reply: 2
|
[Tempatan]
Sijil halal bersifat SUKARELA- Jakim. Jelas?
[Copy link]
|
|
Edited by pengecattaik at 3-1-2025 03:17 AM
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mewajibkan pengusaha makanan dan minuman (F&B) di bawah pentadbiran mereka memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) agar memberikan penjelasan tuntas.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan pengusaha dan orang ramai.
Ini kerana menurut beliau, Jakim dan majlis agama Islam negeri (MAIN) atau jabatan agama Islam negeri (JAIM) kekal dengan dengan keputusan bahawa permohonan SPHM adalah bersifat sukarela.
“Berhubung dengan tindakan PBT yang mewajibkan pengusaha premis makanan dan minuman memiliki SPHM adalah antara usaha promosi bagi meningkatkan bilangan pemegang SPHM di bawah pentadbiran PBT berkenaan.
“Dalam masa yang sama JAKIM berharap agar penjelasan yang tuntas dan menyeluruh dapat diberikan oleh pihak berkuasa tempatan berkaitan pelaksanaan dasar baharu ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan pengusaha dan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sirajuddin berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 September 2024 juga bersetuju mengekalkan dasar sedia ada bahawa permohonan SPHM yang dilaksanakan oleh Jakim dan MAIN/JAIN adalah bersifat sukarela.
-Edisi9.com.my
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2025 12:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dorang ni benar2 ikhlas nak pastikan orang Islam cuma makan makanan yang dijamin halal sila wajibkan kedai2 melayu tepi jalan tu ada sijil halal. Yang itu sah lah 99.9% pelanggan melayu islam. Itu dah tahap wajib apply. Jangan dok susah hati dengan kedai cina yang mungkin cuma dikunjungi tak sampai 10% melayu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|