CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8272|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak akan hantar wartawan jalani program kewartawanan di luar negara

[Copy link]
Post time 17-12-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode


Teo (empat kanan) menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaan. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menghantar beberapa wartawan dari negeri ini untuk menyertai program berkaitan kewartawanan ke luar negara bagi meningkatkan kepakaran mereka setaraf dengan wartawan antarabangsa.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata program selama satu bulan ini akan menumpukan pada meluaskan perspektif peserta, meningkatkan keupayaan mereka untuk mengurus data dengan berkesan.

Selain itu katanya ia bertujuan melengkapkan mereka dengan pandangan tentang perkembangan terkini dalam kewartawanan global.

Abang Johari juga berkata kerajaan negeri akan membuat segala persiapan yang diperlukan untuk memastikan kejayaan program ini dengan pembiayaan penuh disediakan kerajaan.

“Panel pemilihan yang terdiri daripada wakil persatuan, agensi kerajaan dan swasta akan mengesyorkan calon yang sesuai untuk program ini.

“Kami mahukan wartawan yang berpengetahuan dan mahir dalam pengurusan data. Apabila kami menjunjung tinggi integriti, kami memperoleh kredibiliti tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Malam Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2024 yang berlangsung di salah sebuah hotel di sini, Sabtu.

Anjuran Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), anugerah ini memasuki edisi ke-36 tahun ini dengan menerima 390 penyertaan dalam 10 kategori yang dikategorikan kepada Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Iban selain kategori Fotografi dan Penyiaran.

Sementara itu Presiden KDJA, Ronnie Teo berkata cadangan Premier untuk menghantar wartawan Sarawak mengikuti program ke luar negara adalah sangat penting untuk media Sarawak.

Ini juga menunjukkan bahawa dedikasi Kerajaan Sarawak untuk memperkasakan pengamal media tempatan agar kekal relevan dengan perkembangan semasa.

“Industri media Sarawak berdepan dengan banyak cabaran termasuk tekanan kewangan, kemelesetan ekonomi global yang diburukkan lagi oleh wabak COVID-19 serta kebangkitan media digital yang menyebabkan banyak organisasi media kecil bergelut untuk bersaing dengan penyedia kandungan global.

“Di sebalik cabaran ini, industri media Sarawak telah menunjukkan daya tahan dan kemajuan luar biasa dengan sokongan berterusan daripada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari,” katanya.

Dalam pada itu Kerajaan Sarawak kekal sebagai penaja platinum KJA dengan menyumbang RM100,000 bagi menaja Anugerah Premier dan Anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital.

PETRONAS, Sarawak Energy, Shell Malaysia dua penaja emas baharu Press Metal dan Yayasan Peneraju  masing-masing  menyumbang RM50,000.

Lain-lain badan korporat yang menyumbang bagi kejayaan KJA termasuklah, Affin Bank, SEDC Energy, Citadel dan SOCOE.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062661 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list