View: 26190|Reply: 83
|
Enggan lafaz cerai, kes Farid-Diana ke proses Jawatankuasa Pendamai
[Copy link]
|
|
Keengganan pelakon Farid Kamil menceraikan isterinya, Diana Danielle membuatkan pasangan selebriti itu diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid atau nama sebenarnya Farid Farid Kamil Zahari, 43, bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana, 32, pada sebutan kali kedua kes penderaian mereka.
Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.
Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson enggan memaklumkan wakil JKP yang akan mewakilinya, manakala Farid setakat ini belum melantik wakil JKP bagi pihaknya.
Mahkamah menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.
Semasa prosiding, Diana diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, manakala Farid diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.
Sebelum ini, mahkamah sama mengesahkan rujuk yang dibuat Farid terhadap isterinya pada tahun lalu adalah sah.
Pada prosiding terdahulu, Akberdin memaklumkan, tiada lagi persefahaman dan perbalahan yang panjang membuatkan Diana tekad memfailkan penceraian kali kedua terhadap suaminya pada 4 November lalu.
Menurut Akberdin pemfailan permohonan cerai dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Sebelum ini Diana meminta Farid menghormati permintaannya agar segera berpindah dari kediaman kerana mereka bakal bercerai.
Kenyataan pelakon filem Imaginur itu dikeluarkan susulan dakwaan Farid yang membuat pengakuan mereka masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung.
Malah, pelakon dan pengarah itu turut menyifatkan kemelut rumah tangga yang berlaku buat kali kedua bersama isterinya sekadar perselisihan faham kecil.
Media sebelum ini melaporkan Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian buat kali kedua menerusi perkongsian dalam Instagram Story.
Difahamkan, ketika itu Farid sedang menjalani penggambaran filem baharu bertajuk Bisikan Dosa di Kuang, Selangor.
Sebelum ini, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari.
Ketika itu alasan yang diberikan adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Farid dan Diana kemudian sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet pada 10 Ogos 2023, namun mereka rujuk sebulan kemudian.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Diana file cerai time fk takde kat rumah?
Ke dia jenis nervous attachment style, bila takde depan mata terus fikir bukan bukan
Bila jumpa balik pujuk pujuk tenang balik la dia
Fk langsung takleh tinggal |
|
|
|
|
|
|
|
kenyataan fk dalam hlive memang something wrong lah. dia ni masalah mental ke ada ambil barang? |
|
|
|
|
|
|
|
cari.shaz replied at 16-12-2024 01:15 PM
kenyataan fk dalam hlive memang something wrong lah. dia ni masalah mental ke ada ambil barang?
noksss ayat x habis, mohon smbg... |
|
|
|
|
|
|
|
ape nehh menyusahkan betul...
dah rujuk setahun lepas kalau bini proceed cerai lg dia taknak la tu. suka la membazir masa |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni tak ada ke keledeks, keladis, labus, kentangs nak menceceh cakap aib kan suami.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemenat fattzura mesti suka kan kata mereka, inilah effort |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Polis tolong test urine parid ni... |
|
|
|
|
|
|
|
polis pun dia boleh tampor
|
|
|
|
|
|
|
|
Loser nya FK....ceraikan lah...hidung tak mancung pipi tersorong sorong...dah di beri peluang tapi tak manafaatkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
heols masih terbawa2 acting as PM kahh..
ahli keluarga terdekat takda ka yg terasa nk amik bwk heols pi jumpa doctor.. check kot ada yg terputus somewhere. mcm kesian plak tgk.
|
|
|
|
|
|
|
|
joannakimberly replied at 16-12-2024 01:35 PM
https://www.astroawani.com/berita-hiburan/farid-kamil-anggap-musim-cerai-ada-kaitan-dengan-politik-4 ...
Hahaha..sbb duit tak cukup nk bg nafkah kt bini agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti DD pening xkebah2 bila ajak FK bincang hal rumahtangga, melalut2 sampai ke politik & rege minyak |
|
|
|
|
|
|
|
mcm parah jer tingtong dia ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
likilu replied at 16-12-2024 12:10 PM
Diana file cerai time fk takde kat rumah?
Ke dia jenis nervous attachment style, bila takde depan m ...
Camtu kot. Hanya lelaki DD je tau |
|
|
|
|
|
|
|
Dah DD tak sudi, ceraikan jelah FK. Baik la permudahkan urusan dpd nk drag benda ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|