CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 69531|Reply: 23

Kereta dari China beri cabaran kepada pasaran automotif tempatan

[Copy link]
Post time 14-12-2024 07:45 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Persaingan kian sengit dalam pasaran automotif tempatan, terutamanya dalam kalangan jenama luar negara, berikutan kemasukan pengeluar kereta China, demikian menurut RHB Research.


Penganalisisnya, Syahril Hanafiah, berkata tawaran diskaun besar menjadi strategi popular dalam kalangan syarikat yang baru memasuki pasaran, justeru situasi sedemikian akan menggoyahkan lagi segmen jenama luar negara.


Beliau berkata, pihak pengurusan Bermaz Auto Bhd antaranya menyedari akan pasaran automotif yang mencabar akibat kemasukan banyak syarikat pengeluar dari China.


"Memandangkan penawaran diskaun besar menjadi strategi popular dalam kalangan syarikat yang baru memasuki pasaran, kami berfikir sesetengah pelanggan mungkin menangguhkan pembelian bagi menunggu harga lebih rendah, dan perkara ini akan menggoyahkan lagi segmen jenama luar negara," katanya dalam satu nota penyelidikan


Walau bagaimanapun, Syahril berpendapat bahawa jumlah jualan Bermaz Auto masih akan disokong oleh model kereta yang dipasang di kilang tempatan (CKD) seperti CX5, CX30 dan CX8, yang banyak terjual dan juga model Kia Sportage yang baru dilancarkan.


Beliau berkata, jenama kenderaan elektrik (EV) Bermaz Auto, Xpeng dan Deepal juga dijangka akan mencatatkan jejak kehadiran yang lebih kukuh dalam pasaran EV tempatan.


"Bagaimanapun, kami tidak menjangka jenama-jenama EV ini akan menyumbang dengan ketara kepada jumlah jualan keseluruhan Bermaz Auto," katanya.


Mengulas prestasi kewangan Bermaz Auto, Syahril berkata, keputusan separuh pertama tahun kewangan 2025 gagal mencapai unjuran pihaknya dan konsensus, dengan merangkumi 36 peratus daripada anggaran sepenuh tahun.


Beliau berkata, penyimpangan itu berikutan jumlah kenderaan dijual yang lebih rendah daripada jangkaan.


Katanya, hasil suku kedua tahun kewangan 2025 merosot 36 peratus kerana jumlah jualan merosot 41 peratus.


"unca utama penurunan jualan ini ialah persaingan yang kian rancak dalam pasaran automotif tempatan, terutamanya dalam kalangan jenama luar negara, akibat kemasukan pengeluar kereta China.


"Oleh sebab komposisi jualan yang kurang memuaskan, untung operasi jatuh 49 peratus dari tahun ke tahun. Hasilnya, untung bersih teras suku kedua tahun kewangan 2025 merudum 54 peratus tahun ke tahun, lalu membawa jumlah perolehan separuh pertama tahun kewangan 2025 kepada RM110 juta," katanya.


SUMBER : – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hodoh gila bahagian dlm Jaecoo ni. Luar je lawa. Tu pon kerja mudah tiru je design range rover. Masuk dlm apa benda la ipad sebesar alam tengah2. Dah la android interface. BYD better sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta dr prc ni haritu pernah lalu lalang dlm IG netizen komplen senang n cepat rosak. Esp yg related dgn elektronik related dlm keta tu. Kalau cite dr segi quality lagi la out. Lebih pd looks je tp ala2 plastik feel nya
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous: Hodoh gila bahagian dlm Jaecoo ...


Yeke tapi luar smart woo.harga pulak macam crv baru..lagi murah..patut kereta macam ni 400k keatas
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:19 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 14-12-2024 08:55 PM
Kereta dr prc ni haritu pernah lalu lalang dlm IG netizen komplen senang n cepat rosak. Esp yg relat ...

china sejuk, mai sini panaih
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 12:09 AM | Show all posts
anony-mous: Hodoh gila bahagian dlm Jaecoo ni. Luar je lawa. Tu pon kerja mudah tiru je design range rover. Masuk dlm apa benda la ipad sebesar alam tengah2. Dah  ...

sama strategi yang xiaomi guna  : Redmi vs Poco.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2024 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
x lawa kete ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
china vs china sbb kita pun dah jd negara cina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang boleh bungkus proton dan perodua kalau benarkan kereta model murah dari china masuk malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk tiktok sana psl kereta2 di china skang ni, mmg x deny, teknologi diorg jauh lg ke depan as compared to western countries punya tech.
Pengeluar keter china berani buat perubahan esp dr segi design
Sbb kalo compare dgn design2 toyota,honda,nissan...tetibe rasa loya sgt sbb design mcm keter abah2, dan buruk sgt design.
Tp tgk design dr china macam zeekr, x peng, omoda, BYD all models, mmg design sgt cun dan moden
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 14-12-2024 07:11 PM

Ok lah untuk standard factory bukan craftsmanship ... Affordable
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Da stat da naikkan duti import kereta import la ni nak melindungi industri automotif negara.
Ditelan mati bapak, diluah mati mak.

Ikut jejak america, naikkan tarifff.. hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
baru je baca kat thread, influencer ke org kaya mana entah beli jaecoo 4bulan pastu nak jual. dia kata sapa2 yg pernah pakai kereta china je tau (tatau apa maksud dia)
mujur beli cash, ok la nak jual.
kereta china ni hrga lagi teruk menjunam dari kete conti.
tapi kalau yg byk duit tu beli la apa saje no big deal kekdahnya.
kat posting dia tu ada komen nak jual oomada pakai tak smpai setahun tp beli loan la. nanges tgk harga 2nd dgn baki loan
iols anggap kereta china ni sejenis pakai buang, design cun gak la, tech ok tp kualiti haukkkkk (few kwn guna mmg huhuhu). tggu masa je la utk jd scrap
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 05:25 PM | Show all posts
wow berita masa hadapan..

saya masih di bulan 12 2024.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-12-2024 09:31 AM
Tgk tiktok sana psl kereta2 di china skang ni, mmg x deny, teknologi diorg jauh lg ke depan as compa ...

itu yang kat negara dorang


yg bawak masuk sini haus in terms of quality ... sama je japanese car yg masuk sini semua haus . tak berselera nak membeli
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 15-12-2024 06:20 PM
itu yang kat negara dorang



Ni mmg betul pun...tp design cars yg fr china, mmg design diorg sgt la mengancam dan menggoda gitu
Tp sbb majority EV (BYD, zeekr, x peng), so i hold dulu walau body design, interior, dashboard sume lawoo
To sbb x minat EV, so tgk je la cuci mata..sbb leceh la pakai EV ni..nk kene charging2 bagai..mmg la duk landed..tp x konpiden nk install charging box kt porch car
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Byd design cung..laki iols.tergoda.tapi.katanya tak yah beli lg..haha
Sebab kitorang punya komitmen 2 rumah tak settle lg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 08:42 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 14-12-2024 08:55 PM
Kereta dr prc ni haritu pernah lalu lalang dlm IG netizen komplen senang n cepat rosak. Esp yg relat ...

Ayat biasa omputeh pandang rendah walau China dah jadi kuasa besar pun. Imagine Malaysia dulu trying to sell Proton ke UK sampai terpaksa potong harga lebih murah dari Malaysia nak suruh omputih beli last2 layak masuk lawak Mr Bean ja.

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 08:55 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 15-12-2024 09:11 PM

industri kereta china scammer, takde spare part.
rosak, buang terus,
kereta china 2nd hand, especially EV car,
di negara sendiri pun tak laku









Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada hati nak sertai BRICS lah kuhnun, padahal papan tanda berbahasa cina jah pun dah gelabah tetek pelbagai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054461 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list