CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55619|Reply: 0

[Perlis] Cubaan seludup dadah dibongkar, dua guni ganja ditemui dalam semak sempadan negara

[Copy link]
Post time 13-12-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan seludup dadah dibongkar, dua guni ganja ditemui dalam semak sempadan negara

Oleh Aizat Sharif - Disember 13, 2024 @ 2:54pm[email protected]




Ismail (tengah) dan anggota JKDM Perlis menunjukkan sebahagian ketulan mampat dadah jenis ganja yang ditemui dalam semak tambak pesisir pantai Bukit Putih, Kuala Perlis pada 28 November lalu. NSTP/AIZAT SHARIF




KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis membongkar cubaan menyeludup dadah jenis ganja seberat 30.010 kilogram bernilai RM93,000 ke negara ini di sekitar kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kuala Perlis pada akhir bulan lalu.

Dalam kejadian 28 November itu, anggota kastam menjumpai 30 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja yang disembunyikan dalam dua bungkusan guni putih ditinggalkan berhampiran semak tambak pesisir pantai Bukit Putih, Kuala Perlis yang berjarak 500 meter dari garisan sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, berkata kejadian berlaku pada kira-kira jam 11.15 pagi apabila sepasukan anggota kastam dari Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis menerima maklumat berhubung kegiatan penyeludupan berlaku di pantai Bukit Putih yang sering dijadikan lokasi penyeludupan pelbagai barangan ke negara ini.

"Pemeriksaan kemudian dilakukan anggota kita di sebuah kawasan semak tambak pesisir pantai kawasan itu dan menjumpai dua bungkusan guni putih dipercayai baru diletakkan di kawasan itu oleh sindiket penyeludupan dari negara jiran.

"Memandangkan kawasan itu lokasi 'hotspot' penyeludupan rentas sempadan, maka pemeriksaan selanjutnya dalam guni berkenaan menemui 30 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja dengan berat keseluruhan dianggarkan 30.010 kilogram bernilai RM93,000.

"Kita kemudian menunggu hampir dua jam di kawasan itu untuk mengintip individu atau kumpulan yang akan mengambil bekalan ganja dalam bungkusan guni berkenaan, namun tidak menjumpai sesiapa yang berlegar di kawasan itu," katanya kepada media di pejabat JKDM Perlis, di sini, hari ini.

Ismail berkata, pihaknya percaya ganja berkenaan dibawa dari Thailand menggunakan jalan laut dan dipercayai sindiket ini menggunakan sampan sebagai akses ke kawasan semak berkenaan.

"Bekalan ganja itu diletakkan di kawasan berkenaan tidak lama sebelum anggota kita tiba di situ.

"Ganja ini sepatutnya diambil individu yang diupah sindiket penyeludupan dadah di negara ini untuk dibawa dan dipasarkan ke kawasan utara dan Lembah Klang dengan harga mencecah RM3,100 sekilogram.

"Dengan berat dan harga berkenaan, bekalan ganja ini juga mampu dipasarkan kepada 150,000 penagih dadah di negara ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali sekiranya tidak dihukum mati.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1336517/cubaan-seludup-dadah-dibongkar-dua-guni-ganja-ditemui-dalam-semak





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.049234 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list