CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43137|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gagal pasang penghadang hingga sebabkan kemalangan, 2 syarikat didenda RM20,000

[Copy link]
Post time 12-12-2024 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Gagal pasang penghadang hingga sebabkan kemalangan, 2 syarikat didenda RM20,000

Oleh Nur Izzati Mohamad - Disember 12, 2024 @ 5:37pm [email protected]




Gambar hiasan




BUTTERWORTH: Dua syarikat pembuatan di sini, masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, kerana gagal memasang penghadang yang kukuh dan selamat di bahagian jentera yang berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan serius kepada seorang pekerja mereka.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini, berkata syarikat berkenaan, Excel South Asia Sdn Bhd dan Fong Chi Mould Industries Sdn Bhd yang tidak diwakili peguam mengaku salah atas dakwaan itu di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Katanya, kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 15 Akta Kilang dan Jentera 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Dua syarikat itu mengaku salah sebagai majikan yang gagal memasang penghadang kukuh dan selamat di bahagian jentera berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan serius kepada seorang pekerja mereka.

Sementara itu, sebuah lagi syarikat pembuatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas gagal melantik penaksir risiko bising untuk menjalankan penaksiran risiko bising di tempat kerja.

Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 4(1), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atas syarikat Earth Recycle Industries (Malaysia) Sdn Bhd selepas mengaku bersalah atas kesalahan berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1336162/gagal-pasang-penghadang-hingga-sebabkan-kemalangan-2-syarikat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.223655 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list