View: 35452|Reply: 7
|
Jay-Z, Suami Beyonce Nafi Rogol Remaja 13 Tahun – ‘Pertuduhan Itu Sangat Keji’
[Copy link]
|
|
Penyanyi rap terkenal, Jay-Z menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan dakwaan merogol seorang remaja berusia 13 tahun.
Memetik laporan CNN, mangsa yang dikenali sebagai Jane Doe mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh Jay-Z atau nama lengkapnya Shawn Carter selepas menghadiri MTV Video Music Awards pada tahun 2000.
Wanita itu mendakwa dia mula berasa pening selepas minum di pesta itu dan tersesat di bilik berhampiran. Mangsa mendakwa Carter merogolnya terlebih dahulu, diikuti oleh Sean “Diddy” Comb. Wanita itu mengatakan dia memukul Combs dan melarikan diri dari pesta tersebut.
Sebelum ini iaitu pada Oktober, remaja terbabit memfailkan saman terhadap Comb atas tuduhan merogol dan pada Ahad, mangsa telah meminda saman tersebut dan mendakwa Jay-Z turut terlibat dalam serangan seksual ke atas dirinya.
Susulan daripada itu, Jay-Z tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ianya adalah satu tuduhan yang tidak berasas.
Pertuduhan yang dilemparkan kepada saya sangat keji.
Tambah Jay-Z lagi, dia juga akan berbincang dengan isteri, Beyonce dan anak-anaknya berhubung isu tersebut yang kini telah tular di media sosial sehingga mencemarkan nama baiknya.
Pertuduhan ini memberi kesan kepada saya dan keluarga. Jadi, saya akan duduk berbincang dengan isteri dan anak-anak. Saya percaya mungkin ada di antara rakan-rakan anak saya yang membaca berita tersebut di media sosial dan bertanyakan kepada mereka.
Berita seperti ini tidak sepatutnya dibaca oleh anak-anak. Tidak adil untuk mereka berdepan dengan fitnah seperti ini.
Sekadar info, Jay-Z dan Beyonce telah mendirikan rumah tangga pada 2008 dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Blue Ivy, Rumi dan Sir.
Sumber: CNN, OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
yelah tu. koho2 dah ni. khidmat dah x diperlukan |
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni era kpop. diorg dah xnk ko |
|
|
|
|
|
|
|
Ini related ke dengan sorang lelaki muda yang claim dia anak JayZ and minta buat paternity test? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dah start kantoi satu satu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|