CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35270|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin

[Copy link]
Post time 8-12-2024 12:50 PM | Show all posts |Read mode
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin

Oleh BERNAMA - Disember 8, 2024 @ 12:07pm




Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. - Foto BERNAMA



BUTTERWORTH: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum cadangan untuk mengembalikan semula nama asal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Omar Ong Yoke Lin di Dengkil, Selangor yang ditukarkan ke SJKC Gamuda Cove.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan terbabit perlu melalui proses tertentu.

"Kita ambil perhatian berkenaaan cadangan (untuk menukar nama sekolah) itu yang saya tidak fikir ia perkara yang sukar.

"Kita ada proses tertentu dan kita mendengar semua pandangan yang dikemukakan," katanya ketika ditemui selepas menyertai acara larian Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai acara larian Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur memberitahu akan membawa cadangan mengembalikan nama SJKC Gamuda Cove kepada nama asal iaitu SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke mesyuarat Kabinet.

Pengerusi BN itu dilaporkan, berkata cadangan yang dikemukakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong itu tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.

Terdahulu, Ka Siong dalam ucapannya berkata nama pengasas MCA iaitu Tun Omar telah diluluskan oleh bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 26 Oktober 2017, namun digugurkan ketika majlis pecah tanah untuk pembinaan SJKC Gamuda Cove pada 4 Disember lalu.

Beliau berkata Tun Omar adalah tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan selain antara Menteri dalam Kabinet pertama.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334233/kpm-ambil-maklum-cadangan-kembalikan-nama-sjkc-tun-omar-ong-yoke-lin





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.035804 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list