CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56952|Reply: 1

[Kedah] Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN

[Copy link]
Post time 7-12-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN

BERNAMA





SUKARELAWAN membantu penduduk membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir di Taman Desa Tanjung Damai, kelmarin. FOTO Bernama



Kulim: Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, kesemua sukarelawan ini dikumpulkan menerusi Skuad Ihsan Madani dan ia satu daripada strategi pascabanjir yang dilaksanakan kerajaan.

"Kami mewujudkan Skuad Insan Madani. Mereka turun ke enam daerah di Kelantan, dua di Kedah dan Terengganu untuk bantuan pascabanjir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dekat sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat seramai 10,380 mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.

Sementara itu, Shamsul Azri dalam ucapannya turut mengingatkan penjawat awam di negara ini menghayati dan menerapkan nilai M.A.L.A.Y.S.I.A iaitu Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah dan Arif dalam melaksanakan tugas masing-masing.

"Fahami nilai asas yang ada pada konsep Malaysia Madani... imbangi antara mencari material dan spiritual... dalam masa sama kena tingkatkan produktiviti... bila gaji dinaikkan, kerajaan berharap produktiviti penjawat awam juga meningkat.

"Selain itu, perlu ada keseronokan dalam bekerja, jaga emosi dan tidak membawa masalah di rumah ke tempat kerja... dan apa yang penting ialah penjawat awam perlu bekerjasama sebagai satu pasukan," katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan awam diumpamakan seperti 'susu dan nila' iaitu usaha kini lebih tertumpu kepada membersihkan nila dalam susu.

"Kita ada 'susu' yang baik tapi tak boleh jual (jika tercemar nila)... semua pihak menghentam... kita juga tak boleh bagi perkhidmatan terbaik sebab ada rasa tidak bangga bekerja sebagai penjawat awam.

"Kenapa tak bangga sebab kita sibuk membetulkan... nak bersihkan 'kekotoran' sedangkan yang buat 'kotor' dalam perkhidmatan awam tak sampai 10 peratus pun... ada 90 peratus lagi (bersih)," katanya.



Disiarkan pada: Disember 7, 2024 @ 4:41pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1163640/banjir-lebih-1000-sukarelawan-digerakkan-ke-tiga-negeri-ksn


[size=0.95]







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2024 06:15 PM | Show all posts

Shamsul Azri bergambar bersama sebahagian warga Majlis Perbandaran Kulim ketika mengadakan lawatan rasmi, hari ini. - FOTO BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.103453 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list