CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 41726|Reply: 26

5,000 CCTV AI: Langkah KL menuju kota pintar bertaraf dunia

[Copy link]
Post time 6-12-2024 10:05 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Pemasangan 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) baharu yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) adalah langkah ke hadapan bagi menjadikan ibu negara sebagai kota pintar bertaraf dunia.


Ahli Lembaga Bandaraya Kuala Lumpur, Lai Chen Heng berkata, kehadiran CCTV berkenaan sebagai 'mata-mata' bukan sahaja membantu tugas pihak berkuasa membanteras jenayah malah memberi pelbagai impak positif kepada warga kota.


Menurutnya, menggunakan sistem AI, sistem CCTV berkenaan mampu mengesan sesebuah kenderaan atau individu selagi ia dirakam.


"Kamera berteknologi tinggi ini mempunyai pelbagai kebolehan antaranya mampu merakam dalam definisi tinggi yang secara tidak langsung memudahkan pengecaman wajah atau kenderaan.




"Saya pernah melihat kebolehan CCTV ini, misalnya jika polis mahu mengesan suspek, sistem ini mempunyai kebolehan mengecam wajah dan nombor pendaftaran kenderaan.


"Sistem ini walaupun dioperasikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun turut digunakan oleh pihak polis terutama bagi menguruskan kesesakan trafik," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, sistem pengesanan automatik bencana seperti banjir, tanah runtuh, pokok tumbang atau kemalangan jalan raya membantu mempercepatkan lagi masa respon agensi berkenaan.


Katanya, sistem pengesanan bencana itu sudah digunakan pakai oleh DBKL membabitkan 5,000 CCTV sedia ada namun kebanyakan dipasang di laluan utama dan kawasan strategik.


Lai berkata, dengan penambahan lagi 5,000 CCTV baharu pemantauan yang lebih meluas merangkumi lebih banyak kawasan hot spot dapat dilaksanakan yang dijangka secara langsung mampu menurunkan lagi kadar jenayah di sini.


"Kita kini ke arah smart city (bandar pintar) di mana memiliki sistem CCTV untuk keselamatan memang sebahagian daripada kriteria.


"Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan Singapura kita agak jauh lagi kerana mereka ada kira-kira 25,000 CCTV dan kita juga ke arah itu," katanya.


Katanya, perolehan 5,000 CCTV baharu berkenaan menelan perbelanjaan yang tinggi dan perlu dilaksanakan secara teliti dan berhemah.


Beliau berkata, secara idealnya secara keseluruhan bandar raya Kuala Lumpur memerlukan sekurang-kurangnya 18,000 unit CCTV namun ia dalam perancangan masa hadapan.


"Kita harap nanti Kuala Lumpur boleh bertaraf antarabangsa, bukan sahaja dari segi keselamatan malah kita juga ada melakukan pelbagai penambahbaikan di ibu negara seperti penambahan laluan basikal, siar kaki dan taman rekreasi.


"Dengan pemasangan CCTV ini akan menjadikan keselamatan di Kuala Lumpur lebih terjamin contohnya kes kemalangan langgar lari banyak yang berjaya diselesaikan dengan bantuan CCTV," katanya.




Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
AI pada CCTV ni apa? Motion Detector ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 10:41 PM | Show all posts
letak cctv beribu pun tetap tak nampak pati bersepah2 dekat kl
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
iols selaku org sg ni mcm dlm jail di mana2 ada cctv. pro selamat tersangat2. con nya mmg tak boleh nak berbuat jahat. so harap maap klo perangai serupa syaiton bila melangkah ke negara jiran. terasa bebas gitu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 06:24 AM | Show all posts
Lucy20: iols selaku org sg ni mcm dlm jail di mana2 ada cctv. pro selamat tersangat2. con nya mmg tak boleh nak berbuat jahat. so harap maap klo perangai seru ...
Sis, seriously asking.. apsal ramai korang suka jek kete senget masa isik minyak tu ye? nak cepat ke apa?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2024 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha..first utk cctv pun akan dpt yg ntah apa2..xsama mcm yg dikata sbb kontraktor yg dpt projek ni dh kenyang dulu.1 atau 2 ja yg bebetul canggih.yg lain kelautan.
Lps tu projek ni akan memula aja beria lps tu senduuuu yg teramat sbb xda sapa handle bebetul.awal2 aja beria..percayalahh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mampu ka? Kolumpo besaq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2024 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Basmi rasuah jangan dilupakan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 06:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 06:51 AM | Show all posts
Edited by midori888 at 7-12-2024 06:54 AM
Lucy20 replied at 7-12-2024 12:27 AM
iols selaku org sg ni mcm dlm jail di mana2 ada cctv. pro selamat tersangat2. con nya mmg tak boleh  ...

my bro ada gi kerja kat Spore few months ago, dia pun ckp byk giler cctv kat sana....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
bak spy on rakyat le tew
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn selfie or ambik gambr kawasan cctv
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Letak la cctv yg gambar clear mcm kat kelantan tu.

Tengok aje la contoh rakaman cctv trafik di lebuhraya. Kualiti gambar sampah 360p mcm camera tu beli 20 tahun lepas tak pernah upgrade
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 12:24 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 7-12-2024 12:30 PM

malaysia dah ikut China, sabbas
total control.

kat china, mereka “Social Credit System”
siapa2 yang taknak comply,
apa2 program kerajaan, hidup akan di sekat.

suruh makan bugs/serangga, semua kena makan.
suruh makan manusia, melalui "3d printer" (processing plant),
semua akan makan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 12:54 PM | Show all posts
Cegah jenayahlah sangat. Tah2 nanti banyak guna skodeng pasangan beromen ja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh: AI pada CCTV ni apa? Motion De ...


Rasanya lebih pada identification dan verification? Mungkin data daripada verify face with ID?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Omaigad... No privacy.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-12-2024 12:54 PM
Cegah jenayahlah sangat. Tah2 nanti banyak guna skodeng pasangan beromen ja.

Lepas tu akan ada video2 yang aib2 terjatuh tertonggeng juga akan keluar di social media..
Huhu...adeh..
Malu ui..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-12-2024 10:50 PM
upload images for free

Chongqing tu dalam wish list meols. Semoga dapat pijak sana sebelum mati.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.063611 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list