View: 41754|Reply: 60
|
Restoran guna peralatan berunsur komunis di Klang untuk strategi pemasaran, menarik pelanggan warga China - KPN
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Siasatan awal polis mendapati restoran yang menggunakan peralatan hidangan makanan dan minuman berunsurkan komunis bertujuan sebagai strategi pemasaran untuk menarik pelanggan warga China.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, strategi itu digunakan pemilik restoran yang ditahan bagi menarik pelanggan merasakan suasana kampung halaman mereka.
Menurutnya, peralatan berunsur komunis berkenaan dibeli oleh teman lelaki pemilik restoran berkenaan yang juga warga China yang kini berada di negara asalnya.
"Barangan itu dibeli secara dalam talian oleh teman lelaki pemilik restoran berkenaan.
"Semua barangan yang berunsurkan komunis itu dipercayai digunakan sejak pembukaan restorannya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, setakat ini, tangkapan hanya membabitkan seorang individu sahaja dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"aparan lesen di restoran milik suspek mendapati mereka masih mempunyai lesen sah," katanya.
Kelmarin, sebuah restoran di Bandar Botanic, Klang dekat sini diserbu polis selepas menggunakan peralatan makanan bagi mempromosikan agenda komunis.
Hasil serbuan itu, pemilik restoran berusia 20 tahun telah ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Serbuan dilakukan selepas satu laporan polis diterima berhubung sebuah video yang diambil dari pautan YouTube atas akaun 'Luiswong90' mengenai sebuah kedai makan berunsurkan komunis.
Dalam paparan video tersebut terlihat beberapa peralatan makanan di kedai berkenaan berunsurkan agenda komunis dengan cara cetakan imej propaganda dan slogan komunisme pada setiap barangan itu.
Siasatan awal polis mendapati restoran berkenaan menghidangkan makanan jenis barbeku versi China yang menawarkan makanan seperti ayam, babi, lembu dan sayur-sayuran.
Berdasarkan rakaman video itu memaparkan restoran itu mempunyai beberapa peralatan hidangan makanan dan minuman seperti pinggan, mangkuk, teko, gelas dan cawan gambar pemimpin komunis.
Video berdurasi satu minit 24 saat dimuat naik sejak sepuluh hari yang lalu dan mendapat sebanyak 3,800 tontonan, 94 tanda like dan 25 komen.
BACA JUGA : Restoran China di Klang disyaki promosi komunisme! Youtuber seru orang ramai sama-sama buat laporan kepada pihak berkuasa
Menerusi serbuan sama, sebanyak lima mangkuk seramik saiz kecil warna putih berjalur biru tercatit tulisan Bahasa Cina dan gambar disyaki muka Presiden Komunis China bernama Mao Zedong bersama rakan-rakannya dirampas.
Turut dirampas satu cawan kaca teh seramik warna putih berjalur biru dengan tulisan Bahasa Cina dan gambar beberapa orang.
Selain, tiga sudu sup seramik warna putih berjalur biru terdapat gambar disyaki muka Mae Zedong.
Siasatan lanjut dilakukan polis mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 & 505(b) Kanun Keseksaan.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan xmasuk akal lgsg. Kalau geng2 yg hanya simpan buku daesh tu korg bg hukuman tegas. Yg ni terang2 promote kalau lepas mmg korup betul |
|
|
|
|
|
|
|
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan tindakan pihak berkuasa menanggalkan gambar Pengerusi Parti K0munis China Moa Tze Tong dalam sebuah restoran di Pulau Pinang sebagai salah dan satu kezaliman. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 6-12-2024 06:47 PM
Tpi yg pergi x smestinya wrga china only kan |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kaitan BBQ dgn komunis??? Jawapannya sewel |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 6-12-2024 06:32 PM
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan tindakan pihak berkuasa menanggalkan gambar Pengerusi P ...
Biasa laaa..kaum terpaling dizalimi..tapi berjuta2 datang taknak balik pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
la alasan pun bodoh
|
|
|
|
|
|
|
|
Jijik la yg promote komunis dlm bentuk apa cara sekali pun. Otak tahap dangkal sampai tak tahu apa itu komunis. Otak tahap sewel nak bangga2 sgt komunis. Bila dah kena rush, lepas tu claim pihak ni tak adil lah, pihak ni kejam la, tertindaslah. Buanglah komunis tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Lembik malaysia. Buat kena gelak dengan nga kor ming je. Konon rajin mengusik sebab melayu ni bising di media sosial je macam kes bendera china tu. Kalau di indon buat macam ni, habis dah geng2 komunis ni. Lupa agaknya macam mana kejam geng komunis ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 6-12-2024 08:26 PM
Biasa laaa..kaum terpaling dizalimi..tapi berjuta2 datang taknak balik pulak.
Kannnn, silap2 hb nanti kaduk2 ni guna alasan ckp pelencong china komplen mintak robohkan tugu negara plk......sbb patung yg tergolek dog tu suma komunis, hati diorg dah terguris, king Kong pun apa lg cucok jarum dlm patlimen |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap lagi play victim, minta maaf pastu move on... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh lah. Semua bodoh. Ada kuasa tapi tak gunakan kuasa. Gisb sekejap je tersungkur. |
|
|
|
|
|
|
|
PRU(16) nanti...depa main isu sakau,penyamun,perompak..lenyap la 'isu komunis'..pastu korang undi lg depa..pastu depa 'main komunis' lg...meroyan lg korang...ulang...ulang..ulang...ulam....betul la pepatah Tun...'Melayu mudah lupa'....mmmmm........ |
|
|
|
|
|
|
|
DeLuna85 replied at 7-12-2024 12:11 AM
Bodoh lah. Semua bodoh. Ada kuasa tapi tak gunakan kuasa. Gisb sekejap je tersungkur.
Diperbodohkan...lebih sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan bodo la hai, sah2 propaganda promot komunisme. Takpayah nak husnuzon sangat sebelum jadi barah. Nak sgt deko cawan pinggan tu kt prc sana |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki2 melayu lemaj baik sangat, kalau kat indon lunyai dah puak2 komunis sepet ni???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
political correctness is what making us falling down.. beware of the hidden deep-state movements |
|
|
|
|
|
|
| |
|