CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 40526|Reply: 23

Tindakan warga Bangladesh ludah Jalur Gemilang biadap

[Copy link]
Post time 6-12-2024 05:37 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Tindakan individu warga Bangladesh meludah bendera Malaysia dan menyifatkan universiti tempatan di negara ini sebagai 'Mini Dhaka' adalah perbuatan biadap yang perlu diambil tindakan.


Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain berkata, perbuatan itu dilihat seperti mahu melakukan provokasi terhadap rakyat negara ini.


"Di negara ini, ada ramai warga asing sama ada yang mempunyai dokumen atau pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk dari Bangladesh.


"Apa yang berlaku ini mungkin disebabkan tindak balas daripada mereka (warga asing) yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa kerana diambil tindakan penguatkuasaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mohd Sophian berkata, perbuatan sedemikian boleh mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang mungkin akan bertindak sendiri dalam mengatasi isu berkenaan.


"Dalam dunia tanpa sempadan kini, video tular berkenaan semakin disebar dengan meluas yang boleh mencetuskan kemarahan orang ramai.


"Situasi ini boleh mendorong orang ramai mengambil tindakan sendiri bagi membalas perbuatan biadap berkenaan sekiranya pihak berkuasa lambat bertindak," katanya.


Mengulas mengenai lokasi kejadian itu, beliau berkata, terdapat kemungkinan ia berlaku di luar negara atau di pejabat kedutaan.


"Jika kita lihat rakaman video itu, terdapat banyak bendera yang disusun di sana. Selalunya apabila terdapat banyak susunan bendera, ia membabitkan program kehadiran peserta dari negara tertentu," katanya.


Beliau berkata, pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu.


"ihak polis perlu mengeluarkan kenyataan mengenai maklumat kejadian ini seperti lokasi dan info lain berkaitan.


"Jika kejadian berlaku di luar negara, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menghantar memo kepada pihak kedutaan supaya individu berkenaan diambil tindakan," katanya.


Terdahulu, satu rakaman video memaparkan individu warga Bangladesh yang meludah bendera Malaysia serta laporan berita melaporkan individu sama menyamakan universiti di negara ini seperti Mini Dhaka.




Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 06:16 PM | Show all posts
Tindakan individu warga Bangladesh meludah bendera Malaysia dan menyifatkan universiti tempatan di negara ini sebagai 'Mini Dhaka' adalah perbuatan biadap yang perlu diambil tindakan.


warga bangladesh.. universiti tempatan..

international student?

KPT, prepare your arsenal
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Laksanakan hukuman sebatan sebagai pengajaran buat warga2 asing yg biadap!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
nk tgk video asal
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 07:59 PM | Show all posts
Dalam berita berapa hari lepas, 2000 banduan dah terlepas waktu huru-hara July Lepas di Bangla. Baru dapat tangkap separuh, yang lain dah hilang. Adakah yang dah terlepas masuk malezea?

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 6-12-2024 08:44 PM

ohh deyols pun ramai kt uni kita yach..xtau pulak.sedih la ramai sgt foreigner..masa i bljr dlu ramai laki arab..pastu ada jgk skls ngn laki turkiye..yg tu xensem pun..masa tu i xmnt lg cite turkiye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Penguatkuasa buat kerja pun kau nak komplain. Dah itu kerja penguatkuasa. Apa yg tak puas hati sgt! Kau nak penguatkuasa usap2 kau, manja2kan kau, macamtu?!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Zazama replied at 6-12-2024 09:28 PM
Penguatkuasa buat kerja pun kau nak komplain. Dah itu kerja penguatkuasa. Apa yg tak puas hati sgt!  ...

Penguatkuasa tu buat apa sampai Bangla tu marah.

Kena dengar cerita dua2 belah pehak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 6-12-2024 09:38 PM
Penguatkuasa tu buat apa sampai Bangla tu marah.

Kena dengar cerita dua2 belah pehak.

Ye betul. iols pun tatau apa penguatkuasa tu dh buat kat bagladeshi tu. Yg tak sukanya, mereka pi ludah bendera Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Zazama replied at 6-12-2024 09:28 PM
Penguatkuasa buat kerja pun kau nak komplain. Dah itu kerja penguatkuasa. Apa yg tak puas hati sgt!  ...

Penguatkuasa tu buat apa sampai Bangla tu marah.

Kena dengar cerita dua2 belah pehak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Zazama replied at 6-12-2024 09:42 PM
Ye betul. iols pun tatau apa penguatkuasa tu dh buat kat bagladeshi tu. Yg tak sukanya, mereka pi  ...


Obviously diorang pun kutuk negara Bangladesh kan sebab label Malaysia Mini Dhaka...maksudnya sistem yang ada kat sana wujud di Malaysia.

Konon belajar ke Malaysia nak lari dari sistem di negara diorang, rupanya sama je macam Bangla. Level2 Bangla je..  tu yang kena ludah jalur gemilang.

Hari tu ada tengok kat Youtube, orang Afrika tu kata Universiti Malaya bukan standard international universities....fasiliti semua 70s 80s...dia kata rasa macam kena scam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangla dan Indon ni kurangkan la kuota Dorang. Menyemak. Datang Malaysia bercinta sakan bikin anak luar nikah. Yg Indon ada laki kat Indon yang Bangla ada bini kat Bangladesh. Netizen Indon pun punya biadap tak sedar diri miskin pengotor.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
bangla ramai sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bila nak ganti diorg dgn robot ai
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 09:56 AM | Show all posts
DeLuna85 replied at 6-12-2024 11:56 PM
Bangla dan Indon ni kurangkan la kuota Dorang. Menyemak. Datang Malaysia bercinta sakan bikin anak l ...

kat tempat kitorang ni
isteri indon, suami bangla. bukak kedai runcit. kalau pelanggan Melayu Malaysia tempatan masuk, diorang tak layan pun. tanya tak jawab. biadab gila. Iols ingatkan kedai diorang kena boikot, rupanya diorang sendiri tak terima pelanggan tempatan.

100% pelanggan dia adalah pekerja foreign, dan PATI. indo myanmar bangla etc.
kawasan parking dia pacak khemah biru, jual sayur. yang dibekalkan dek pekerja foreign sendiri, yang tanam sendiri ntah kat mana-mana. yang beli pun geng-geng diorang jugak.

ni bela ayam hidup dalam sangkar depan kedai makan orang. lalat wehhh.. dah berapa kali kena ambush, buat perangai sama. semak la.. semak semak semak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 7-12-2024 09:56 AM
kat tempat kitorang ni
isteri indon, suami bangla. bukak kedai runcit. kalau pelanggan Melayu Mala ...

Mcm mana boleh berniaga tu. Komplen je. Makin menyampah puak Dorang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2024 03:24 PM | Show all posts
Kalau rasa universiti Malaysia ni mcm mini Dhaka then quit pastu apply ke univesiti high class sana...Dasar tak sadar diri...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
KITA...cam biasa la tuan2,puan2....pot...pet...pot...pet...pot...pet...pot...pet......itu memang budaya kita sampai AJM.TINDAKAN....tada...tada...tada...tadak.....jugok....dr AJL sampai ke AJM.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedulu bangla terbalikkan Jalur Gemilang.
sekarang...bangla ludah Jalur Gemilang.
Taun depannnnnn.....Semakin ramai bangla mai Msia..ada 400k kuota lg..kata pak munteri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 05:50 PM | Show all posts
PULANGKAN replied at 7-12-2024 02:56 AM
kat tempat kitorang ni
isteri indon, suami bangla. bukak kedai runcit. kalau pelanggan Melayu Mala ...

Kawasan uols tuh di negeri mana
Tino indon pun dh mcm melayu kawin dgn bangla

Berniaga pun kt negarq org lagi nk berlagak
Dgn org tempatan dasar xsedar diri
Dia lngat buka kedai runcit tu dh kaya sgt ke
Dasar bodoh miskin
Yg melayu pun satu baghal pergi beli kedai dia buat apa

Report je lah kedai runcit dia biar sampai kena tutup
Dh terang2 situ pun ramai pati
Senang je boleh angkot


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.212447 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list