View: 40136|Reply: 4
|
71 maut akibat penyakit misteri di Republik Demokratik Congo
[Copy link]
|
|
Kinshasa: Republik Demokratik Congo (DRC) berada pada tahap berjaga-jaga susulan kemunculan penyakit misteri yang meragut lebih 70 nyawa, menurut Menteri Kesihatan Awam DRC, Roger Kamba pada Khamis, lapor Xinhua.
Keputusan ujian bagi mengenal pasti ciri-ciri penyakit ini dijangka diperoleh pada Jumaat atau Sabtu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
Penyakit yang masih tidak diketahui asal-usulnya itu dilaporkan berlaku di Panzi di wilayah barat daya Kwango dan menjangkiti 382 orang sejak Oktober, kata Kamba dalam sidang media.
Pesakit dilaporkan mengalami gejala yang "mirip dengan selesema," dengan sekitar 40 peratus kes membabitkan kanak-kanak.
Setakat ini, 71 kematian disahkan termasuk 27 di kemudahan kesihatan dan 44 lagi dalam komuniti tempatan, manakala sekitar 300 orang pulih, katanya.
"Kami kini berada dalam keadaan siap siaga. Situasi ini dianggap sebagai tahap wabak yang memerlukan pemantauan rapi," tegas Kamba.
Dieudonne Mwamba, Ketua Pengarah Institut Kesihatan Awam Nasional DRC dalam satu sidang media berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan sama ada penyakit ini berpunca daripada virus atau bakteria.
Pasukan intervensi khas dihantar ke lapangan untuk mengenal pasti sifat penyakit ini.
"Kami masih menunggu keputusan analisis awal bagi menentukan penyebab sebenar," katanya, sambil menambah bahawa kadar kematian sekitar 7.8 peratus di wilayah Kwango tidak sepadan dengan ciri-ciri Covid-19, namun analisis lanjut akan dibuat.
Sementara itu, Kamba turut menjelaskan bahawa keadaan kekurangan zat makanan yang dialami oleh 61 peratus kanak-kanak di wilayah Kwango mungkin memburukkan lagi kesan penyakit itu.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian African memang sentiasa jadi lab rats dan testing ground. |
|
|
|
|
|
|
| |
|