CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6226|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ditawar kerja pembantu rumah, wanita Nigeria diperdaya ejen jadi pekerja seks

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Ditawar kerja pembantu rumah, wanita Nigeria diperdaya ejen jadi pekerja seks

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 2, 2024 @ 1:36pm[email protected]





4 suspek membabitkan tiga warga Nigeria dan seorang wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terbabit sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. - NSTP/MIKAIL ONG




BALIK PULAU: Malang bagi seorang wanita warga Nigeria apabila diperdaya ejen yang menawarkan kerja sebagai pembantu rumah sehingga akhirnya dijadikan sebagai pekerja untuk kegiatan seks.

Kejadian itu terbongkar selepas wanita berusia 25 tahun itu berjaya melarikan diri daripada sebuah rumah di Bayan Lepas, di sini, sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Barat Daya kemudian melakukan serbuan ke atas rumah berkenaan jam 10 malam, Sabtu lalu.

Susulan itu, katanya empat individu yang juga pasangan kekasih ditahan kerana disyaki terbabit sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

"Mereka berusia antara 24 hingga 37 tahun yang mana seorang daripadanya adalah wanita warga tempatan.

"Siasatan mendapati mangsa ditawar bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini oleh ejen wanita warganegara sama.

"Mangsa datang ke Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 Oktober lalu sebelum dibawa ke Pulau Pinang oleh ejen berkenaan untuk bekerja sebagai pekerja seks," katanya pada sidang media hari ini.

Sazalee berkata, sebaik meloloskan diri, mangsa ke Kuala Lumpur dan mendapatkan bantuan pihak kedutaan sebelum membuat laporan polis.

Semua yang ditahan kini direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Menurut Sazalee, siasatan lanjut mendapati tiga warga asing berkenaan masuk ke Malaysia sejak Januari lalu menggunakan pas lawatan pelancong dan menyewa di rumah berkenaan.

"Sindiket menawarkan harga antara RM150 hingga RM500 bagi perkhidmatan seks untuk setiap langganan di pusat hiburan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1331593/ditawar-kerja-pembantu-rumah-wanita-nigeria-diperdaya-ejen-jadi-pekerja





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.056799 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list