View: 44945|Reply: 15
|
Khemah biru sudah tiada. Kaedah sewaan payung pantai di Telok Kemang, Port Dickson bermula 16 Disember!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
Pantai Telok Kemang, Port Dickson, akan tampil lebih menarik dan teratur bermula 16 Disember ini! Perubahan ini datang selepas kerajaan negeri menghapuskan khemah biru dan memperkenalkan kaedah sewaan plot payung pantai yang lebih sistematik.
Lapor Harian Metro, kaedah baru ini melibatkan plot-plot sewaan payung pantai yang lebih menarik, tersusun dan terkawal di kawasan tertentu di Pantai Telok Kemang.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, keputusan ini diambil selepas berbincang dengan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Telok Kemang.
Kini, MPPD sedang menjalankan kerja naik taraf dan penyediaan plot bermula 18 November lalu sehingga 15 Disember ini.
Ujar Arul Kumar lagi, MPPD akan menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai, dengan setiap plot berukuran 40 kaki x 20 kaki.
Setiap plot akan dilengkapi dengan lapan unit payung, dua kerusi, dan satu meja. Kaedah undian akan dilakukan untuk memilih peniaga yang layak disebabkan permintaan melebihi plot yang disediakan.
Penentuan kawasan khas untuk penempatan payung pantai akan membabitkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang.
Sumber - Harian Metro, Oh Media |
|
|
|
|
|
|
|
Kaedah payung sewaan ni macam sama je cam khemah biru.. Ampuihhhh... Yang dapat tender tu geng2 khemah biru balik laa ye... Hala bingaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh ke x paham bahasa org2 majlis pd ni.
Bagilah kebebasan kepada org2 nak berpicnic dkt pantai. Lantak lah dorang nak pki payong ke apaaa..
Ko nak niaga, ko letak payung dkt tepi tu utk sewa. Siapa nak gi sewa payung pacak cari tpt sendiri. Sape tanak lantak lah deme. Ada org nak cuti cantai2. Nak save budget yg x mampu. Ni x abis abis dgn kaedah paksaan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Ya nampak elok sikit..pantai ni bukan tapak pasar tani kau nak letak khemah biru besar gedabak mcm tu..kalau beach brolly iols boleh terima sama je macam konsep kt hotel..but mppd juga kena pastikan peniaga tak boleh larang atau halau visitors yg bawak payung sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
ok lah tu ada persetujuan 2 belah pihak. Org yg sewakan khemah tu nak sara diri ngan apa kalau tkde option langsung.... dalam gambar nampak lawa khemah. Kalau lawa gitu ok je nak sewa ... takyah susah2 penuhkan keta kalau nak piknik. yg khemah biru tu memang OUT lah ... |
|
|
|
|
|
|
|
kang dorang mintak sedekah korang jugak yg bising |
|
|
|
|
|
|
|
Baik bukak pasar Tani je la kat pd tu...dah beria sgt nk pasang khemah..msti ada unsur2 ufti jugak ni..tu yg beria nk pertahan bisnes peniaga khemah... pantai tempat lain elok je tak de pasang khemah..pehal kat pd ni lain mcm pulak ye |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nk rasa lega dtg PD x ada payung..rupa2nya bakal wujud payung baru |
|
|
|
|
|
|
|
BODOH LAH IDEA PAYUNG PAYUNG NI
SEMAK TAU TAK, SEMAK!
semoga ribut terbangkan semua payung-payung bodoh tu, hempap jatuh pecah cermin, terpacak kat kereta-kereta orang yang bagi idea dan setuju dengan payung bodoh
kalau takde kereta, payung tu hinggap kat office diorang pun ok
dan semoga setiap kali ada payung, setiap kali tu hilang diterbangkan, kena curi, dan sebagainya
SEMAK MATA! korang dengan payung biru sebelum ni takde beza pun. sama je perangai tamak dan rakus. celaka lah korang semua |
|
|
|
|
|
|
|
Pi mai pi mai tang tu. Benda sama je. Orang pacak khemah sendiri kena halau. |
|
|
|
|
|
|
|
N9 ni mmg xde pantai lain dah ya... Situ juga dia nak buat lubuk duit. Pi la bangunkan pelancongan lain. Hotel kat PD hauusss di aidilfitri pi la improvise lagi.. sibuk laa nak menyemak2 tgh pantai dgn payung. Org boleh bawak khemah kenapa nak kena bpayung.. Org PD x reti buat bisnes lain ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Risau org y dpt meniaga payung tu bgaduh sampai bunuh2 kang. Haaa.. MPPD mmg patut kena bagi rating 2 je ni. Staf dia semua buta kayu xreti jana income lain |
|
|
|
|
|
|
|
seboleh2 ek nak jugak..takde bezanya khemah & payung..lama2 esk klu dh x terkawal ada yg sewakan secara haram maka akan tetap la buruk pemandangannya..pantai2 lain elok je org berkelah takde payung khemah bagai..dh namanya pon tepi laut mmg la panas senahhh |
|
|
|
|
|
|
|
khemah la best view cantikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
payung mari angin abih terbang |
|
|
|
|
|
|
| |
|