CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13454|Reply: 2

Kenderaan milik bukan warganegara tidak akan nikmati subsidi RON95

[Copy link]
Post time 26-11-2024 07:59 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Tiada hasrat pihak kerajaan untuk membenarkan kenderaan milik bukan warganegara menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95.


Tindakan itu kata Kementerian Ekonomi, adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).


“Pelaksanaan (penyasaran) subsidi RON95 pada 2025 dijangka memberi penjimatan sebanyak RM3.6 bilion kepada perbelanjaan kerajaan atau pengurangan sebanyak 21.9 peratus kepada keseluruhan perbelanjaan subsidi jika hanya diberikan kepada golongan B85 dan warganegara Malaysia.


“Langkah memastikan penyasaran subsidi RON95 tidak melibatkan bukan warganegara pula akan memberi manfaat penjimatan sebanyak RM0.3 bilion (2.0 peratus) kepada kerajaan,” kata kementerian itu menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, semalam.


Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai perancangan kementerian berkenaan untuk membenarkan kenderaan Brunei Darussalam menggunakan RON95 di Malaysia.


Kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan 2025 yang meliputi 85 peratus rakyat dan ditentukan berdasarkan perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) isi rumah.


Sumber - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2024 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm mane nak halang diorg
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
pakai ev jelh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055707 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list