|
Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli berkongsikan anak sulungnya, Nabila bakal menyambut hari jadi ke-21 tidak lama lagi dan anaknya mahukan sebuah kereta mewah jenis Porsche.
Memetik Media Hiburan, Kak KM berkata dia hanya menumpang rezeki anak-anak dan akan berusaha untuk memenuhi kehendak anak-anaknya selagi mampu.
“Masih mencari bersesuaian. Nabila bakal sambut ulang tahun kelahiran ke-21 tahun. Jadi, dia dapat kunci. Tapi bukan kunci kebebasan.
“Sebagai anak sulung (Nabila), Kak KM tanya dia nak apa? Dia cakap nak Porsche. InsyaAllah, doakan kita punya rezekilah Tak kisahlah kalau memang rezeki, kita pun tumpang anak. Tiada masalah pun,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata dia melihat didikan ibunya, pelakon veteran, Normah Damanhuri yang bekerja kerasa dan sentiasa mengutamakan anak-anak.
“Balik sahaja daripada penggambaran, semua anak kena masuk ke dalam kereta pergi membeli-belah seorang satu troli. Pemikiran dia, semuanya tentang anak-anak. Tiada penggambaran ajak pergi bercuti, apa-apa semua anak.
“Jadi, Kak KM banyak sikit ikut cara ibu. Memang bagi Kak KM, daripada miskin tiada apa-apa pun, Kak KM cuba simpan duit, kita mula nak berniaga jamu, Kak KM terus berniat untuk anak-anak dan buat kalau dah dapat. Bukan ada duit tapi kau pergi buat benda lain, itu salah,” katanya.
Sumber : Media Hiburan, Rotikaya |
|