CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 27713|Reply: 48

Menteri Pelancongan, Tiong King Sing tak setuju penguatkuasaan papan tanda dwi bahasa

[Copy link]
Post time 25-11-2024 12:42 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati serta wujud persepsi negatif dalam kalangan pelancong.


Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tindakan itu menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.


"Beberapa pelawat antarabangsa bertanya secara langsung kepada saya, adakah Malaysia sebuah negara yang rasis atau ekstrem agama?


"Keraguan ini secara langsung mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara di persada global.


"Realitinya kita adalah negara berbilang kaum, budaya dan agama. Kita tidak boleh mencipta imej palsu yang bercanggah dengan realiti," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.


Pada Khamis lalu, media melaporkan DBKL melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu, dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.


Operasi itu membabitkan pasukan penguatkuasaan dan pelesenan DBKL, bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pihak polis.


Sehubungan itu, beliau menggesa DBKL memberi tumpuan kepada inisiatif yang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat daripada mencetuskan kontroversi melalui penguatkuasaan yang melampau.


"Saya mencadangkan DBKL bekerjasama dengan kempen Tahun Melawat Malaysia untuk menambah baik infrastruktur bandar raya dan mewujudkan lebih banyak tarikan untuk pelancong, menawarkan mereka pengalaman baharu dan menarik untuk diterokai di Kuala Lumpur.


"Daripada menampakkan imej autoritarian dan terkebelakang, DBKL seharusnya menjiwai ketamadunan dan keterbukaan ibu kota," katanya.


Katanya, langkah itu wajar dilakukan memandangkan tahun depan Malaysia akan mempengerusikan ASEAN, dengan pelbagai penganjuran acara akan diadakan di ibu negara, selain kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.


"Ini memberikan peluang keemasan untuk mempamerkan kepelbagaian dan keterangkuman Malaysia di pentas global. Saya beri amaran bahawa kontroversi perkauman atau agama yang berterusan akan menghakis kepercayaan dan kerjasama antarabangsa, yang berpotensi memberi impak negatif terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.


"Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 pula berfungsi sebagai platform penting untuk menyerlahkan identiti berbilang budaya Malaysia. Inisiatif seperti papan tanda berbilang bahasa bukan saja mencerminkan sikap mesra terhadap pelancong antarabangsa tetapi juga membentuk elemen teras daya tarikan budaya Malaysia.


"Dengan menerima dan mempromosikan kepelbagaian ini, Malaysia boleh mengubah warisan pelbagai budaya kepada kelebihan ekonomi yang menyumbang kepada pertumbuhan negara," katanya.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 05:07 AM | Show all posts
apa issue dia sebenarnya? kita ada 2 je national language. BM / BI ONLY

PRC tourist tak faham BM? Tak faham BI? langsung tak faham? tu keja tour guide dia lah nak explain.. kita pun guna simple english.. tak kan tak faham langsung.. baru keluar dari ceruk mana tu?

Please don't overcompensating, people come to our place is because the facilities and the beauties, not just the language.. you still can ask our local chinese anytime anywhere and they would be more than happy to help
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal bahasa pon nak kata malaysia ekstrim agama..ape kaitan agama dgn bahasa, bukan guna ayat alquran pon buat papan tanda..bodoh betul
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 05:57 AM | Show all posts
clueless_gamer replied at 25-11-2024 05:07 AM
apa issue dia sebenarnya? kita ada 2 je national language. BM / BI ONLY

PRC tourist tak faham BM? T ...

second to this

bahasa kebangsaan perlu diutamakan. dah nama pun Malaysia. yang duduk sini, penduduk tempatan, berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. English sebagai bahasa pengantara. how the f**k is that extremism

google maps, google translate, heck even the AI like chatGPT can easily help with tourist nowadays

damn. next time I see sign kedai fully in chinese, and not a single english or bm, in Malaysia, I'll lodge a complaint. how's that?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 06:01 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 06:01 AM | Show all posts
also, iklan kerja that state, "MANDARIN SPEAKER" only should be abolished. stop beating around the bushes with these people
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2024 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Oiii cetan..kalau racist dah lama ko tu tak jadi menteri...ko pegi berjln belah yurop sana ada sign board cina ke..elok je berenyut puak2 tu melancong kt sana..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
makan apa dia ni .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 07:03 AM | Show all posts
this kind of thing, mana semua payung kuning, tolong berbunyi sikit

raja-raja-raja, sultan, agong, mohon ambil tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
berapa org pelancong yg tanya mung tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti pelancong cainese
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 07:21 AM | Show all posts
isu utamanya adalah papan tanda yang tidak memaparkan BM. Kalau ada BM, ok saja, buh la situ bahasa lain pun asalkan ada letak BM jugak. Apapun, yang versi BM kena letak paling atas dan paling besarlah. Pastu baru English, diikuti bahasa lain kalau nak selit sekali. Itu saja.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:10 AM | Show all posts
yg kena gempur dgan dbkl tu bukannya tempat2 atau kedai berkaitan pelancongan pown kan... mmg patot pown kena remove papan2 tanda tu.. tourists hatta prc pown x pergi ke tempat2 like segambut bagai tu..

lainla kalo kat airport, train station like KL Sentral camtu ok jer nak ada multilingual sign... so die ni sbgai menteri patot tawla tempat mana yg patot ada multilingual signage dgan tempat mana yg x patot ada...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:19 AM | Show all posts
mmg kena letak la BM
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali makan lagi babi dlm opis. Kan dah jadi menteri terpaling bengap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:32 AM | Show all posts
babi gemuk ni disimpan lagi buat apa la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 08:35 AM | Show all posts
nak jaga pelancong ke nak jaga negara ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:46 AM | Show all posts
orang cina sajakah yg dtg mlaysia nih?

martabatkan bahasa tiada kaitan lngsg dengan ekstrimis agama. alasan bodo.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau wakil rakyat Malaysia, bkn wakil rakyat luar. X puas hati balik tongsan la. Teruk gila menteri pelancongan ni. Dr kisah ke airport smpi hal papan tanda dia buat hal x segan silu tunjuk x patriotic…
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 09:04 AM | Show all posts
baru2 ni kami pun buat penguatkuasaan papan tanda kedai / papan iklan. GP dah terang2 ckp Font Bahasa Malaysia kena lebih besar dr bahasa lain dalam papan tanda/ iklan,,

tu pun mmg ye Ahli2 Majlis y DAPig ni sakan melalak..mencik laaaaaa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.061117 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list