CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49546|Reply: 11

Datuk Shah Rukh Khan ada di Malaysia, raikan majlis pelancaran syarikat Bin Zayed International (BZI), di Tun Razak Exchange

[Copy link]
Post time 22-11-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan hari ini berada di Malaysia bagi meraikan majlis pelancaran syarikat Bin Zayed International (BZI), di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.


Kunjungan pelakon berusia 59 tahun itu menambah kemeriahan acara yang diadakan sempena kehadiran syarikat antarabangsa itu di negara ini.


"Adalah satu keistimewaan bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada perayaan Bin Zayed International Malaysia, satu perjalanan baharu untuk syarikat ini.


"Sejak penubuhannya, mereka telah bergerak, berkembang secara serantau dan global dengan pantas. Di mana sahaja mereka berada, kemakmuran mengikuti," katanya berucap merasmikan pembukaan pejabat itu, di sini, hari ini.


Shah Rukh Khan berkata, komitmen BZI untuk memajukan pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia dan membina masa depan yang lebih cerah memberi inspirasi kepadanya.


"Saya yakin Malaysia dan Asia Tenggara kini akan mendapat manfaat yang besar daripada kehadiran BZI di sini.


"Usaha baharu ini adalah bukti janji kerjasama dan inovasi dan pengembangan ini mencerminkan dedikasi BZI dalam berkongsi idea melangkaui sempadan serta mencipta peluang baru yang memperkasa seluruh komuniti," katanya.


Beliau berkata, di tengah-tengah cabaran dunia hari ini, acara ini juga menonjolkan satu fakta penting iaitu kemajuan hanya berkuasa apabila ia dikongsi.


"Dalam semangat ini, saya percaya BZI akan mencetuskan kemajuan sebegini di rantau ini dan seterusnya.


"Tahniah kepada semua di BZI kerana mencapai kejayaan luar biasa ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya dan berharap kejayaan berterusan kepada anda dalam memberi impak yang bermakna di seluruh dunia.


"Komitmen mereka untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia dan membina masa depan yang lebih cerah sememangnya patut dipuji," katanya.




Sumber : – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
tua dah srk
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
welcome to Malaysia tokshah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 09:25 AM | Show all posts
anak SRK takde bakat mcm bapak dia ke? rupa dah mirip.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
makciktijah replied at 23-11-2024 09:25 AM
anak SRK takde bakat mcm bapak dia ke? rupa dah mirip.

Yg sebijik muka dia, ank pompuan dia. Kadang cam seram tgk muka suhana tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 23-11-2024 02:10 PM
Yg sebijik muka dia, ank pompuan dia. Kadang cam seram tgk muka suhana tu.

Yg iols pulak tengok anak laki dia aryan tu memang copy paste muka apak dia waktu apak dia muda2 dulu. Sebab tengok balik pilem srk dulu2 kadang nampak iras2 anak dia la jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kuch kuch hota hai..
i dok sempat sgt di zaman cite bollywood mendunia tp i tengok jgk cite dia yg kuch kuch hota hai sbb  kalau g umah makcik dorg asyik tgk cite bolywood je..
amisha patel ngn hrithik roshan...helokkk betul..preity zinta..
i suka hero aftab shidavasni ngn salman khan..shah rukh khan i dok suka
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 05:50 PM | Show all posts
Pernah tengok satu ja DVD cerita dia yang pelakon2 banyak menangis bagi nak rak tu (walau aku gagal untuk sedeh) Tapi joget2 dia best macam tengok music video dengan syarat perlu lupakan pasal cerita filem sekejap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 09:45 PM | Show all posts
langkawi..langkawi 40b....greater

kini hanya kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 10:11 PM | Show all posts
dia ni yang bina taj mahal tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 23-11-2024 10:11 PM
dia ni yang bina taj mahal tu kan

Taklah, dia ni yang serang Baghdad dan hancurkan kerajaan 'Abassiyah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kaya company tu panggil SRK utk majlis perasmian..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.092537 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list