CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27219|Reply: 0

[Pulau Pinang] Program Ziarah PTPTN Prihatin salur bantuan, santuni penuntut asnaf

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Program Ziarah PTPTN Prihatin salur bantuan, santuni penuntut asnaf

November 19, 2024 @ 12:25pm





Norliza (empat dari kiri) dan Muhammad Muhsin (dua dari kanan) menyantuni keluarga Muhammad Danial di rumahnya di Penaga, Kepala Batas, kelmarin. Foto: Zuhainy Zulkiffli/BH



KEPALA BATAS: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan komitmen dan tanggungjawab sosial korporatnya bagi membantu serta memberi dorongan kepada golongan asnaf dalam meneruskan pengajian.

Menerusi Program Ziarah PTPTN Prihatin, bantuan kali ini dihulur kepada penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Danial Hamzah, 21, bagi membantu meringankan penggunaan kewangan sepanjang pengajiannya.

Bantuan berjumlah RM1,000 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) itu diserah oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang, Muhammad Muhsin Abdul Rahman di rumahnya di Penaga, di sini, kelmarin.

Menurut Norliza, penuntut semester ketiga program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) (Biologi Gunaan) itu, anak sulung daripada lima beradik manakala ibunya, Roziana Saidin, 46, adalah balu selepas kematian suaminya akibat serangan jantung pada tahun lalu.

Katanya, Muhammad Danial dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan dan dihimpit dengan pelbagai rintangan hidup, termasuk mempunyai adik berusia 19 tahun berstatus orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.

"PTPTN mengenal pasti keadaan Muhammad Danial menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam.

"Kami turut menyerahkan bakul makanan kepada keluarga ini yang berupa barangan keperluan dapur.

"Sumbangan berkenaan diharap dapat memberi peluang kepadanya bagi terus fokus kepada pelajaran serta mencapai citacita yang diimpikan," katanya ketika ditemui, di sini.

Norliza berkata, Program Ziarah PTPTN Prihatin juga diharap dapat beri sedikit kegembiraan kepada keluarga yang kurang bernasib baik serta semangat kepada penuntut bagi terus berusaha dalam pendidikan.

Katanya, PTPTN juga berharap masyarakat lebih peka terhadap keperluan golongan yang memerlukan di sekitar komuniti mereka.

"PTPTN turut berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak supaya lebih banyak keluarga dapat dibantu dan mendapat akses kepada pendidikan serta peluang yang lebih baik.

"Sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), PTPTN akan terus komited dalam meningkatkan pelaksanaan program CSR terutama dalam aspek pendidikan demi pembangunan anak bangsa selari dengan moto 'Peluang Kejayaan Anda' dan tagline PTPTN Prihatin 'Kami Kongsi, Kami Bantu'," katanya lagi.

Sementara itu, Muhammad Danial bersyukur dengan bantuan yang diterima dan lebih bersemangat dalam meneruskan pengajian.

Katanya, dia menjadi tonggak keluarga selepas kematian ayah akibat serangan jantung, setahun lalu.

"Ibu tidak dapat bekerja kerana menjaga adik OKU yang kerap diserang sawan, manakala tiga adik yang berusia antara sembilan hingga 16 tahun masih di bangku sekolah.

"Bantuan ini amat bermakna dan akan saya gunakan dengan berhemah sepanjang pengajian," katanya lagi.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1325863/program-ziarah-ptptn-prihatin-salur-bantuan-santuni-penuntut-asnaf





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.085430 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list