CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22059|Reply: 0

[Sarawak] Dasar kebajikan warga emas dilaksana Sarawak cermin komitmen terhadap rakyat

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode


Ting (berdiri, dua kanan) diiringi ketua-ketua masyarakat semasa meninjau sukarelawan yang membantu orang ramai memohon bantuan kebajikan pada Hari Kebajikan Khidmat Mesra Upper Lanang di Sibu, hari ini.

SIBU: Kesungguhan kerajaan Sarawak memperkenalkan serta melaksanakan kepelbagaian dasar-dasar kebajikan untuk warga emas jelas menunjukkan komitmennya terhadap rakyat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan itu sekarang amat ketara membawa manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat.

"Masyarakat berperanan penting sebagai penghubung untuk memastikan dasar-dasar ini sampai kepada semua golongan.  

"Hasil daripada kerjasama erat antara sektor awam dan swasta, lebih ramai individu kini berpeluang menerima manfaat daripada dasar kebajikan yang dirancang," katanya berucap merasmikan Hari Kebajikan Khidmat Mesra Upper Lanang di Pulau Li Hua di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Joshua Ting yang mewakilinya merasmikan program tersebut.

Tiong berpendapat acara tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari maklumat tentang Kenyalang Gold Card (KGC) dan pelbagai dasar kebajikan kerajaan Sarawak, tetapi juga mempermudahkan golongan warga emas untuk mendapatkan sokongan melalui aktiviti kemasyarakatan.  


Ting (berdiri, kiri) meninjau ketua-ketua masyarakat yang bertugas menyokong permohonan kebajikan daripada orang ramai pada Hari Kebajikan Khidmat Mesra Upper Lanang di Sibu, hari ini.

Menurutnya lagi, bentuk kerjasama seperti ini memastikan dasar kebajikan tidak sekadar menjadi dokumen di atas kertas, tetapi diterjemahkan ke dalam tindakan yang membawa impak nyata kepada kehidupan rakyat.

"Usaha untuk mendekati masyarakat memerlukan pendekatan yang lebih proaktif dan berkhidmat kepada rakyat tidak boleh hanya dilakukan dari bilik berhawa dingin, tetapi harus melibatkan interaksi langsung dengan rakyat dengan turun padang atau menemui terus rakyat di lapangan atau mana-mana," tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Beliau berkata, komunikasi harian juga akan dapat memahami cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan menyampaikan dasar-dasar kerajaan dalam cara yang mudah difahami.

"Pendekatan ini membantu rakyat mengenali sumber yang tersedia dan memanfaatkan saluran yang ada untuk menangani cabaran mereka," jelasnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bintulu itu turut memuji peranan kapitan dan penghulu dalam menyediakan saluran komunikasi yang lancar antara rakyat dan pemimpin.

Langkah ini, ujarnya akan memastikan setiap isu dan keperluan rakyat mendapat perhatian sewajarnya.  

"Saya yakin kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta akan terus memacu pembangunan masyarakat Sibu ke tahap yang lebih tinggi.

"Harapan saya agar rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni dan menikmati kebahagiaan bersama," tambahnya lagi.

Program tersebut dianjurkan oleh empat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terdiri daripada Pulau Li Hua, Taman Grand Height, Tun Ahmad Zaidi Adruce dan Kiew Nang Poh.

Antara perkhidmatan semasa program tersebut adalah pendaftaran Kenyalang Gold Card (KGC), inisiatif Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB), kaunter aduan dan membantu permohonan pertukaran silinder gas kuning LPG MyGaz kepada silinder merah LPG Petros.

Hadir sama, Kapitan Tiong Chong Ting, Kapitan Chiong Siong Teck, Kapitan Pet Yen Leh dan Kapitan Connie Loh.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.263772 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list