CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51520|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kami tak mahu asrama warga asing dibina di Juru, banyak kesan negatif bakal timbul'

[Copy link]
Post time 17-11-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode
'Kami tak mahu asrama warga asing dibina di Juru, banyak kesan negatif bakal timbul'

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 17, 2024 @ 12:44pm [email protected]




Penduduk berhimpun secara aman bagi membantah cadangan pembinaan dua projek asrama pekerja warga asing di Juru. NSTP/DANIAL SAAD




BUKIT MERTAJAM: Lebih 200 penduduk sekitar Taman Cendana, Juru, di sini, membantah cadangan projek pembinaan asrama pekerja warga asing setinggi 32 tingkat di kawasan itu.

Tindakan itu dilakukan selepas penduduk mendakwa pembinaan asrama di Mukim 12 daerah Seberang Perai Tengah itu akan mengakibatkan keselamatan mereka terancam dengan lambakan warga asing, selain meningkatkan masalah sosial serta jenayah dan mencetuskan kesesakan lalu lintas.

Penduduk, Danny Tan, 39, berkata dia yang menetap di taman itu sejak 10 tahun lalu terkejut apabila mengetahui asrama pekerja warga asing akan dibina di situ.

"Di kawasan ini sudah ada warga asing dan jika dibina lagi asrama itu, ia akan menyebabkan kawasan ini dimonopoli kelompok warga asing.

"Ini yang membimbangkan kami termasuk keselamatan akan tergugat dan banyak lagi isu lain akan timbul termasuk kesesakan lalu lintas apabila terdapat ratusan bas dan van keluar masuk ke kawasan ini untuk mengambil dan menghantar pekerja asing.

"Kami hanya tahu mengenai cadangan pembinaan asrama itu apabila wakil pemaju menjalankan kajian penilaian impak sosial (SIA) yang sesi penerangan itu dibuat hanya menerusi dalam talian," katanya kepada media di sini, hari ini.

Khor TC, 53, pula berkata, kerajaan negeri sepatutnya memberi keutamaan pembinaan yang memberi faedah kepada penduduk tempatan dan bukannya untuk warga asing.

"Kita bukan halang pembangunan tetapi tidak mahu warga asing mendominasi kawasan penduduk tempatan.

"Kita bimbang kehadiran mereka akan memberi pelbagai impak sosial dari segi kebersihan, penularan penyakit, kesesakan serta kes jenayah yang sering dilaporkan berlaku membabitkan warga asing," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Juru, Wahid Othman, berkata surat bantahan berhubung cadangan pembinaan asrama warga asing itu sudah dihantar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Ketua Menteri pada bulan lalu, namun tiada maklum balas diterima setakat ini.

"Walaupun projek ini belum dilaksanakan, tetapi sudah tentu ia mendatangkan kebimbangan kepada penduduk, apatah lagi asrama ini dikatakan akan menempatkan lebih 20,000 pekerja asing.

"Kawasan Juru sudah ramai warga asing dan penduduk risau projek ini akan menimbulkan ketegangan sosial, malah pembinaan asrama berhampiran kawasan kediaman juga mengganggu kualiti hidup," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/11/1325012/kami-tak-mahu-asrama-warga-asing-dibina-di-juru-banyak-kesan-negatif





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051549 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list